Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Sabtu, 21 Julai 2012

Saya Tak Tahu Nak Kata Apa

Orang lain petah berbicara,
Setiap kata penuh bermakna,
Elok didengar keinsafan dirasa,
Menjadi pedoman untuk semua,
Tapi saya tidak sehebat mereka.


Orang lain petah berbicara,
Bicara diisi dengan kata pujangga,
Pujangga dihiasi dengan keindahan bahasa,
Bahasa diterbitkan mengikut nada,
Nada dialunkan mengikut suasana,
Tapi saya tidak sehebat mereka.


Orang lain petah berbicara,
Hujah dikeluarkan dengan fakta,
Fakta berpaksikan dengan dalilnya,
Al-Quran sebagai rujukan utama,
Al-Hadis disertakan dengan perawinya,
Tapi saya tidak sehebat mereka.


Orang lain petah berbicara,
Selingan dimasukkan dengan lawaknya,
Lawak spontan memeriahkan suasana,
Membuat hati menjadi gembira,
Tapi saya tidak sehebat mereka.

Saya tak tahu nak kata apa,
Saya karang ni pun xtahu kenapa,
Sekadar mengisi luangan masa,
Sementara masih punya idea,
Sajak kosong kurang bermakna,
Kerana saya tidak sehebat mereka.


MFBI90






Rabu, 18 Julai 2012

Welcome home_Ramadhan Welcome

InsyaAllah hari ni FBI dapat pulang bercuti ke rumah setelah melalui 3 minggu yang penuh dengan aktiviti setiap hujung minggu..
Minggu ni boleh katakan semua kawan2 pulang bercuti sbb Ahad nanti Terengganu cuti sempena kemenangan SUKMA di Pahang..Pastu tempias tu dapat la jgk kat kitorang yang belajar kat negeri Sang Penyu ni..
Tapi tu semua alasan ke dua je kot..Alasan pertama balik ni mestinya nk jumpa family + permulaan/pembukaan puasa ahad ni..boleh la merasa berpuasa bersama family sehari b4 melalui puasa di IPG buat kali 3 tahun ni.
Semoga Puasa tahun ini akan lebih bermakna kepada kita semua dengan memperkemaskan amalan wajib dan memperbanyakkan amalan sunat..
Bila masuk bulan puasa ni ingat pulak kenangan awal2 masuk IPG dulu, selalu saja g pasar ramadhan pusing2 tgk makanan, tgk2 lagak orang membeli :)..walaupun g jalan kaki tp semua semangat sbb nk tahu pasar ramadhan kat Terengganu..tp skrg ni kurang dah pergi kat sana walaupun dah ada motor..
Bila difikir balik baik buka puasa kat Balai Islam je sbb lebih banyak kebaikan :
1) Kelebihan berbuka puasa berjemaah
2) Semua akan sertai tahlil ringkas dalam 15 sebelum berbuka puasa
3) Ada kesempatan memohon doa sebelum berbuka puasa
   - Antara waktu paling mustajab meminta doa adalah sebelum waktu berbuka puasa
   -Tidak dinafikan walaupun berbuka di bilik pun dapat berdoa, tp berbeza bila kita berada dalam     
     suasana agama tersebut akan mendorong kita lebih peka untuk berdoa disamping dapat mempengaruhi 
     orang lain untuk sama2 memohon doa kepada Allah swt.
4) Selepas berbuka puasa dapat solat maghrib secara berjemaah
    -kalo duk kat bilik mungkin kita kena makan cepat untuk mengejar waktu solat maghrib berjemaah..pastu 
     kalau iman tu lemah ckit, terus semayang sorang2 je kat bilik..walaupun pahala dapat tp rugi la 27 kali  
     ganda :)
5) Lepas solat maghrib berjemaah dapat plak baca Al-Quran sehingga waktu isyak..dalam waktu ni    
    insyaAllah sempat habis 1 juz Al-Quran..kalo kita xbercakap dengan sape2 antara waktu isyak tu lagi la 
    berganda2 pahala Allah kurniakan..pahala iktikaf lg..
6) Pastu bila masuk waktu isyak dapat solat berjemaah, takbiratul ula..
7) Sambung terus dengan solat Tarawih..InsyaAllah tahun ni imam begus2 semua..kalau ade kekurangan 
    tu perkara biasa sbb kita semua di IPG ni dalam pembikinan untuk menjadi yang terbaik..Jika disini 
    pengalaman menjadi imam/bilal tarawih tu semua tidak diperolehi, di mana lg?maka terimalah peluang
    diberikan untuk kebaikan diri..
8) Lepas tarawih plak ade moreh (makan2 ringan) :)

Lepas tu boleh laa sambung urusan duniawi..asignment,facebooking,blogging,talking,gaming or anything else..
Dalam satu hadis, Rasulullah saw menyatakan bahawa selepas waktu isyak manusia ini akan dibahagikan kepada 3 golongan :
1) Selepas waktu isyak, dia tidur..maka tiada apa2 baginya samada dosa mahupun pahala
2) Selepas waktu isyak, di melakukan amal kebaikan,ibadah dan sebagainya, maka malamnya merupakan 
    bisnes paling lumayan utk bekalan akhiratnya
3) Selepas waktu Isyak, dia melakukan maksiat dan perkara terkutuk..maka malam mereka menjadi malam 
    yang membinasakan dirinya..nauzubillahiminzalik




Semoga kita semua dikurniakan akal untuk berfikir,,pilih la jalan terbaik


Selamat Berpuasa Semua 
:)



Isnin, 16 Julai 2012

Lukisan Kehidupan 1

Dalam menjalani kehidupan harian, kita akan melalui pelbagai pengalaman samada pengalaman tersebut akan mencatatkan kenangan manis ataupun pengalaman paling pahit dalam kehidupan..
Seandainya pengalaman manis, makan terpahatlah ia dalam lubuk hati utk ingatan kenangan abadi, tp jika pengalaman pahit, maka jadilah ia sbg pengajaran untuk memperbaiki diri..

Dalam menjalani kehidupan harian, suka duka pasti akan tercipta sebagai pengalaman..
Seandainya suka/gembira tercipta, maka bahagialah kita
Seandainya duka/sedih menimpa, maka terpaksa sabarlah kita
Masakan masalah tiada jalan penyelesaiannya..

Dalam menjalani kehidupan harian, pada dasarnya semuanya bermula daripada kita..
Seandainya kesedihan yang kita telah letak dalam hati/minda di pagi, maka kesayuan begitulah kita akan tempuhi dalam menempuh pengalaman harian walaupun hakikat pengalaman hari itu boleh mengembirakan..
Seandainya keceriaan yang kita sematkan di minda/hati di pagi hari, maka seronoklah kita menjalani liku2 kehidupan dalam merencana pengalaman baru dalam kehidupan walaupun halangan/masalah sentiasa menguji  sepanjang hari tersebut..

Jadi, simpanlah segala kesedihan
Gantilah ia dengan senyuman,
Masalah datang menguji iman,
Untuk menilai tahap keyakinan,
Sesukar manapun segaka rintangan,
Pasti ada jalan penyelesaian,
Solat dikerjakan Doa dihulurkan,
Kepada Allah memohon pertolongan.
Segala kesulitan semoga dipermudahkan.
Amin..






Comelnya kucing ni senyum

"Ringankan kita menghulurkan senyuman kerana senyuman adalah sedekah paling ringan untuk dilaksanakan"

~Kalo kita senyum, orang senyum~ :)
~Kalo kita senyum, orang tunduk~ kita istighfar :) :) :)
~Kalo kita senyum, orang buat xtahu ~ xtau nk kate la tu, dia ingat kita senyum org kat blkg dia kot
~Kalo kita senyum ,orang marah~ bawa dia jumpa saya


~mfbi90~
    

Khamis, 12 Julai 2012

Dalam mimpi ku lihat kamu




Ku lihat ramai gadis cantik, gadis manja, gadis comel, gadis kaya, gadis bertudung, gadis baik dan bermacam-macam gadis di laman sosial mahupun dunia nyata, namun tidak ku terpikat pada mereka..
Tapi hatiku terpikat melihat seorang gadis yang menjaga agama dan memegang erat iman dalam hatinya dan ku lihat dia malu menunjukkan tentang dirinya pada dunia sosial dan dunia nyata...

Seandainya benar dia tercipta untukku, satukanlah hatiku dengan hatiny..

Seandainya dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu..


Jumaat, 6 Julai 2012

Kursus Manik Kayu 1


Pengakap IPG KDRI KLM 30


Alhamdulillah semalam selesai menjalani perkhemahan wajib pengakap selama 4 hari 3 malam di Taman Pertanian Sekayu..

peserta kursus lebih kurang 135 orang sangat ramai jika dibandingkan dengan kawasan perkhemahan kat sana..Berbekalkan tandas yang boleh diguna iaitu 2 utk llk dan 2 utk perempuan untuk nk melunaskan hajat wajib setiap org..sedih tull..

Tapi begitulah manusia ni..bila keadaan darurat mcm tu semua jadi pandai cari jalan ikhtiar hidup..mlm2 pun sanggup lagi turun ke sungai amik air, mandi, n ..

Kursus manik kayu ni salah satu daripada kursus kepimpinan pengakap untuk melayakkan seorang guru pengakap memegang jawatan pemimpin pengakap kanak2 di sekolah nanti. Walaupun perkhemahan ni tidak sehebat n menarik mcm BIG 1 dulu, tapi keseronokan ni lain ckit sbb aktiviti lebih bnyk kepada permainan kanak2 dan menyanyi lagu kanak2..

Kursus yang melibatkan 16 slot ceramah "sangat memboringkan" tapi nk wat mcm mana sbb kursus ni merupakan program wajib utk pengakap semester 4.Terpaksa lah menadah telinga selama 16 slot tuu...
walaupun begitu, banyak sgt pengalaman yang dapat selain meneratkan hubungan silaturrahim antara kami..
:)

Antara gambar kenangan :

Sekawan Biru

Senaman pagi

Istiadat Laung Agong

Permainan kanak2

Gambate2 Bom3

Ceramah

Nasi Lemak _ pagi


Malam Terakhir

bakar ikan

ayam, ikan, kambing
Jagung bakar _hangit sudahhhh

Urusan ulat..sambil tunggu makanan siap

Resepi malam akhir
 Nasi amik ckit je sbb nak spare ruang utk daging,ayam,ikan,jagung n lain2..perut kecik ni xleh nk sumbat bnyk2 mcm org lain..hu2

Makan2



Istiadat Laung Agung & Majlis Perpisahan

Semoga Jumpa Lagi di IPG

Majlis Penutup & Perpisahan

Simpan2 brg dlm bas

Aktiviti wajib dalam bas..he2


ALL THE BEST MY FRIEND
SEMOGA JUMPA LAGI DALAM SESI AKAN DATANG


 APUSE

 APUSE KO KUN DAO
YARABE SORON DOVEVEI
OF LENSO,BENI NEMO, BENI FASE 
OF LENSO,BENI NEMO, BENI FASE
ARAFABEI
AUSWA RAK WA
ARAFABEI
AUSWA RAK WA
(BM Version) 
SELAMAT TINGGAL KAWAN
KITAKAN BERJUMPA LAGI
SELAMAT KU DOAKAN ENGKAU PERGI
SELAMAT KU DOAKAN ENGKAU PERGI
SELAMAT JALAN
JUMPA LAGI
SELAMAT JALAN
JUMPA LAGi

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari