Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Sabtu, 10 Mei 2014

Home Sweet Home & Study Week 2014

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni masih lagi mampu bernafas dan diberikan kasihatan oleh Allah swt. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memeliharaku dalam iman.
Peperiksaan Akhir Semester 7
Bercerita tentang peperiksaan akhir Semester 7 yang akan bermula pada minggu hadapan. Jadi, study week kali ni saya banyakkan berada di rumah tercinta. Selain dapat menenangkan diri sbb dpt tgk muka parent setiap hari, kebajikan diri kat umah pun lebih terjaga sbb makanan bnyk kat dapur utk santapan jasmani, surau pun dekat ngan umah utk santapan rohani J .. Two papers only for this semester on next Monday and Wednesday. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan persiapan dan sewaktu menjawab nanti. Doakan agar segala ilmu yang dipelajari dapat digunakan sewaktu menjawab peperiksaan dan mampu dipraktikkan dalam kehidupan harian. Saya doakan juga kejayaan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan anak murid tercinta yang pernah mengenali cikgu agar berjaya di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang diceburi.
Aminn..



Cerita di rumah
Balik umah baru ni terus cter kat abah n umi tentang tempat posting dah boleh diisi. Saat nak mengisi ni fikiran jadi Blurr sbb xtau nk pilih negeri mana..Silap pilih nanti x pasal dibuang ke Sabah n Sarawak..huu menangis x berlagu laa..
Sambil2 tunjuk sistem penempatan online tu saya bagi tau la parent tentang sistem kali ini adalah mesra keluarga. Bagi yang dah berkeluarga mereka lebih diutamakan utk mendapat tempat posting bersama dalam negeri dan daerah yang sama. Bagi yang bujang, perlu kembara dahulu mencari pengalaman ke segenap negeri..heee ..This story stop here when a son n his beloved father discussed more serius on that topics..hee

Kata2 nasihat Pakcik on the next day J

Kita nak berkahwin ini perlu niatkan nak ikut sunnah Nabi saw. Sebabnya kalau salah niat, perkahwinan kita itu akan jadi sia-sia. Kalau niatnya betul, perkahwinan kita itu penuh dengan barakah.. Dalam perkahwinan itu, setiap pasangan pasti mahukan zuriat. Dapat atau tidak itu soal kedua kerana itu rezeki daripada Allah, yang penting ada kemahuan dan usaha. Rasulullah saw turut menggalakkan perkahwinan supaya ummatnya berkembang.. Tapi, Rasulullah tidak mahu melihat ummatnya berkembang ramai seperti buih-buih di lautan. Buih-buih ini mudah hanyut dan berpecah bila ombak menghempas pantai. Tapi Rasulullah mahu ummatnya ramai dan penuh dengan kalimah iman dan ilmu didada. Untuk itu, bakal ibu dan bapa ni perlu persiapkan diri dari sekarang lagi supaya ada ilmu untuk membentuk keluarga sakinah ini.

Dalam mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkahwin dan membina hubungan antara isteri/suami semata-mata. Hakikatnya, perkahwinan antara pasangan ini turut untuk membina silaturahim antara keluarga dan masyarakat. Sebab itu, memilih bakal pasangan ini perlu penelitian yang baik. Dasar cinta semata-mata antara dua hati tidak mampu membina keluarga bahagia. Ia perlu menyeluruh..

Ramai orang kata, perkahwinan suami isteri yang berbeza minat ini akan saling melengkapi. Betul orang kata tu..Hakikat sebenarnya, kalau ada perbezaan minat dan keinginan antara pasangan itu, ia tidak boleh terlalu jauh berbeza. Nanti akan wujud persaingan antara mereka, kata Pakcik..huu.. Contohnya, seandainya suami minat kepada agama, tetapi isteri tidak.. Jadi, untuk membina suasana agama dalam keluarga itu akan menjadi sedikit sukar..Kata orang yang berpengalaman..saya hanya mendengar dan senyum. Huu..

Seterusnya, untuk memilih bakal isteri ini, kita perlu pilih bakal isteri yang mampu patuh kata2 suami dan menjaga maruah di saat ketiadaan suami. Nak pilih isteri ni biar kamu rasa yakin yang dia ini seorang yang boleh dengar dan patuh arahan suami. Jangan pilih sembarangan takut nanti akan timbul masalah seperti orang kata Queen control. Tapi nasihat plak kepada bakal suami, kalau dah dapat isteri nanti, mentang2 la suami ni ada kuasa janganlah plak menjadikan isteri ini sebagai hamba. Dalam memimpin keluarga, suami perlu ada prinsip. Ketegasan dan kelembutan itu perlu ada supaya toleransi antara pasangan itu wujud..Suami perlu berani tegur kesalahan isteri dan anak2 dengan cara berhemah supaya tidak menyinggung perasaan..

          Dalam syarat memilih isteri, kita dah tahu ada 4 kriteria yang telah ditetapkan iaitu rupa paras, harta, keturunan dan agama. Seandainya agama itu menjadi pilihan, insyaAllah keluarga bahagia dan diberkati dapat dibina. Kelebihan lain yang dimiliki itu adalah sebagai nilai tambah. Setiap orang mahukan pasangan yang sempurna. Tapi tidak semua mendapat apa yang diingini. Kalau nak tunggu calon pasangan itu sempurna 100% memang tak menikah ler jawabnya. Cuba kita buat check list atau senarai semak tentang kriteria pasangan yang menjadi pilihan hati. Seandainya seseorang yang kita minati itu sudah 70% menepati kriteria yang ditetapkan, itu sudah dikira sesuai sebenarnya. Selebihnya itu berserah kepada Allah.

Selama satu jam perkongsian idea dan nasihat. Banyak sangat ilmu yang saya perolehi .. Untuk tulis semuanya di sini memang penuh laa.. Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini.. Selepas dgr nasihat panjang lebar ni..mai berfikir sorang2..huu

Adakah saya bersedia menjadi ketua keluarga seandainya jodoh datang secara tiba2? lalala ... Seandainya jodoh dan takdir itu datang dan mampu memberi kebaikan kepada diri saya, bakal isteri, keluarga dan masyarakat..Saya terima dengan hati terbuka.. Kita memang merancang, tapi yang menentukan itu adalah Allah swt.. Sekadar perkongsian cerita pakcik..

Study dulu.. Good Luck Everyone
 Cuti nanti boleh bergembira..
1 Semester lagi berbaki..hee

jom nyanyi satu lagu



Maaf jika ada salah silap dalam penulisan ini..Mohon teguran bermanafaat dan berhemah di ruang komen ini..
Assalamualaikum


Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari