Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 29 Ogos 2013

Bila jari berkata-kata

Assalamualaikum..

Hari berganti hati dan masa terus pantas berlalu tanpa menunggu kita sesaat pun..Alangkah bertuah bagi mereka yang mampu mengurus masa mereka dengan perkara yang dapat mendatangkan maanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat. Setiap antara kita pasti ada hobi kan..sama lah macam saya yang punya hobi entah apa2..Hatta hobi sekalipun, seandainya ia tidak mampu mendekatkan diri kita kepada Allah, nescaya sia2 lah hobi kita itu..

Pernahkah ada diantara kita bisa merasa..
Dalam kesunyian melaksanakan kerja,
Muzik didengari menghiasi telinga,
Tapi sampai bila?
Pasti suatu ketika kebosanan tetap dirasa,
DaRi rock,jiwang,balada,dan Nasyid silih berganti,
Kepuasan pasti muncul juga,,
Tiada lagi yang mampu menghiasi hati yang ketandusan mutiara,,
Kembali kita kepada yang maha pencipta..
Al-Quran sebaik kata, Zikir hilangkan gelora dijiwa..
Peneman diri setiap masa, bergetar  dibibir tersemat didada,

Alangkah beruntungnya aku punyai rakan seperti kamu wahai sahabat,
Yang mampu menasihatku setiap masa,
Semoga kekuranganku tidak terus dengan kelekaan,
Dari insan punyai banyak kekurangan,
Nasihat dihulur, terima kasih diucapkan

fath2din14.. 5.55 am ..
Sudahlah..hari2 pasti berlalu..just keep going
Hidup mesti ceria

Jom Subuh..


 

Jumaat, 16 Ogos 2013

Assalamualaikum..
Sedar tak sedar hari ni merupakan hari terakhir cuti sekolah selama 2 minggu Sempena Hari Raya AidilFitri..
Esok akan bermulalah sesi persekolahan..Maka automatiklah tugasku sebagai guru praktikum akan kembali sibuk..huu.. 5 minggu berbaki diharap dapat dilalui dengan semangat yang tabah dan penuh dedikasi..

Ramadhan
Ramadhan kali ini amat mencabar bagiku  jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya. Praktikum di sekolah pada bulan Ramadhan. Dengan jadual harian yang sangat sibuk membataskan waktu untuk saya meluangkan masa untuk mempertingkat amal fardhi. Untuk menghabiskan satu juz Al-Quran sehari itu pun memerlukan satu pengorbanan yang sangat besar dalam diri dengan mencari ruang waktu yang terluang. Walaupun diri letih selepas sesi persekolahan, waktu perlu juga dicuri untuk amal Fardhi kerana waktu malam pula perlu diluangkan untuk Tarawih, RPH, BBM dan lain2 lagi..Bila je balik ke asrama pada hujung minggu, alangkah nikmatnya saya dapat lihat adik2 dapat meluangkan banyak masa di Balai Islam utk majlis berbuka puasa beramai-ramai, membaca Al-Quran, Zikir dan Tazkirah..Saya tahu tempat lain pun boleh nk membaca Al-Quran, Zikir dan buat amal Fardhi lain. Tapi bagi saya yang iman tidak kuat ini, bila berada dalam rumah Allah , suasana agama itu memeberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah..Walaupun begitu, Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada saya mengkhatamkan Al-Quran pada bulan Ramadhan kali ini walaupun kesuntukan waktu..:Aku tahu Ya Allah, seandainya bukan dengan rahmatmu, aku pasti tersungkur dengan lakonan dunia sehingga tidak mampu memanfaatkan ruang waktu untuk mempertingkatkan amal pada bulan Ramadhan yang mulia..Syukur padaMu Ya ALlah
p/s : terima kasih abah kerana hadiahkan Al-Quran digital untuk Ramadhan kali ini
J

AidilFitri 2013
Tidak banyak bezanya dengan Raya tahun lepas..ahli tetap tak cukup pada hari Raya pertama..huu..Kakak yang ke-3 beraya kat umah suami dia pada raya pertama..Bila dia mai umah pada raya ke-2, kakak yang kedua pula xde sbb dah balik ke Kedah J ...Beginilah jadinya bila kakak2 dah kahwin..nanti saya pula kahwin J..Kalo nak berkumpul semua kena tunggu cuti sekolah panjang lah nampaknya..
Duit Raya..sedih rasanya tahun ni..duit Raya tak mencecah RM200 pun..Semakin bertambah anak buah, semakin berkurang duit raya dapat daripada kakak..haaa..Takpe,, sedarlah kita ni semakin dan dewasa..

Apa yang bezanya Raya tahun ini adalah, x beli baju raya tapi jahit sendiri kaki n tangan jubah sahaja..Walapun tak pandai sangat tapi begitulah hasilnya..hee

Gambar raya
Tgk pudar je eh..nk terang mai jalan umah..hee

Anak saudara yang paling susah untuk dipeluk
with Haiqal


Perkahwinan Wafiyuddin dan Afifah

Barakallahulakuma wabarokah alaikuma..semoga bahagia dan kekal ke hingga anak cucu..
Seronok tgk kawan-kawan yang muda-muda dah menjejak pelamin..Semoga Allah permudahkan juga jalan kepadaku agar bertaut dengan serikandi pilihan hati tepat pada masa dan keadaan..Seandainya jodohku itu bermula dengan perkenalan, semoga perkenalan sebelum ikatan yang sah itu tidak membawaku kepada maksiat yang merosakkan hati daripada merasai kemanisan iman..Amiin
 
huu..malunya


IPG Mari , Umah Sewa mari, Sekolah Mari
Alhamdulillah baru sekejap tadi saya dah selamat sampai ke Terengganu..Sambil menunggu masa nak pergi umah sewa.. So, buat latihan tangan ckit dengan post entry yang entah apa2 ni..Petang ni sy usahakan jgk buat entry ni walaupun xda manafaat sangat kat pembawaca..huu..Tapi suka hati saya la nak tulis ape pun sbb blog saya kan.. :P
Bila dah start sesi persekolahan esk, masa free dah xde utk sembang2 kosong..Dengan esemen yang menggunung tak disentuh dan RPH yang menanti utk dibuat..yang paling penting murid-murid yang nakal dan sukar dibendung akhir-akhir ni mesti akan minta duit raya..xpe2..nanti saya print duit palsu pastu bagi sekeping sorang..harap2 diorang x guna duit tu p membeli kat kedai makcik depan sekolah..Kesian laa nanti makcik tu tertukar nanti ngan duit betul...huu

Akhir kata..
Sometimes you have to forget whats gone,

You don’t need someone to complete you. But, you only need someone to accept you completely




mfbi14



Khamis, 1 Ogos 2013

Selamat Pulang Beraya Semua

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ni dah genab 3 minggu melaksanakan Praktikum 2 di SK Sentul Patah ..
Banyak sangat pengalaman pahit dan manis telah tercipta sepanjang 3 minggu di sana..
Sekarang menanti saat pulang ke kampung halaman untuk Sambutan Hari Raya AidilFitri..

Raya tahun ni semakin bertambah lah ahli keluarga dengan kehadiran dua orang baru :)
Tahun ni kehadiran Hero2 dah boleh memecahkan kesunyian malam..
aaaa x sabarnya nk balik..Mum Wait for me tomorrow..I Love U so much..

Lama rasanya x merempit jauh2..
Semoga Allah permudahkan segala urusan sepanjang perjalanan ke kampung halaman esk..

Buat sahabat yang pulang ke rumah halaman masing2 tuu..Nak pesan ckit ni
# Drive elok2
# Baca doa naik kenderaan sebelum bergerak
# Sambil dengar lagu raya tu, zikir ckit dlm hati :) .. menghubungkan diri kita dengan Allah
# Jangan pandu laju2 sangat..80-120 km/j pun ok dh
# Bila tempat lampu isyarat, walaupun hujau jangan laju sangat, bimbang ada org cuai yg langgar lampu,       habis ngan kita-kita skali sakit nanti..
# Kalau mengantuk berenti tidur kejap, xpun tukar driver,,
# Setiap tempat yg berenti tu msg ckit kat parent, biar diorang tau tempat semasa kita berada..

Selamat Hari Raya AidilFitri..
Maaf Zahir & Batin




Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari