Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Rabu, 30 November 2011

Lawan Hawa Nafsumu_bhg 1



Bagaimana keadaan kita jika terlihat seekor lipan di hujung kaki tetapi kemudian terpandang seekor harimau tidak berapa jauh daripada kita? Apakah kita masih memikirkan bahaya lipan atau bahaya harimau?

Ya, tentu sahaja kita akan berikhtiar untuk menyelamatkan diri daripada bahaya harimau. Walaupun lipan dekat, tetapi gigitannya tidaklah seganas cengkaman harimau.

Begitulah perumpamaan antara bahaya nafsu dengan bahaya-bahaya yang lain. Nafsu akan menyebabkan kita lebih rasa menderita. Bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Malangnya, hal yang sepenting itu tidak dititik-beratkan. Kejahatan hawa nafsu, sifat-sifat dan kaedah melawannya hampir tidak pernah dibicarakan. Padahal, nafsu itulah angkara segala kejahatan yang kita deritai kini. Sebut sahaja, apa kejahatannya, pasti dalangnya adalah hawa nafsu.

Kita sibuk memperketat kawalan, disiplin dan undang-undang tetapi membiarkan puncanya berkembang subur dan membiak. Mampukah pagar yang rapuh mengawal binatang buas yang bilangannya kian banyak dan tenaganya semakin kuat?

Begitulah bandingannya undang-undang ciptaan manusia dengan kejahatan hawa nafsu.

Undang-undang walaupun sehebat mana pun tidak akan berkesan jika nafsu tidak dijinakkan terlebih dahulu.

Pagar itu akan diterjah dan rebah dipijak dan diinjak menyebabkan kita terpaksa membina pagar demi pagar, berulang-kali.

Kuasai Nafsu, Kuasai Dunia

"Jika kita menguasai diri, kita akan menguasai dunia," demikian kata cerdik pandai.

Tetapi bagaimana pula kalau kita gagal menguasai diri? Ya, pasti kita pula yang akan dikuasai dunia.
Jika demikian amat buruk akibatnya lantaran dunia itu adalah 'hamba' yang baik tetapi 'tuan' yang sangat jahat. Orang yang berjaya adalah orang yang gigih mencari kebaikan dunia tetapi selamat daripada tipuannya.

Firman Allah: "Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya." (Surah al-An'am 6: 32)

Al-kisah, seorang raja sedang menaiki kuda dengan angkuhnya. Dia terserempak dengan seorang petani yang soleh sedang berjalan kaki. Raja pun bertanya, "siapa kamu?"

Petani yang soleh itu menjawab, "aku seorang raja."

Raja tertawa, kemudian terus berkata dengan nada menyindir, "raja kerajaan mana?"

Petani menjawab, "raja untuk kerajaan diriku."

Raja terdiam. Dan kemudian petani itu pula bertanya, "adakah tuanku menjadi raja kepada diri sendiri?"

Raja terus terdiam kerana faham maksud kata-kata petani yang soleh itu.

Begitulah dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang besar yang hakikatnya hanya insan kerdil kerana tidak mampu melawan hawa nafsunya.

Kuasa, ilmu, harta dan nama yang tersohor tidak membawa makna dan kebahagiaan dalam hidup sekiranya hidup diperkotak-katikkan oleh hawa nafsu.

Hal ini kerana nafsu itu sifat tabiinya hanyalah mengarah kepada kejahatan. Maka hidup seseorang yang dikuasainya hanya akan penuh dengan kejahatan. Jika demikian, mana ada ketenangan dan kebahagiaan? Tidak ada kebahagiaan bagi manusia yang tenggelam dalam kejahatan.

Dikuasai dunia maksudnya, diri kita akan didorong oleh sesuatu yang berbentuk kebendaan, kemasyhuran dan jawatan dalam apa jua fikiran dan tindakan. Ketika itu kita gagal memperalatkan dunia sebaliknya dunialah yang memperalatkan kita.

Akibat gagal menguasai dirilah kebanyakan manusia sangat cintakan dunia.

Selain itu cintakan dunia akan menyebabkan manusia cenderung melakukan kejahatan. Sebab itu masyhurlah kata-kata popular dalam kalangan ahli-ahli tasawuf; cinta dunia itu adalah kepala segala kejahatan.

Apabila semua itu terjadi, manusia tidak lagi layak menjadi hamba Allah. Oleh sebab itu, untuk menjadi hamba Allah manusia mestilah menguasai dirinya.

Inilah yang dibimbangkan oleh Syeikh Ibn Ataillah dalam al-Hikam menerusi katanya:

"Bagaimana akan terang hati seseorang yang segala gambaran dunia itu terpahat dalam cermin hatinya? Atau bagaimanakah dia akan mengembara menuju kepada Allah padahal ia terbelenggu oleh nafsu syhawatnya?"

Isnin, 28 November 2011

Senyum


Manis wajahmu kulihat di sana
Apa rahsia yang tersirat
Tapi zahirnya dapat kulihat
Mesra wajahmu dengan senyuman


Senyuman... senyuman
Senyum tanda mesra
Senyum tanda sayang
Senyumlah sedekah yang paling mudah
Senyum di waktu susah
Tanda ketabahan
Senyuman itu tanda keimanan
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah


Hati yang gundah terasa senang
Bila melihat senyum hatikan tenang
Tapi senyumlah seikhlas hati
Senyuman dari hati jatuh ke hati


Senyumlah senyumlah
Senyumlah seperti Rasulullah
Senyumnya bersinar dengan cahaya
Senyumlah kita hanya kerana Allah
Itulah senyuman bersedekah


Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah
Itulah sedekah yang paling mudah
Tiada terasa terhutang budi
Ikat persahabatan antara kita
Tapi senyum jangan disalah guna
Senyumlah senyumlah senyumlah senyumlah




Khamis, 24 November 2011

Suasana Baru di Futsal Arena KB

Biasanya bila kita ke gelanggang futsal hanya dua perkara kita buat. Pertama kita main futsal dan kedua kita tgk org main futsal.

Tapi malam ni, sy pergi ke Gelanggang Futsal dgr ceramah agama.. :)  ...Indah sungguh Agama Islam

"Nok wak guane kite bg ceramah kat Masjid xleh, kena ada tauliah..Jadi kite buat di Gelanggang Futsal..ouhh koho ramai org mari, berkat sungguh org kelantan" kate Utz Azhar Idrus


Beginilah dunia akhir zaman x blh nk bg ceramah kat Masjid, sbb nanti ramai org dtg..membazir elektrik?? ,penuh ruang parking?? penuh ruang nk solah jemaah??
Dah tu mung nk tgk ceramah ado Tok Imam,Bilal n JKK jah???Berat nang2

"Lepas ni kite wat di tmpt snuker lah plok, kalu xleh kito wat di pdg bola, kalu xleh, kito wat di pantai, kalu MAIK x bg tauliah jugop nk bg ceramah di atas mana2 tanah kelantan, xpo la kito cari Ayoh Pin suh dio bg tauliah nk bg ceramah atas langit" Ustaz Azhar

Antara Isi Ceramah Maghrib hari ni,
1) Tanggungjawab memelihara amanah
2) Persoalan mengenai solat - hukum apabila makmum melintasi rukun fi'lun imam

dan bnyk lagi mengenai isu2 negara, sbb2 kemunduran ummat, tangungjawab pemimpin agama dan negara...


Beginilah suasana sambutan majlis ilmu di Gelanggang FUTSAL ARENA KOTA BHARU, PENGKALANA CHEPA, KELANTAN

                                         
                                                                 















Alhamdulillah berkat Allah taala segala urusan majlis ilmu hari ini dipermudahkan segalanya..
Bulan depan InsyaAllah ceramah Utz Azhar akan diteruskan di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) ..dewan besar tersebut insyaAllah akan memberi keselesaan kepada muslimin dan muslimat yg dahagakan ilmu agama..
InsyaAllah semua dpt menghadirkan diri pada 22/12/2011 nanti..Takbir>>





Ahad, 20 November 2011

Titah Hari Raya Aidiladha Tahun 1432 Hijrah / 2011 Masihi

Undang2 Syariah akan dilaksanakan di Brunei 



Titah Perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Raya Aidiladha Tahun 1432 Hijrah / 2011 Masihi.

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillahi Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuriddunya Waddeen, Wassalatu Wassalamu ‘Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin Wa’alaa Aalihee Washbihee Ajma’een, Waba’du.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Segala puji bagi Allah yang telah mensyari’atkan Aidiladha sebagai ‘Hari Besar’ kita umat Islam.  Kalau hari-hari besar lain datangnya daripada manusia, tetapi Aidiladha dan Aidilfitri adalah mutlak daripada Allah.  Kerana itu wajar ia disambut dan dirayakan sebagai tanda kita bersyukur.

Tidak ada makna main-main, atau hanya berseronok-seronok dalam hari raya, melainkan semuanya itu adalah ibadat jua.

Kita melihat anak bulan untuk menentukan puasa adalah ibadat.  Begitu juga melihat anak bulan Syawal untuk menentukan hari raya, juga ibadat.  Kemudian melihat anak bulan Zulhijjah untuk menentukan Hari Wuquf di Arafah dan Aidiladha, semuanya itu ibadat belaka.

Pada hari raya, ibadat itu adalah lebih ketara lagi, dengan kita disunatkan bertakbir dan sembahyang hari raya serta menyembelih korban.

Demikianlah hari raya, berstatus ibadat dan kebajikan.

Inilah kelainan Islam selaku ugama samawi atau ugama langit.  Ajaran-ajarannya tetap berpaksi ibadat dan kebajikan, walaupun di dalam masa-masa suka.  Suka, bukanlah suka melulu, tetapi suka sambil beribadat, atau suka sambil membuat kebajikan.

Misalnya disunatkan kita berpakaian baru dan beramai-ramai ke masjid.  Tidakkah berpakaian baru dan beramai-ramai ke masjid itu suatu perkara yang menyukakan hati?

Begitulah, Islam tidak mengabaikan faktor naluri, namun di samping itu, ia juga tidak membiarkan naluri itu menguasai kita.  Kerana itulah, boleh saja bersuka ria tetapi dengan tidak melupakan matlamat.  Matlamat ialah ibadat kepada Allah.

Allhuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Aidiladha adalah lambing pengorbanan dan keberanian luar biasa.  Ia dilihat sebagai pendorong untuk umat Islam terus istiqamah membaiki nasib.  Nasib itu tidak akan berubah jika umat sendiri tidak mahu berubah.

Ini adalah sunatullah.  Kerana itu janganlah bertabi’at suka menangguh-nangguhkan.  Perkara yang baik mesti disegerakan, dan inilah dia erti ‘perubahan’ itu.  Walau ia payah dan mencabar, namun tetap dilaksanakan juga.

Satu contoh indah yang penuh dengan iktibar ialah tindakan Nabi Ibrahim ‘Alaihissalam menyembelih anak Baginda, Nabi Ismail.  Bukankah perkara ini amat berat untuk dilakukan?  Tetapi demi menjunjung titah perintah Allah, ia tetap juga dilakukan tanpa menangguh-nangguhkannya.

Mengapakah kita abaikan iktibar yang berharga ini?  Berapa lama sudah kita menyambut Aidiladha, tetapi pengajaran daripadanya masih saja kita kurang fikirkan dan ikut.

Banyak cabaran perlu disambut dan banyak kerja perlu dibuat.  Marilah kita sama-sama menyambut cabaran dan membuatnya.  Janganlah biarkan masa memotong kita, tetapi berusahalah mendepaninya selalu.  Inilah resam umat perkasa.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Walillahilhamd.

Cabaran dan kerja paling utama ialah memenuhi tuntutan Allah terhadap kita.  Tuntutan Allah itu banyak tetapi tidak susah untuk melaksanakannya.  Misalnya sembahyang dan puasa, boleh dibuat dengan mudahnya, tetapi ramai orang masih mengingkarinya.

Orang sering keliru, cabaran duniawi diutamakan sementara cabaran ukhrawi diambil ringan.  Contohnya cabaran dalam ekonomi, apakala inflasi berlaku dengan teruknya, kita pun akan sibuk dan bertungkus-lumus mencari formula, atau merangka pelan-pelan tindakan mengatasinya.  Tetapi apabila cabaran itu berupa ukhrawi, seperti merasakan diri terlalu banyak berdosa akibat banyak melangkahi suruhan-suruhan Allah, maka kita kurang serius mengatasinya.

Ini adalah perkara yang terbalik.  Perkara ukhrawi mestilah ia diutamakan, melebihi daripada perkara duniawi.  Perkara ukhrawi merujuk kepada akhirat dan akhriat itu pula adalah segala-galanya, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Aa’la ayat 17 tafsirnya:

“Dan akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal.”

Akhirnya beta dan keluarga beta dengan perasaan gembira mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha Al-Mubarak kepada semua lapisan rakyat dan penduduk yang berugama Islam di mana saja mereka berada, tidak terkecuali juga para jemaah haji kita yang sedang berada di Tanah Suci, semoga mereka beroleh haji yang mabrur dan kembali dengan selamat ke tanah air.

Sekian, Wabillahit Taufiq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Jumaat, 18 November 2011

Bg sape2 yg minat sgt2 kat someone..ni tips nya

 Jika mahukan seseorang sangat-sangat, mohonlah sangat-sangat pada Allah. Bukan merayu-rayu pada empunya diri. Bila empunya diri menolak, siapa yang kecewa? Namun jika pohon direct pada Allah, Allah akan bagi dua kemungkinan. Mungkin dapat dia, atau mungkin dapat yang lebih baik darinya




Jumaat, 11 November 2011

Sahabat

Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita 
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan 
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...

Khamis, 3 November 2011

Menyelusuri Kisah Nabi Ismail a.s


Nabi Ismail adalah putra Nabi Ibrahim dengan istrinya, Siti Hajar. Siti hajar berasal dari budak kecil Raja Mesir yang diberikan kepada Siti Sarah, dan setelah besar lalu dijadikan istri oleh Nabi Ibrahim. Dari istrinya inilah Nabi Ibrahim memperoleh anak yang bernama Ismail. Adapun istrinya yang pertama, yaitu Siti Sarah, sedari muda sudah mandul (tidak mempunyai anak) dan karena ia ingin sekali mempunyai keturunan, maka setelah usianya sudah agak lanjut, barulah ia dikaruniahi Allah seorang anak laki-laki yang bernama Ishak. Rupanya Siti Sarah kurang senang apabila selalu berdekatan dengan madunya, seperti halnya watak wanita pada umumnya, apalagi madunya itu sudah mempunyai anak, sedangkan ia sendiri masih belum.
Kemudian Nabi Ibrahim membawa pindah istrinya (Siti Hajar) bersama bayinya, Ismail ke negeri Mekah yang pada saat itu masih berupa lautan padang pasir yang belum ada seorang manusia pun disana. Seperti diceritakan dalam Al-Qur’an: surah Ibrahim ayat, 37:
“Hai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah menempatkan anak keturunan kami di lembah yang tidak ada tanaman sama sekali (Mekah) pada tempat rumah-Mu (Ka’bah) yang terhormat. Hai Tuhan kami! Semoga mereka tetap mendirikan salat. Hendaklah Engkau jadikan hati manusia rindu kepada mereka. Berilah mereka rezeki yang berupa buah-buahan, mudah-mudahan mereka mengucapkan syukur kepada Tuhan.”
Nabi Ibrahim kembali ke Negeri Syam. Ketika Siti Hajar telah kehabisan air, ia merasa sangat haus, karena itu air susunya terasa berkurang, dan bayinya (Ismail) ikut menderita karena kekurangan air susu.
Siti Hajar mencari air kemana-mana, mondar mandir antara bukit Sofa dan Bukit Marwa, kalau- kalau ada air di situ. Perbuatan Siti Hajar ini sampai sekarang dijadikan sebagian dari rukun “Ibadah haji” yang dinamakan Sa’i (pulang balik antara Sofa dan Marwa) sebanyak tujuh kali, dengan membacakan nama kebesaran Allah, mensucikan dan mengagungkan Allah.
Tak lama kemudian Siti Hajar mendengar suara (suara Jibril) yang membawa dan menunjukkan Siti Hajar ke suatu tempat, dan disana di hentakkan kakinya ke bumi, maka terpancarlah mata air yang sangat jernih dari dalamnya. Maka dengan segera Siti Hajar mengambil air itu untuk memberi minum anaknya.. mata air itu semula meluap kemana-mana, kemudian Malaikat berkata, “Zamzam” artinya, berkumpullah.” Maka, mata air itu pun berkumpul, dan sampai sekarang mata air itu dinamakan sebagai Air Zam zam. Berkat rahmat Allah yang Maha Kuasa, air zamzam itu tidak pernah kering sampai sekarang walau pun dipergunakan oleh sangat banyak manusia yang mengambilnya.
Pada suatu hari lewatlah di sana serombongan orang Arab Jurhum, yang kebetulan mereka sangat memerlukan air, mereka sudah mencari kesana kemari, tapi belum menemukannya
Tiba-tiba terlihat oleh mereka burung-burung yang sedang berterbangan di atas suatu bukit, biasanya ini suatu pertanda bahwa disana ada mata air. Karena burung itu biasanya senang terbang di atas mata air. Maka pergilah mereka ke sana, dan ternyata benar disana ada mata air, yang disana ada Siti Hajar dan Bayinya, Ismail. Karena kebaikan hati Siti Hajar kepada mereka dengan memberi air zamzam itu sekehendak yang mereka butuhkan, sehingga mereka tertarik hatinya untuk tinggal di sana bersama Siti Hajar.
Atas kebaikan hati Siti Hajar pula, maka rombongan orang Arab Jurhum itu memberikan sebagian barang dagangannya kepada Siti Hajar, sehingga Siti Hajar merasa senang dan bahagia hidupnya di sana. Lama-kelamaan, bertambahlah penduduknya dan jadilah suatu desa yang aman tentram serta subur dan makmur.
Setelah Ibrahim kembali ke Mekah untuk menemui istri dan anaknya, alangkah terkejutnya beliau melihat tempat itu sudah menjadi sebuah desa yang subur dan makmur, dan meliahat Siti Hajar hidup senang dan bahagia karena hidupnya berkecukupan. Siti Hajar menceritakan semua kejadian yang dialaminya kepada suaminya. Nabi Ibrahim memuji kebesaran Allah, yang telah mengabulkan doanya yang lalu.

Mendirikan Ka’bah

Pada suatu hari Nabi Ibrahim mendapat perintah untuk mendirikan Ka’bah di dekat telaga Zamzam. Hal itu diberitahukan kepada anaknya Ismail. Maka keduanya sepakat untuk membangun rumah Allah yang akan digunakan untuk beribadah.
Mereka membangun Ka’bah tersebut dengan tangan-tangan mereka sendiri. Mengangkut batu dan pasir serta bahan-bahan lainnya dengan tenaga yang ada padanya. Setiap selesai bekerja  Nabi Ibrahim bersama anaknya, Ismail, keduanya berdoa, “Ya Tuhan! Terimalah kerja kami ini, sungguh Engkau maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”
“Ya Tuhan! Jadikanlah kami dan keturunan kami umat yang menyerahkan diri kepada-Mu, dan perlihatkanlah kepada kami, Ibadah kami, dan beri tobatlah kami, sesungguhnya Tuhan Maha Pemberi Tobat dan amat Pengasih.”
Pada saat membangun rumah suci itu, Ibrahim dan Ismail meletakkan sebuah Batu Besar berwarna Hitam mengkilat. Sebelum meletakkan batu itu diciumnya sambil mengelilingi bangunan Ka’bah. Batu tersebut sampai sekarang masih ada, itulah Hajar Aswad. Setelah bangunan itu selesai, Allah mengajarkan kepada Nabi Ibrahim dan Ismail tata cara beribadah menyembah Allah.
Tata cara beribadah yang diajarkan kepada Nabi Ibrahim dan Ismail inilah yang juga diajarkan kepada Nabi-nabi dan Rasul yang sesudahnya hingga kepada Nabi Muhammad SAW.
“Ya Tuhan, bangkitkanlah seorang utusan dari mereka itu yang mengajarkan ayat  dan kitab serta segala hikmah dan yang akan membersihkan dari dosa-dosa, Engkaulah Tuhan Yang Maha Mulia lagi Perkasa.”

Nabi Ismail, Cermin Anak yang Patuh

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi diperintah Tuhan untuk menyembelih anaknya (Ismail). Maka Nabi Ibrahim bermusyawarah dengan anak-istrinya (Siti Hajar dan Ismail), bagaimana pendapat keduanya tentang mimpinya itu. Siti Hajar berkata, “Barangkali mimpi itu hanya permainan tidur belaka, maka janganlah engkau melakukannya, akan tetapi apabila mimpi itu merupakan wahyu Tuhan yang harus di taati, maka saya berserah diri kepada-Nya yang sangat pengasih dan Penyayang terhadap hambanya.”
Ismail berkata, “Ayahku! Apabila ini merupakan wahyu yang harus kita taati, maka saya rela untuk disembelih.”
Ketiga orang anak beranak itu sudah ikhlas melakukan perintah Tuhannya, maka keesokan harinya dilaksanakan perintah itu.
Selanjutnya Ismail usul kepada ayahnya, Ibrahim: “Sebaiknya saya disembelih dengan keadaan menelungkup, tapi mata ayah hendaklah di tutup, kemudian ayah harus dapat mengira-ngira arah mana pedang yang tajam itu ayah pukulkan, supaya tepat pada leher saya.”
Maka Nabi Ibrahim melaksanakan usul anaknya itu, beliau mengucapkan kalimat atas nama Allah, seraya memancungkan pedangnya yang tajam itu ke leher anaknya.

Exam lagiii

Salam..

Kalo peperiksaan hampir..tekanan itu munkin muncul dalam diri,
tapi tekanan untuk menghabiskan topik yg ketinggalan, x faham mmg berbaloi.
Tapi kalau tekanan tu datang dari luar, seperti masalah hidup mmg sgt memeritkat.

Masalah tu datang melalui 2 cara :
1) Kita yang mencari masalah
2) Org lain yang buat masalah ngan kita

memang la tidak dinafikan bahawa semua masalah tu datang drpd Allah kerana Dia telah menetapkan Qada' dan Qodar.

Tp kita sedikit sebanyak kena berusaha untuk menjauhi masalah itu supaya tekanan perasaan jauh menghampiri kita terutama menjelma musim peperiksaan ini.

Penyelesaian :

nk menjauhkan diri drpd masalah org lain buat kpd kita tu ssh la jg nk kata sbb kita hidup bermasyarakat..Betapa baik pun kita, pasti ada segelintir yg tidak senang. Hatta semulia-mulia Nabi Muhammad (s.a.w) pun pun turut dikecam hebat oleh masyarakat. Namun kita berusaha memperbaiki diri supaya kita dapat berkasih-sayang dengan semua masyarakat.. Allah berfirma "berkasih sayang dengan Allah dan berkasih sayang dengan manusia" itu maknanya kita kena menjaga hubungan kedua-duanya antara dunia dan akhirat..

Ape yg boleh kita buat utk menjauhkan diri drpd masalah pd masa terdekat ni :
- kurangkan bercakap, sbb bila kita bercakap bnyk maka benda yg mengarut akan lebih bnyk dr yg baik
- bynk kan fikir dunia drpd fikir akhirat, supaya tarbiah rohani itu segar selalu
- gunakan kekusyukan dalam bersolat tu sebaiknya, hanya solat yg benar2 khusyuk shj blh membawa perubahan kepada kehidupan
- elakkan melihat benda2 maksiat, kerana blh menumpulkan ingatan
- Jauhkan diri dr mendekati wanita, wanita fitnah terbesar bg kaum muslimin
- Lihat la laut,langit,pokok2 supaya berfikir kekuasaan Allah dan tahu siapa kita..
- ..bnyk lg kalo nk list, latih yg basic ni cukup la dulu

Minta maaf sahabat2.. I'm not the perfect ones who doesn't make any mistake..
kalo ade salah tlg perbetulkan...ini just utk peringatan diri sendiri

Rabu, 2 November 2011

Antara Lelaki dan Wanita

Ieda Nur

✿~ Siapakah wanita cantik itu ?

✔ Dia melukis kekuatan melalui masalah .
✔ Dia tersenyum saat tertekan .
✔ Dia tertawa saat hati sedang menangis .
✔ Dia tabah saat dihina .
✔ Dia mempersona kerana memaafkan .
✔ Dia mengasihi tanpa balasan .
✔ Dan Dia bertambah kuat dalam doa dan pengharapan Ilahi .
~> Jadilah wanita cantik itu 

✿~ Siapakah lelaki idaman wanita itu ?

✔ Yang menghormati ibunya,
✔ Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarganya,
✔ Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
✔ Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami islam,
✔ Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
~> Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju ke akhirat




copy ckit..

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari