Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Selasa, 14 Jun 2011

Tips Pelajar Cemerlang


1.   Kali ini cuma nak berkongsi ilmu dengan pembaca mengenai rakaman audio ceramah motivasi yang disampaikan oleh pakar motivasi tanah air terkenal,Dr. Fadzilah Kamsah mengenai tips-tips untuk menjadi pelajar cemerlang.
2.   Mungkin tajuk ini sudah lali dan  biasa kita dengar akan tajuk ini sejak di bangku sekolah lagi namun perkara yang akan disebutkan inilah sebenarnya antara faktor,tips dan petua untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang.Kecemerlangan yang saya cuba tekankan di sini adalah banyak berkaitan dengan kecemerlangan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan.Sebelum itu,haruslah diingat kecemerlangan seseorang pelajar bukan hanya sekadar dinilai pada tahap prestasi pencapaian dalam peperiksaan sahaja,malah banyak aspek lain lagi yang akan menentukan sama ada seseorang itu pelajar cemerlang atau tidak,seperti menghormati ibu bapa dan guru,berakhlak mulia dengan rakan-rakan dan masyarakat,menggunakan ilmu yang diperolehi untuk kebaikan masyarakat dan banyak lagi faktor lain yang tidak mampu untuk disenaraikan di sini.
3.   Kita juga harus ingat bahawa kecemerlangan dalam bidang akademik dan ilmu pengetahuan adalah merupakan salah satu daripada tuntutan agama Islam itu sendiri.Bacalah sejarah-sejarah tamadun kegemilangan Islam dahulu tentang kehebatan dan kecemerlangan umat Islam ketika itu yang telah berjaya menguasai ilmu pengetahuan seperti bidang agama,sains dan teknologi,perubatan,ilmu falak dan sebagainya.Sehinggakan ketika itu,dunia Barat disebutkan sebagai zaman kegelapan atau Dark Period kerana kejahilan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan.Inilah sejarah yang tidak boleh kita ubah yang telah mencatatkan kegemilangan umat Islam terdahulu.Oleh sebab itu,antara kewajipan kita pada hari ini adalah untuk mengembalikan semula kegemilangan umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan.
4.   Berbalik semula pada tajuk sebenar,menurut kajian sebagaimana yang disebutkan oleh Dr. Fadzilah Kamsah bahawa kita hanya akan mampu mengingati sesuatu ilmu sebanyak 10% jika sekadar membaca.
5.   Jika kita mendengar sahaja,sebanyak 20% yang mampu kita ingat,jika dengar dan lihat(seperti melihat apa yang diajarkan oleh guru-guru) sebanyak 50%.
6.   Apabila kita menyebut sesuatu ilmu yang dihafal secara kuat,maka sebanyak 70% yang mampu kita ingat.Akhirnyasekiranya kita mengamalkan ilmu yang dihafal maka insya Allah sebanyak 90% yang mampu lekat pada memori otak kita.
7.   Betullah pepatah Arab yang mengatakan “ilmu tanpa amal,ibarat pokok tanpa buah”.Dengan beramal ia mampu memberikan buah hasil yang terbaik kepada ilmu yang kita miliki antaranya tahap ingatan yang kuat akan ilmu berkenaan.
8.   Sebenarnya banyak ayat al-Quran dan hadis yang memerintahkan agar kita mengamalkan ilmu yang kita perolehi malah memberikan ancaman yang keras kepada golongan yang mengetahui ilmu tetapi tidak mengamalkannya seperti golongan Yahudi yang mengetahui akan kebenaran Islam tetapi tidak mahu beramal untuk Islam sebaliknya menentang Islam. 
9.   Kemudian,sekiranya semakin banyak kita menggunakan deria dalam belajar,semakin kuat dan cepat untuk kita mengingati sesuatu ilmu.Juga,dalam kita belajar,kita hendaklah belajar secara aktif bukan pasif.Maksud aktif di sini ialah kita dapat belajar dengan penuh konsentrasi atau perhatian.Antara ciri pelajar yang aktif ialah mereka yang apabila membaca,mereka menggunakan jari telunjuk atau pen untuk menunjuk isi yang sedang dibaca,menggariskan isi-isi yang penting.Semua itu demi mengelakkan daripada kehilangan konsentrasi.Haruslah difahami belajar secara aktif di sini bukanlah merujuk kepada belajar sambil mendengar muzik yang dipasang kuat ataupun sambil bersembang tetapi ia merujuk kepada belajar secara penuh konsentrasi.Jika kita tidak mampu memberikan sepenuh perhatian kepada apa yang dibaca,maka pada ketika itulah kita dianggap sebagai belajar secara pasif.
10.            Akhir sekali,renungilah kata-kata al-Imam Syafei rahimahullah ini: Aku mengadu kepada Waki’(al-Imam Waki’ ibn Jarrah rahimahullah,guru kepada al-Imam Syafei rahimahullah) tentang buruknya hafalanku,maka dia menyuruhku supaya meninggalkan maksiat,dan dia mengatakan kepadaku bahawa sesungguhnya ilmu Allah itu adalah cahaya,dan cahaya Allah itu tidak akan diberikan kepada orang-orang yang membuat maksiat.”

Isnin, 13 Jun 2011

Kata-Kata Cinta


Ketahuilah, cinta tak akan pernah sekalipun mengetahui tingkat kedalamannya, bila ia belum diterkam oleh perpisahan.
Aku datang atas nama cinta dan kini kau datang membawa putih cintamu yang begitu manis melekat dalam relung relung jiwaku.

Pernahkah ada di hatimu terpikir satu harapan untuk berjanji hidup selamanya bersamaku? Andai dirimu berada disini untuk membuka kembali jalan cinta.
Ada rasa rindu disana yang mengisi relung hati. Adakah rindu di hatimu seperti hati yang kurasakan?

Kutahu kau mencintaiku di saat kulihat binar matamu yang bersinar saat menatapku, teduh dan hangat begitu kurasakan, dan kutahu bahwa kaulah tempatku bersandar dan berlindung.

Aku mendengar bisikan angin sampaikan pesanmu padaku. Aku rasakan tetesan embun sebagai lambang kasih sayangmu. Kulihat pelangi hati sebagai gambaran cintamu padaku. 

Kurasakan ketulusan, kejujuran, dan kesetiaanmu padaku. Kini aku menyadari kalau dirimu begitu sangat sayang kepadaku. Tapi semua terasa menjadi tiada indah tanpa dirimu. Kan kujaga semua yang pernah kau berikan padaku, cinta.

Waktu pertama kali bertemu denganmu, bayanganmu selalu hadir dalam mimpi mimpiku,. Waktu berjalan bersama bayangmu, ingin sekali hatiku selalu dekat denganmu.

jikalau bunga cinta gugur menyelubungi hatiku yang sepi dan pudar bersama cinta. Tiada hal yang paling terindah selain cinta, cinta yang lahir dari hati yang paling dalam.

Khamis, 9 Jun 2011

Bingkisan Cinta


Jika kamu memancing ikan…. setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu…. janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja…. kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang… setelah ia mula menyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya…. janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja….
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
mengingatimu. …

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah
menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. akhirnya ia dibuang…. sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa…. anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. …Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya.. ..
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan… yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari