Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Ahad, 30 Disember 2012

Last morning at Home

Assalamualaikum...

pejam celik hari ni dah 31 Dis 2012 bersamaan dgn hari last duk kat umah..
hostel plak menjemput kehadiran penghuninya..


Khamis, 27 Disember 2012

Titisan embun








Jernihnya embun menghiasi alam dipagi hari,

Singgah di daunan sebagai penyeri,

Titisan jatuh menyembah bumi,

Pabila muncul sinar mentari,



Kulihat kamu bagaikan embun,

Kerna tiba suatu saat semuanya akan jatuh,

Seandainya embun itu jatuh ke bumi,

Ku harap hatimu jatuh ke hatiku..
.. 

Mfbi14




Ahad, 9 Disember 2012

Mengintai Kenangan

Assalamualaikum..
Bila cerita bercuti sekolah, mesti orang akan bercerita yang mereka pergi melancung sana sini, pergi majlis kenduri kahwin, ataupun dia sendiri yang kahwin, tidur bangun n makan2, mendalami ilmu agama, tolong keluarga, bersihkan umah, membaca novel2, kalo up ckit baca buku2 agama, salasialah para Nabi, kisah sahabat, kelebihan amal, dan mcm2 lagi..

Seriusly start minggu kedua cuti sampai la hari, FBI hanya bercuti di rumah sahaja, full time tolong tolong ayah wat kerja...tp ade laa hari tu sehari terlepas sbb romet ajak p main air kat Jeram Pasu, Pasir Putih, Kelantan...tu pun sampai tgh hari jer,..

Minggu depan lagi laa cbuk, ada hari keluarga TM Kelantan, kacau sura, program jiran muda, kem ____ Langkawi Maritim :) , Kenduri Kahwin..mcm lagi..

Sebentar tadi FBI sempat tgk buku alumni sekolah lama semasa lower form..pastu jumpa satu gambar artis sedang menyanyi " Nasyid" mcm kat bawah ni



Mereka ni dijemput membuat persembahan sempena majlis penutup Kem Kepimpinan Pengawas.. Dengan membawa dua buah lagu daripada album Inteam_Damba Kasih..Pertama lagu Damba Kasih dan yang kedua ialah Bisikan Nurani..Lagu Bisikan Nurani ini menceritakan tentang 4 perkara yang perlu diperhalusi oleh seorang lelaki untuk memilih seorang wanita sebagai teman hidupnya.


BISIKAN NURANI 

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)


Yang Cantik akan pudar,
Yang Baru akan menjadi lama,
Yang Cerah akan Gelap,
Yang Sihat akan Sakit, 
Yang Hidup akan Mati,
Semuanya akan kembali kepada Allah swt

Jadi,
Pilih lah wanita yang boleh memdekatkan kamu kepada Akhirat,
Nescaya kamulah antara orang-orang yang beruntung
 

Sabtu, 24 November 2012

November in my heart

Assalamualaikum pembuka bicara..
Lama dah rasanya fbi x mencoretkan cerita ataupun puisi pujangga dalam blog ni..
Bukan x sempat, tapi malas coz ada xde idea menarik..Jadi, kali ni fbi nk share cerita mengenai aktiviti yg sempat dicoretkan sebagai kenangan hari ni yang bermula dari pagi sampailah ke malam.

Hari ni masih 24 November bersamaan 10 Muharram..

Bermula dari pagi, FBI sempat g tgk adik dlm program berkhatan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Telekom Malaysia Kota Bharu..Peserta melibatkan anak2 staf Tekekom Malaysia BHD bersama anak yatim.



Tengah hari plak FBI pergi ke Terminal Makanan Negara (TEMAN)..
kat sana plak ada program kacau bubur assyura secara beramai-ramai. Program ni telah memecahkan The Malaysia Book Of Records kerana melibatkan 250 kawah. 250 ni melibatkan wakil taman/kampung yang aktif di seluruh negeri Kelantan..Dalam pertandingan ni, KRT Taman Bakti Mesra mendapat johan dalam kategori kreativiti :)
kacau jgn x kacau
KRT Bakti Mesra






Sebenarnya majlis mcm ni bukanlah kita target nk menang sgt, tapi yang lebih penting adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara penduduk taman/kampung. 



Proram petang sekitar perkarangan Stadium Sultan Muhamad 1V

Persiapan Majlis Berbuka Puasa Perdana
Bersama MB Kelantan

Kereta Drift

Jualan Jersi The Red Warrior

Pertandingan Pro Evolution Soccer (PES)

Gendang TRW Team

Dikir Barat 


Malaysia Negaraku..Kelantan Negeriku..
Biar apapun orang kata, tapi aku bangga melihat budaya negeriku,
Seni budaya tersimpan rapi, dikir barat penghibur hati,
Pemimpin bijaksana pilihan rakyatnya, Agama menjadi asas utama,
Menyusuri sunnah baginda tercinta, untuk diamal setiap masa.


AKU BANGGA MENJADI RAKYAT KELANTAN


Bendera Kelantan




Khamis, 8 November 2012

Selamat Bercuti Sekolah

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dah 4 Semester berlalu..tinggal lagi 4 Semester untuk membuat persiapan sebagai bekalan untuk menjadi bakal guru di sekolah suatu hari nanti..InsyaAllah

Semester ni rasa sekejap sangat berlalu sbb sibuk sgt dengan aktiviti2..Pastu dpt buat record baru sepanjang berada kat sini sebab semester ni MFBI blk dua kali saja untuk sem ni..tu pun sebab Raya Haji n Raya Puasa..

Papepun semester ni agak menyeronokkan sbb banyak sgt pengalaman baru tercipta..ada manis n ada pahit..Kalo difikirkan balik tetang pengalaman pahit tuu, xleh nk salahkan sape2 sgt coz mmg diri sendiri yang mencari masalah. So, aku tanggunglah sendiri...huahahahaha...Tp benarkan orang kata kan, dengan pengalaman pahit itulah yang memberi kita pengalaman berharga supaya kesalahan sama tidak diulangi..Lagipun, untuk melangkah mencipta pengalaman tidak semudah yang digambarkan..Untuk mencari pengalaman pertama itu lah MBI terpaksa bertindak luar dari kotak pemikiran..Akhirnya, terciptalah pengalaman tu...."keep it safely in ur heart".

Dengan kesibukan itulah boleh melupakan kita kepada masalah..Sebaik-baiknya kita sibuk, adalah kita menyibukkan diri melaksanakan urusan agama..Seandainya kita bantu agama Allah, nescaya Allah akan bantu kita..


Sebelum EXAM

2 minggu b4 exam..sy sempat pergi ke Lata Changkah 2 bersama kawan2..tempat tu sgt cantik tp ramai lagi yang x tahu..Sem depan nk ajak satu kelas plak wat picnic kat sana..Wait for the next sem.. :)
seminggu sebelum peperiksaan semester 4 bermula, MFBI n the team g sempat g XPDC trans- CHEMERONG-BEREMBUNG-LANGSIR..masa kat atas bukit sana, exam is out of my mind totally..Bila entah nk share FULL STORY tentang xpdc tu kat dalam blog ni..cuti ni insyaAllah la..

Selepas EXAM

Actually, today i was at home already..
Ceritanya sbb semalam kami berkonvoi ke Bukit Gambang Resort semalam.. 
Nak jalan2 ni x dirancang langsung pun..keputusan last minit  je samada nk blk umah terus ataupun g jln2 dulu..Bila tanya parent, dpt lesen punuh..So, berjayalah satu trip semalam bg penutup semester ni..heh2
Pergi ni sekadar nk tahu mcm mana suasana kat sana sbb BUKIT MERAH Lack Town Resort n Tambun dah pergi..







Aku mampu berjalan jauhhhhhhhhhhhh mencari pengalaman.
Namun aku masih yakin, yang paling jauh itu pengalaman lepas dan yang paling dekat itu mati

Rabu, 24 Oktober 2012

Salam Eidul Adha

Tinggal beberapa minit lagi dah nak memasuki hari khamis..
InsyaAllah esk 9 Zulhijjah ummat islam akan wuquf di padang arafah..

"Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya" Hadis Riwayat Muslim..




Selamat Hari Raya Aidil Adha Semua..




EXAM MOOD instead of RaYa

Hari ni dah penghujung bagi hari rabu..
Esk dah hari khamis..
Jumaat Raya..
Sabtu pagi tidur2 kejap..
Sabtu tgh hari dah start merempit ke Terengganu..
Sabtu malam..letih drive..so, tdr awal..
Ahad free..if i use my time wisely without be disturbing by antthing else..how long it could be??????
3 hours? 4 hours? 12 hours?
Isnin dah start final exam PJM3110..8 bab
adoi laa..Sabtu nanti mesti fokus utk PJ dah..
sempat habis kot 2 hari semua tu..kalo x, mmg bertaruh dgn soalan spot je lah

ape bende entah aku tulis ni?????
just nk hilangkan mengantuk mata..
start buka buku je mengantuk terus..
haishhhhhh...

Tuhan..tolonglah aku,
Aku insan lemah,,
Lagi x bermaya,,
Kuatkan semangatku,,
Menempuh ujian dunia,,
Yang menghampiri masa,,

Tuhan tolonglah aku,,
Aku x tahu,,
Kenapa dengan aku,,
fikiran bercelaru,,
Otak jadi kelu,,
Tindakanku jadi Buntu,,
Xtahu mana nk tuju,,

Tuhan tolonglah aku,,
tabahkan semangatku,,
kuatkan imanku,,
..
 :)


Sabtu, 13 Oktober 2012

Pelangi pagi



Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana kamu cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan erat.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

Kamu sering merenung dalam pengharapan, sedangkan peluang sudah terhidang, tetapi kamu kabur dalam kesamaran, menyesal pabila sudah kehilangan.


   (^,^)   


Senyum Sokmo

Copied by,
mfbi90


"Tiada Kejayaan Semudah Bicara"
"Pengorbanan pasti jadi dampingannya"
"Andai peluang tak mampu dicipta"
"Rebutlah Yang Ada Di Depan Mata"

Jumaat, 5 Oktober 2012

Malam Minggu di IPG_1

Assalamualaikum..

Start hari raya hari tu sampai hari ni..belum lagi menjejak kaki ke rumah tercinta..mungkin ni lah record terpanjang x blk umah..Umi i miss u so much..
Kawan kate : alah ko ni baru sebulan duk kat sini pun dh sibuk2 nk balik..aku ni org jauh pun x blk...
Aku kate : ye la sbb aku dekat la aku kena blk sll..nanti family aku kate ape plak..

Adoi laa..minggu depan pun x blh balik lg..next 2 week pun x blh blk jgk..
Sibuknya hidup d dunia ni kan..tapi lebih baik kan daripada sibuk nanti bila d akhirat..

Kalaulah kita ni tergolong dalam golongan orang yang sibuk di dunia utk kebahagiaan di akhirat..Alhamdulillah..Tapi kalo kita menjadi salah seorang yg sibuk di dunia tp sibuk juga di akhirat..MasyaAllah.,.mereka ini lah yang sibuk di dunia mencari kekayaan dunia smata-mata tanpa mempedulikan bekalan utk kekayaan akhirat..
Ingatlah wahai sahabat..Usahlah kita sibuk mengejar dunia..sbb kalo kita sibuk mengejar dunia pasti akhirat akan lari daripada kita, tetapi kalo kita mengejar akhirat nescaya dunia akan datang kepada kita...

Saya pun xtau dah ape isi penting yg nk diceritakan dalam entry kali ni..tangan je rasa mcm gatal nk menaip..
Dalam hati rasa kekosongan,
Papan kekunci menjadi sasaran,
Jejari mula bermain peranan,
Dari apa yang ada dalam fikiran,
Diterjemah ke dalam tulisan,


Dalam meniti hari-hari kehidupan,
Masalah dan dugaan meriah kunjung tiba,
Menguji kesabaran insan biasa,
Rapi ku simpan di dalam dada,
Manis ku senyum menghilangkan duka,
Sapaan ku sambut selembut bicara.


Masalah?????????
Sebenarnya masalah ini datang kepada kita melalui 3 cara :
1) Sbb kita yang mencari masalah tu
2) Orang datang cari masalah tu dengan kita
3) Memang Allah dah datangkan masalah tu utk uji kita

Selamat menempuh hari-hari dengan ceria walaupun masalah bergelumang di dalam dada..Jadikan ia pengalaman berharga yang mengajar kita erti bahagia..


Ahad, 30 September 2012

Rekreasi Matematik

Minggu lepas kami unit matematik 1 & 2 berjaya menjalankan aktiviti Rekreasi Matematik..
Aktiviti yang dijalankan di Pantai Merang ni sebagai memenuhi silibus pembelajaran matematik semester 4.
Kami dibahagi dalam kumpulan berempat perlu melaksanakan sebarang aktiviti/ permainan yang mesti mempunyai perkaitan pembelajaran matematik sekolah rendah..
Jadi, mcm2 aktiviti lah setiap kumpulan sediakan, yang bermain pun kitorang jgk..

Antaranya :

Fokus my groupmate

isi air dlm botol_topik isipadu

cari harta karun (soalan)

kolaj

istana pasir based on topic shape

lakonan bertemakan matematik

sajak math

Kenangan Bersama
PPISMP MT1 SEM 4 2012


Alhamdulillah dalam kesibukan membuat assignment kami masih sempat meluangkan masa bermesra bersama. Lama dah rasanya kami x beriadah bersama santai2 mcm ni. Sbb bila dah besar ni semua dah macam sibuk dengan urusan masing2, Tambahan lg la bila masuk PISMP ni jadual kelas full, subjek bertambah, asignment bertambah, kerja2 lain pun bertambah..

Nice To Have U All My Friends

Dalam kesibukan kita bisa lari ke pantai,
Ketepikan kerja menggunung untuk diselesaikan
Dalam keriangan kita padamkan kerisauan,
Ketepikan kesedihan yang menggamit perasaan,

Biasa kita sebagai insan
Tidak lari dari kesilapan
Perbaiki segala kekurangan
Untuk cemerlang masa hadapan

Masalah??
Masalah datang tanpa diundang,
Selagi akal dalam kewarasan
Fikirkan kenapa Allah datangkan ujian
Bukankah menguji tahap kesabaran dan keimanan..
"Allah Takkan Membebani Seseorang Sekadar Kemampuan Mereka"

Jumaat, 28 September 2012

Turun pangkat ckit tahun ni

Panthera Leo FC


Jadual perlawanan oh Jadual perlawanan


No advantage for the 1st place  in group

Alhamdulillah walaupun x dpt ke peringkat seterusnya, sekurangnya kami dah melebihi target. Target hanya mahu cukup sekadar lepas saringan group for the first 4. 
but, when facing all the best team there..x sangka plak dpt Johan Kumpulan..

Sistem perlawanan berbentuk liga..
First 4 team dalam kumpulan layak utk ke suku akhir..
Awal2 ni ok lg, tp sedih dgn sistem jadual ni utk ke peringkat seterusnya
Ada ke patut johan kumpulan B akan lawan naik johan kumpulan A
Pastu 2nd lawan 4rd.
Jadi, xda advantage langsung la dpt 1st place kalo kena jumpa team yang kuat dah pada suku akhir..
Sepatutnya johan kumpuan lawan dengan pasukan tempat ke 4 lah..
Sebabkan jadual tu, setiap team boleh main atur perlawan, semangat nk dpt johan kumpuan tu xde dah sbb advantage lebih tinggi for those who got the second place..

Walau apa pun, terima kasih kepada penganjur..Main just sekadar mengisi ruangan hari minggu.
Terima Kasih semua PANTHERA LEO FC sbb kita mampu membawa nama bdk math ke peringkat    Suku Akhir Karnival Fusal Terbuka IPG KDRI 2012..


Kenangan di sana








Khamis, 27 September 2012

Panthera Leo

Good Luck For Tomorrow
Menang kalah adab permainan
Janji enjoy the game..
Go math Go


Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari