Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Selasa, 30 Ogos 2011

Hold My Hand

I hear the flowers kind a crying loud 
The breeze’s sounding sad Oh no
Tell me when did we become,
So cold and empty inside
Lost a way long time ago
Did we really turn that blind
We don’t see that we keep hurting each other no
All we do is just fight

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we've left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

(Hold my hand)

Children seem like they’ve lost their smile
On their new blooded playgrounds
Oh no
How could we ignore , heartbreaking crying sounds
And we’re still going on
Like nobody really cares
And we just stopped feeling all the pain because
Like it’s a daily basic affair

Now we share the same bright sun,
The same round moon
Why don’t we share the same love
Find More lyrics at www.sweetslyrics.com 
Tell me why not
Life is shorter than most have thought

Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we've left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you

No matter how far I might be
I’m always gonna be your neighbor
There’s only one small planet we're to be
So I’m always gonna be your neighbor
We cannot hide, we can’t deny
That we’re always gonna be neighbors
Your neighbor, my neighbor
We’re neighbors

So Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we've left behind

Hold My Hand
There are many ways to do it right
Hold My Hand
Turn around and see what we've left behind
Hold My Hand my friend
We can save the good spirit of me and you
For another chance
And let’s pray for a beautiful world
A beautiful world I share with you






Ahad, 28 Ogos 2011

Salam Aidil Fitri

Buat sahabat2 dan rakan2

Dalam ketajaman lidah berkata,
Namun aku kelu bila d pena,
Bila teringat peristiwa semasa,
Menilai ganjaran dosa & pahala.

Andai terkasar bila berkata,
Terguris hati bila berbicara,

Smbutan Aidil Fitri bakal menjelma,
Salam ku hulur maaf ku pinta,






Selasa, 23 Ogos 2011

Hati!!


Jiwaku ini terasa sepi tanpa cinta
Mungkin hati akan mati jika tanpa iman
Cinta ini layu tanpa kasih dan sayang darimu
Kemarin adalah kenangan bagiku
Dan malam tadi adalah mimpi bagiku
Hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan,

Jumaat, 19 Ogos 2011

Temukanlah aku dengan Lailatul Qadar


Malam Lailatul Qadar


Kata sesetengah ulama, Lailatulqadar berlaku pada satu malam tertentu seperti malam 21 dan 23 Ramadan. Ini menurut Imam Syafie r.a dan sesetengah ulama kerana ada hadis Bukhari dan Muslim yang menceritakan Lailatulqadar berlaku pada malam tersebut sehingga Rasulullah saw sujud dan dahinya yang mulia masih berlumuran tanah pada malam itu. Ada sesetengah ulama, tidak menentukannya secara pasti dan ada juga ulama terutama dari kalangan para zuhad dan sebagainya mengira dengan hari permulaan puasa.


Tanda Dan Alamat
Tanda dan alamatnya adalah banyak, antara lain malam itu sendiri berlalu dengan penuh keheningan dan tenteram, angin bertiup lembut sepoi-sepoi bahasa dan esoknya, pada pagi hari kelihatan langit agak redup dan cahaya matahari tidak begitu menyinari ruang angkasa dan macam-macam lagi.

Hikmah
Hikmatnya ialah apabila seseorang mengetahui malam Lailatulqadar tersebut, maka eloklah diperbanyakkan doa dan istighfar juga ibadat pada malam dan keesokannya, untuk mendapatkan fadilat hari yang penuh berkat dan mulia itu. Yakinlah apabila seseorang itu bersedia setiap malam Ramadan dengan ibadat, sekurang-kurangnya bersolat jemaah setiap waktu, Maghrib, Isyak dan Subuh, kata ulama dia pasti memperoleh fadilat malam Lailatulqadar

Oleh itu bersolatlah dengan tekun dan berterusan terutama pada bulan Ramadan al-Mubarak ini. Walau tinggal beberapa hari saja lagi malam-malam di bulan Ramadhan, pastikan kita menjadi juara diakhirnya nanti. Semoga Ramadhan kali ini menjanjikan kita kemenangan. Kemenangan melawan dan menguasai hawa nafsu. InsyaAllah.

Rabu, 17 Ogos 2011

Permata Yang Dicari


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

Ahad, 14 Ogos 2011

PETUA MEMILIH SAHABAT




Berkata Hukamak:
"Sekiranya kamu hendak mengetahui akan tingkah laku, peribadi atau kelakuan seseorang adalah ia seorang yang soleh atau toleh maka tidak perlu engkau bertanya di sana sini. Cukup dengan kamu melihat siapakah kawannya dan siapakah orang-orang yang disayanginya dan dari itu kamu akan mengetahui peribadinya kerana seseorang yang berkawan ia akan mengikuti kelakuan dan dan perbuatan kawannya itu".
Berkata Ulama’
"Janganlah kamu berkawan melainkan dua orang dari tiga orang iaitu orang yang engkau pelajari daripadanya sesuatu tentang urusan agamamu maka orang itupun memanfaat ilmunya kepadamu.
Petikan Dari Nasihat Al-Qomah Kepada Puteranya:
Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut:
1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu.
2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya.
3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya.
4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu.
5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya.
6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu.
7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali.
8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu.
9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
10. Jika kamu berselisih faham dengan temanmu itu maka ia lebih rela mengalah demi untuk memelihara persahabatanmu itu. 

Jumaat, 12 Ogos 2011

Aku Insan Biasa

Aku punya hati dan perasaan sama seperti insan biasa..
Normalkah aku jika hidup tanpa perasaan..
Dengan bekalan hanya senipis iman didada..
kadang-kadang goyak juga imanku bila di duga..
Namun aku masih bersyukur pada yang Maha Esa..
Kerana imanku masih terpelihara..
Daripada terus menyumbang dosa..


Hati..
Aku tahu aku tahu ape kehendakmu..
Hiasan dunia sangat indah di matamu..
Namun percayalah pada pada penciptamu..
Jika dia sudah tercipta untukmu..
Kebahagiaan pasti akan kau ketemu..


Sabar..
Berertikah SABAR bila tidak diuji?..
Namun aku masih percaya lagi..
Pada kalimahMu yang suci..
"Manakan tercipta sesuatu untuk perkara sia-sia"..
Bukan Allah tidak tahu hidupmu derita..
Itu lah hebatnya maha pencipta..
Yang mengetahui isi hati manusia..
Mungkin enak disampingnya bilamu derita..


Sekian Bingkisan Insan Biasa..

Jadilah Seorang Lelaki Yang ....




Jadilah seorang lelaki yang beriman,
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,
Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,
Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,
Suaranya lesu kerana penat berzikir,
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,
Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

Khamis, 4 Ogos 2011

Cerita Bulan Puasa



Tepat jam 4.10 pm aku bertolak dari tmpt bljr utk ke rumah....
walaupun hari ni letih sgt ++++ kena drive lg 2jam setengah ke rumah..
tapi semua tu da blh letak ke tepi krn excited nk berbuka d rumah melebihi segalanya.
DOA naik kenderaan mmg xkan sekali aku lupakan 


Maksudnya : Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya.Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali!

....

ALHAMDULILLAH..dengan rezkiMu aku berbuka Ya Allah..

Cerita terawih..
jadual d rumah dengan KDRI agak2 lebih kurang ++ jarak umah ngan surau
lepas smyg isyak, smyg sunat..sambil2 tunggu bilal kat depan tu..tiba2 bilal tu 
suh plak kita ni jd bilal utk terawih.alasannya sakit tekak..ape lagi go on je laa..
nasib baik la ada gak pengalaman lama2 ++ d KDRI baru2 ni..hu2

ni baru in training teacher dh org suruh..agak2 mcm mana bila kena buang ke sekolah pedalaman nanti..pe bende la plak yg aku kena buat nanti..bilal?Imam?mandikan jenazah :0?? tahlil? ...
fuhhh..semoga ruang masa yg ada ini dpt ku tuntut ilmu utk masa hadapan...

blk cerita ke terawih tadi..bila ja selesai terawih..
sama la jgk mcm di KDRI makan2 ckit... (moreh)..nk plak mlm ni mkn pulut + pengat nangka..paling penting d sini ye masakan my beloved mother..thanx mum..

belum lagi selesai makan..dtg SU surau.."Din, mari tadarus Al-Quran skali deh pahni" .. :)
pada hakikatnya mmg malas sgt nk pergi time tu coz letih sgt..bila d pikir syaitan ka hasut ni sampai malas sgt, tp syaitan dh kena rantai..siapa syaitan d sini?aku ka?nhua2..so gagahkan la la jgk pergi tadarrus walaupun letih..mane x nye baru sampai umah kul 7 selepas merempit hampir 2.45 jam tanpa henti..tp ku gagahkan la jgk pergi sbb waktu asar td dah rugi bape muka surat dh sbb xsemapt nk baca..baca atas motor setengah juz tiba2 hilang la plak dr kepala..entah terabur habis mana kepala, mana ekor ayat da..hua2.. lemahnya ingatan kalo x dipanaskan selalu hafalan...
 
InsyaAllah ramadhan tahun ini akan kujadikan lebih baik daripada tahun2 sebelumnya..sbb ape bulan Ramadhan ni sbnrnya bnyk fadhilatnya sebagaimana Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: 

"Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. FirmanAllah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)

Ya Allah ampunkanlah dosa2 aku..kerana aku juga insan lemah yg tidak lari drpd melakukan salah silap...

cukup lah dulu coretan dalam kepuasan malam niii..semoga yg baik tu kita dpt amal dan segala yg buruk tu buang lah jauh2 ;)

Selamat Beribadat semua di bulan mulia ini.....


Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari