Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Sabtu, 15 Februari 2014

minggu 4

Assalamualaikum..
Esk bermula minggu ke-4 praktikum..Semoga segalanya berjalan lancar..


Perhimpunan esk adalah perasmian “English Week” . Jadi kami dah membuat persediaan minggu lepas untuk program yang akan dilancarkan sepanjang minggu ni. Antaranya adalah menyediakan English Board “A Word A Day”.
simple jer..Asalkan berguna utk murid :)

        Begini lah kerja guru. Kita bukan sahaja ke sekolah untuk mengajar dalam bilik darjah. Kerja kita merangkumi kerja2 pengkeranian, hiasan, plan maker, doktor, posman, pelakon dan segalanya. Semoga Allah datangkan ikhlas dalam usahaku mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna. Baik dari segi pencapaian akademik, terbina sahsiah diri dan agama.
_ _ _ _  _

        Rindunya rasa nak balik umah..Semoga minggu depan Allah swt berikan kelapangan waktu untuk pulang ke rumah. Amin.. Cukup dulu utk catatan minggu ni. Kalau diikutkan banyak yang hendak dikongsikan. Namun batasan waktu tak membenarkan utk bercerita panjang.



Waktu akan terasa lambat bagi mereka yang menunggu, terlalu panjang bagi yang gelisah, dan terlalu pendek bagi yang bahagia. Namun Waktu adalah keabadian bagi yang mereka mampu bersyukur



Isnin, 10 Februari 2014

Memasang impian

Assalamualaikum..
Dalam kesibukan seharian..bnyak mana amalan yang kita buat utk mendekatkan diri kita kepada Allah swt dan bnyk mana perbuatan yg kita lakukan yg mendapat kemurkaan Allah swt.
       
       Dalam kesibukan praktikum, sy pun xtahu kenapa tiba2 rasa mcm nak menaip jgk kat sini..Open facebook..just looking for too many post which not related to me anything. So, just open n minimize that one.



      Personaliti diri..For those who are know me, i don’t know clearly what ur perception on me out there ..mungkin sesetengah orang anggap aku ni baik dan beriman sebab sll senyum dan pergi ke surau..Ada sesetengah anggap aku POYO sbb berlagak “hansom” kononnya..Ada sesetengah anggap aku ni jahat sbb sll kacau org terutama classmate sendiri..Ada sesetengah anggap aku ni sombong sbb x tgk orang kalau berselisih tepi kaki lima.. xtau  laa nak kata.. Bila aku jadi baik sangat, sebarang kesilapan kecil yang aku buat mesti org highlight “ fath2din tu nampak je baik, tapi ____ “ ..bla3 . Tapi bila orang kurang baik, “ kau tgk Ali tu, nampak je gengster gtu, tapi aku nampak dia g surau smlm”..

       Eh apa ye motif aku nk tulis ni sebenarnya.. aargggg...aku x tress pape pun.. tapi sbb pe aku nk menulis jgk mlm2 mcm ni walaupun esk ada kelas..

       Apa pun, jadi lah diri sendiri. Jaga iman, jaga hati, jaga budi pekerti, jangan 
lari daripada landasan agama walaupun dimana kamu berada.. Alhamdulillah walaupun aku dibesarkan oleh ibu bapa bukan dari golongan ustaz/ustazah, tapi mereka telah mendidik aku untuk mengamal nilai agama dalam kehidupan. Dalam keinginan seorang remaja, Alhamdulillah aku sering diselamatkan oleh Allah swt drpd hanyut mengikut arus barat. Allah swt campakkan rasa malu dalam diri..

       Ok lah..aku pun xtau dah apa bende dah yang mengarut ni..Usahlah berfikiran pada sesuatu yang sudah tidak pasti. Aku tahu matlamat itu perlu ditetapkan setinggi bintang dilangit. Ckp mmg senang kan..Namun, usah bermimpi menggapai bintang andai bulan tidak kelihatan..this one is more suitable quote for me this night.

       Beginilah kehidupan...memang kehidupan ini memerlukan perancangan. Sbb sesiapa yang gagal merancang, sebenarnya dia dah merancang untuk gagal. Walaupun kita dah merancang, tp perlu juga ingat bahawa untuk berjaya dengan perancangan itu tidak semudah yang dijangka. “Sebab merancang untuk berjaya lebih sukar daripada merancang utk gagal” .. Semoga kita berjaya dalam membuat perancangan..

       Kepada kawan yang praktikum : Selamat membuat perancangan pengajaran harian & ajar anak murid elok2

       Kepada semua rakan2 dan pengunjung blog : Tatapkanlah matlamatmu setinggi bintang dilangit. Seandainya bintang x kelihatan, sambutlah bulan itu terlebih dahulu sebelum ia hilang dari keheningan kabus malam.

       Saya Muhammad Fathuddin, memohon seribu kemaafan andai ada salah laku yang mendatangkan rasa tidak selesa kalian.. Andai umur saya tidak panjang, ampunkanlah dosa saya..

Ok, cukup dulu sampai di sini..Penulisan ni xde kena mengena dengan individu khusus pun..hanya sekadar detik hati meluahkan isi dari kedinginan malam..

  
1.40 a.m
11.02.14

mfbi14

Khamis, 6 Februari 2014

Assalamualaikum..




Pejam celik hari ni dah masuk minggu ke-2 melaksanakan praktikum di SK Gong Badak, Terengganu. Jadual kelas praktikal kali ni agak ringan ckit daripada tahun lepas. Tapi suasana pembelajaran jauh berbeza. Macam ni lah bila berada di sekolah besar. Anak murid lebih kurang 37 orang satu kelas. Bangunan plak rapat2..Kalau nk bagi arahan tu mmg kena menjerit lah baru semua blh dgr. Balik sekolah terus sakit tekak..huuu..

Praktikum 3 dah masuk Minggu ke-2 .. Observe x start lg, persiapan proposal AR x buat apa lagi, Folder praktikum x complete lg, nama anak murid pun x ingat lg, nama cikgu2 pun x ingat lg, assignment BaK pun x sentuh lagi...arrggg..stress molekk..Rasa mcm nk balik rumah jah minggu ni..Tapi apakan daya sbb x bawa kenderaan sendiri ke sini..Xleh la nak buat jadual sendiri utk blk tiap2 minggu..Hidup menumpang kasih org je kalau nk blk umah hujung minggu..nk kuar mkn mlm2 pun tumpang org je skrg ni ..huuu..sedih x? J ... Takpe lah, mungkin ada hikmahnya x bawa kenderaan tuu..

         Khamis..jadual hari ni mengajar BI tahun 4 je, tp dpt surat cinta guru ganti 1jam setengah. Mengalahkan masa mengajar dah...Letih sgt mengajar hari ni mungkin sbb x berapa sihat kot..Suara dah xnak kuar bila bercakap n nak marah murid bising pun dh x berkuasa..Masa last period td, tanpa bnyk fikir, lepas je murid kuar blk awal 5 minit..lepas tu, buka laptop, merayap2 n dgr lagu ckit..masa duk merenung sorang2 tu, tiba2 datang 4 orang anak murid tahun 3 sambil senyum n buat comel.. Cikgu pun mcm biasa laa layan diorang dgn lemparkan senyuman jgk dan buat mata bulat kat diorang + kedua tangan di kepala..”Cikgguuu hee” ...”Ya Allah cikgu lupa nk bawa hadiah” .. “cikguuuuuuu..letih kitorang cari cikgu” sambil senyum..”Nape cikgu duk kat makmal sorang2 ni? “Nampak cikgu mcm sakit je.. takpe, cikgu rehat lah dulu, Ahad nanti cikgu bawa yee..janji tau”.. Masa diorang tanya mcm tu, terharu sangat..Darjah 3 pun dah pandai amik hati cikgu..Masa tu jgk i’m lowering down my knee n show some reminder in my phone which special for theme..diorang senyum je n buat comel hee..Alang2 tu borak2 ngan diorang kejap .. Seronok sgt kacau2 diorang..Mcm main ngan anak saudara je rase..Bila gelak2 ngan diorang, hilang ckit stress n sorrow.. Kenapa laa diorang ni baik sgt..Mcm sekolah 1st praktikum dulu, anak murid mcm ni la yg buat cikgu sedih bila nak tinggalkan sekolah nanti..Wahh fikir nk tinggalkan sekolah dh..huuu..Hakikatnya masih lg berbaki 10 minggu.. Semoga aku mampu gagah berdiri mencurahkan ilmu pada anak bangsaku..

fath2din

First day practicum SKGB 2014



Esok ada Kem Bestari Solat kat sekolah .. Itulah hikmahnya x blk minggu ni..mmg jadi ustaz la esk...hee.....Skrg ni pun, when i’m going to English class, my students call me Sir. Bila saya masuk kelas Matematik, anak murid panggil Cikgu . Bila saya masuk kelas ganti, diorang panggil ustaz.. xtau la apesal diorang panggil ustaz.. rasanya xpernah pun aku p masuk mengajar Al-Quran or Hadis dalam kelas diorang sebelum ni..huu..mcm2 laa bdk2 ni..Ikut lah nak panggil apa pun.. Cikgu senyum jee ..

“Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu; sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan; segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman”

mfbi14

Sabtu, 1 Februari 2014

Assalamualaikum..Alhamdulillah sempat balik bercuti kat umah setelah 2 minggu berada di Terengganu. Walaupun cuti CNY kejap je. Tapi cuti kali sgt bermakna dan mengukir banyak kenangan indah. Bermula dari detik kepulangan, hari2 indah berada di rumah sehinggalah waktu perjalanan balik ke sini..Kemeriahan cuti kali ni hampir mengatasi sambutan Hari Raya AidilFitri baru2 ni sbb semua family ada kat umah..Jadi, alang2 ramai adik2 beradik ada kat umah, kitorang pun buat BBQ special..Apa je terlintas di fikiran beli, sotong, daging kambing, ayam, ikan, sosej n burger n mcm..Duit orang bagi suh habiskan..huu mmg sakan la borong barang mentah. Kalau p makan kat kedai confirm x kurang drpd RM500..

Bersyukurnya ada family besar.. :)
Kepulangan adik beradik n anak2 saudara mmg merubah terus suasana umah. Umah yang biasanya sunyi terus jadi bising..Abah nk marah cucu main kejar2 pun x sampai hati sbb tgk diorang seronok sgt main sama2..Almaklumlah lama sgt x jumpa. Umur diorang pulak sebaya je semua..Teringat zaman saya kecil2 dulu main sama2 ngan sepupu2..Sekarang ssh dh nk jumpa sepupu sbb ramai dah yang kahwin n duk jauh2..

Kemeriahan suara kanak2 dengan permainan n imaginasinya,
Kerancakan suara suami2 dengan cerita dan pengalamannya,
Kerancakan suara isteri2 dengan pinggang mangkuknya,
Kerancakan suara hati, biarlah menjadi rahsiaNya..

* xde kene mengena pun..just mai terlintas nk tulis dikala kepuasan sorang dlm blk..hee

Arrrrgg ..menyesalnya dtg awal IPG..Kepuasan yang teramat kat sini..Duk kat asrama mcm duk dlm hutan dah..Sunyi sepi..Yang bnyk bunyinya cengkerik..Semuanya ada hikmahnya :) .. Kalau datang esk, siapa nak hantar? .. Bila fikir elok2, ikut abg je lah mai cni terus alang2 p makan gulai kat terengganu..

Cukup lah sampai disini dulu..Sekadar membuang apa yang ada difikiran kat cni.. Bersedia untuk meneruskan Praktikum minggu ke-2


boarder



Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari