Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Selasa, 29 November 2016

PENGENALAN PELABURAN ASB

Assalamualaikum..Nama saya Fathuddin. Seorang guru di SK Taman Bukit Indah. Sekian lama menyepi daripada membuat penulisan dalam page ni kerana kesibukan kerja dan menguruskan rumah tangga.

Alhamdulillah 2 tahun bekerja. Apa yang saya telah perolehi lebih daripada mencukupi. Sebelum mula bekerja sehingga sekarang hidup saya sentiasa diberi motivasi oleh ibu bapa saya yang sangat memperjuangkan pelaburan dalam hartanah dan ASB.

Kalau dulu saya selalu share dlm pg ni tentang aktiviti yang saya lakukan bersama anak murid. Tapi mulai hari ini, saya akan share kepada anda pengunjung fath2din.blogspot mengenai BAGAIMANA CARA MENGGANDAKAN WANG SIMPANAN MELALUI ASB. 

Saya rasa rugi jika ilmu yang saya perolehi hasil daripada kursus dan seminar berkaitan hartanah dan ASB yang telah saya hadiri tidak dikongsikan bersama anda semua.

Nantikan entry saya selepas ini. Saya akan share satu persatu ilmu yang saya telah perolehi daripada seminar hartanah dan ASB Genius.


Rabu, 19 Ogos 2015

VLE Frog

 Assalamualaikum..
Sekian lama menyepi kerana sibuk dengan urusan kerja dan maslahat keluarga..Alhamdulillah 2 minggu lepas Ckg Din telah dikurniakan cahaya mata sulung. Semoga Putera kesayangan Muhammad Aniq Fahmi menjadi penguat ikatan kasih sayang kami sekeluarga ^_^



Fokus kepada isi kandungan kali ini..Ckg melaksanakan kelas mengunakan VLE Frog. Walaupun ramai rungutan daripada guru kesukaran menggunakan aplikasi ini, Alhamdulillah Ckg dapat laksanakan dengan baik walaupun terdapat sebilangan murid yang tidak dapat access ke laman sesawang kerana kelembapan internet. Hakikat sekolah bandar atau kampung sama sahaja, apabila sesuati aplikasi atau laman web dimasuki dengan ramai pada waktu yang sama pastinya laman tersebut akan menghadapi gangguan. So, tugas kita sebagai guru hanya laksanakan dan murid yang x dpt access suruh lah mereka share dengan rakan2 mereka.. ;)

Pembelajaran menggunakan ICT sangat menerujakan murid dan mereka dilihat sangat bersemangat dan berminat. Walaupun dilaksanakan pada hari terakhir setiap minggu, pada hari2 sebelumnya mereka telah bersemangat dan mengikut segala arahan guru..hee

Lihatlah wajah2 ceria anak murid tersayang..

3 NILAM








3 ZAMRUD






Jumaat, 15 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema hari guru tahun ini mempunyai maksud yang mendalam dan bermakna. Ilmu dan akhlak menjadi tunjang utama dalam membentuk anak bangsa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Alhamdulillah tahun ini merupakan sambutan hari guru pertama setelah memegang jawatan sebagai pengawai pendidikan secara rasmi 29 Januari 2015 lepas.
Dunia pendidikan masa kini sangat mencabar. Apa yang perlu adalah ikhlaskan niat bekerja untuk menyumbangkan ilmu dan mencari rezki halal untuk keluarga tersayang. Saya bangga menjadi guru. Murid degil itu mmg sikap mereka, saya hanya menegur sekadar yang mampu, selebihnya terserah pada ibu bapa mereka dan pihak pentakbir. Sedih dengan peraturan pendidikan sekarang kerana tiada lagi istilah hukuman, denda, memalukan murid, tengking murid dan seangkatan dengannya. Sekarang saya tak denda murid, tapi record “black and white” kesalahan tingkah laku untuk bekalan seandainya ada ibu bapa datang ke sekolah. Beginilah gaya mengajar di bandar. So far saya gembira bertugas di SK Taman Bukit Indah..Suasana sekolah mendamaikan di puncak bukit, guru-guru yang hebat dan murid-murid yang krik2 haa..


Selamat Hari Guru 2015
Akhir kata. Tugas dan Tanggungjawab sebagi guru berat, jika dianggap berat. Mudah, jika mengambil mudah. Mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.


Gambar Kenangan Mendaki Bukit Indah





Dalam bilik darjah



Kem Kepimpinan Pengawas




Minggu keusahawanan

ibu-ibu macam budak sekolah



Setiap hari, aku lontarkan senyuman agar semua bisa berbicara tenang  denganku. Usah dibawa masalah dalam pekerjaan. Letakkan masalah sebagai ujian dan usaha mengembirakan hati. Alhamdulillah mempunyai isteri, keluarga dan rakan2 yang sentiasa memberi sokongan.




Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari