Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 26 Januari 2012

Cuti Raya Cina

Vaucer 1 Malaysia 


Walaupun ada segelintir yang cakap Vaucer satu Malaysia tu adalah satu usaha kerajaan untuk maraih undi rakyat Malaysia kepada mereka..


Tapi ape pun persepsi, terlaksananya Vaucer tu ade la akan terjadi baik buruknya..Yang kurang menyenangkan adalah pekerja-pekerja Petronas, Abg Ipar sy kata tahun ni adalah banus paling rendah dia dapat sapanjang bekerja di sana..


Tapi yang kelebihannya adalah kepada pelajar2 dan penjual buku.. Kepada pelajar, time ni la diorang boleh belanja adik2 g borong buku, sbb dpt vaucer punya pasal..kalau lah kerajaan bg dalam bentuk wang ringgit, confirm org x beli buku.. :) .. Jadi hari. faedah vaucer tu dpt la jgk abg yg merasanya bila adik dah xtau nk beli ape bende ngan Vaucer dia dpt tu..he2


Kelebihannya ialah kepada Penjual2 buku..tgk lah mcm mana suasana kemeriahan kedai buku dengan pelajar2 dan ibu bapa..







Jumaat, 20 Januari 2012

Musibah : Jalan Menuju Kebahagiaan


Musibah seringkali ditakrifkan sebagai ujian, bencana, atau balasan daripada Allah SWT. Pelbagai bentuk musibah berlaku seperti kehilangan orang yang disayangi, kemusnahan harta benda, keruntuhan rumahtangga, kegagalan dalam perencanaan atau sebagainya. Impak daripada musibah ini boleh merubah situasi seseorang bergantung kepada tahap penerimaan mereka.
Sekiranya diterima secara positif, maka musibah dapat memberi kesan yang baik. Akan tetapi sekiranya individu yang ditimpa musibah mengambil peristiwa itu secara negatif maka ia boleh jadi membawa kehancuran yang merugikan. Oleh itu, kita seharusnya mendalami situasi musibah itu supaya ia dapat membawa kesejahteraan.
Apakah yang harus kita lakukan apabila ditimpa masalah atau musibah ? Apakah dengan merasa sedih, keluh kesah dan membinasakan diri sendiri dapat menyelesaikan sesuatu perkara. Jawapannya adalah dengan kembali kepada Allah.Ketahuilah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.Firman Allah SWT :
"Tiada sesuatu musibah yang menimpa seseorang kecuali dengan izinNya.. Dan barangsiapa yg beriman kepada Allah nescaya Allah akan memberi petunjuk kepada hatinya..."( At-Taghabun:11).
Kita seharusnya redha dengan apa yang berlaku kerana ia merupakan qada dan qadar daripada Allah. Seharusnya seseorang yang beriman tidak boleh mengatakan Allah itu tidak adil semata-mata kerana musibah yang menimpa dirinya begitu pedih untuk ditanggung. Kita tidak berhak untuk memilih dugaan atau musibah itu sesuai dengan kehendak kita.
Ini kerana Allah Maha Mengetahui atas tiap-tiap sesuatu. Allah berfirman di dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yg bermaksud:.
"...Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi(pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.".
Apabila Allah menimpakan musibah kepada kita, itu sebenarnya tanda Allah kasih kepada kita. Ia juga merupakan suatu ujian penilaian keimanan diri, sejauh mana kita benar-benar beriman atau keimanan kita begitu nipis sehingga hanya dengan sedikit dugaan, hati kita berubah.Cuba renungkan firman Allah ini:
"Dan, sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al-Baqarah:155).
Setiap manusia mempunyai titik tolak dalam kehidupannya. Maka apabila ditimpa musibah eloklah kita iktikadkan dalam hati, bahawa inilah titik permulaan dalam hidup kita. Barangkali musibah yang melanda merupakan suatu isyarat daripada Allah untuk kita bermuhasabah diri bagi membuat perubahan. Ringkasnya apa yang telah berlaku itu mempunyai hikmah yang harus di nilai. Kita harus memperbanyakkan beristighfar, membaca selalu innalillahhiwainnailaihirajiuun dan sebagainya.
Disamping itu, jadikan Alquran, sebagai teman. Berdoalah kepada Allah untuk memohon bantuan, dan diberikan keringanan dalam urusan. Firman Allah dalam surah Al-Mukmin ayat 60 yg bermaksud:
"Berdoalah kamu kepadaKu, nescaya akan aku perkenankan bagimu".
Bagi mengelakkan kita dari terus mengingati situasi sedih yang dihadapi maka kita hendaklah melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat seperti melibatkan diri dengan aktiviti masyarakat, menghadiri ceramah, mengunjungi saudara mara dan sebagainya. Seterusnya kita hendaklahbertawakkal kepada Allah setiap masa dalam apa jua keadaan.Firman Allah dlm surah Al-Maidah ayat 23:
"...dan hanya kepada Allah lah hendaknya kamu bertawakkal jika kamu benar-benar beriman".
Jangan lupa mengadu kepada Allah sekiranya hidup seringkali ditimpa kegelisahan dan kesempitan. Maka ucaplah Hasbunallah Wanikmal Wakil yang bermaksud :, Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
"Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.".(Az-Zumar:10).
Sebagai kesimpulannya, tiada masalah tanpa penyelesaiannya. Kita harus mengkaji dan meneliti, sebagaimana setiap penyakit mempunyai penawarnya. Anggaplah musibah itu sebagai tiket untuk mendekati Allah dan sebagai jalan menuju bahagia. Ingatlah janji Allah di dalam surah Al-Insyirah bahawa sesudah kesulitan ada kemudahan.

Sekadar renungan bersama.. 

Khamis, 19 Januari 2012

Diam?


Sa’eed bin Musayyeb berkata: Pada suatu ketika, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam duduk-duduk bersama dengan para Sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakr radhiyallahu ‘anhu hingga menyebabkan Abu Bakr ‘sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakr terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakr, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakr dengan lisannya, Abu Bakr bingkas mahu menjawab balik.
Lalu Baginda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bangun. Abu Bakr radhiyallaahu ‘anhu bertanya: apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Tidak. Cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.” [ Hadith riwayat Abu Dawud]

"Diam bukan mengalah. Tetapi, Ia cara mencari Rahmah dan untuk Mendekatkan diri kepada Allah."
Diam lebih baik daripada berkata-kata seandainya kata-kata berunsur fitnah & mengumpat yang mana boleh mengundang dosa dan perpecahan dalam kalangan masyarakat"

Rabu, 18 Januari 2012

Alhamdulillah

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt masih memberi peluang kepada diriku untuk merasai nikmat kehidupan di dunia..


Ya Allah.. Sekiranya saya tidak bermanafaat lagi kepada dunia ini, Biarlah Allah ambil umur saya.
Sekiranya saya boleh memberi manafaat kpd dunia ini, panjangkanlah umur saya supaya saya dapat memberi manafaat sebanyak mungkin.


Isnin, 16 Januari 2012

Nilai Sebuah Persahabatan

Kulihat matahari megah menyinar,
Bulan indah memantul sinar,
Begitu indah ciptaan tuhan,
Saling berganti memain peranan.

Assalamualaikum,,,
Tatkala manis mengukir senyuman,
Hati gelodak tanpa berteman,
Kesihankan diri menangkis serangan,
Dari sahabat bernama teman,

Teringat kata bapaku,,
Tidak perlu kawan beribu,
Andai tidak dapat membantu,
Hanya datang bila memerlu,
Bila gembira pergi berlalu,

Sahabat lamaku,
Kini ku mengerti siapa kamu,
Cukuplah menjadi pelakon didepanku,
Andai kebaikanmu rapat denganku,
Untuk mendapat rahsia peribadiku,

Pengalaman sangat mematangkan diriku,
Menilai sahabat teman baikku,
Bukan lemah kudiam membisu,
Tapi sabar memerhatikan caramu,
Kerna ku tahu syaitan menunggu,
Mengatur pergaduahan matlamat yang satu,

Teruskan beramal dengan kebaikanmu,
Tak pernah ku halang tindak-tandukmu,
Jangan kerana arahan ketuamu,
Sanggup kau guna kebaikan diriku,

Bangunlah sahabatku,
Takkan ku pilih memusuhi dirimu,
Kerna ku tahu tekanan padamu,
Dalam terpaksa kau buat begitu.

.............#.End.#....................

Ku punya teman banyak membantu,
Menasihat diriku disaat yang perlu,
Satu penghargaan buat temanku,
Kenangan indah tercipta dahulu

PISMP MT/BI/PJ

"Climbing For Victory"


"Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar,
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan,
Sahabat sejadi menjadi pendorong impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. "


Jumaat, 13 Januari 2012

Minggu pengurusan DPLI & PPISMP Dis 2011

Minggu pengurusan Program DPLI dan PISML Ambilan Khas Disember 2011


Ahad lepas..program pertama kali dilaksanakan oleh kementerian pelajaran Malaysia bg memberi peluang kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) bg mengikuti kursus Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI) selama setahun setengah bagi menggantikan program KPLI ...Bagi program PPIMP 5 tahun setengah ni plak merupakan guru GSTT yang memegang sijil diploma / STPM..


Bagi pengambilan ini, semua guru GSTT tersebut perlu mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalam mengajar sebagai GSTT..Tetapi keistimewaan mereka ialah mereka dibernarkan mengadung, melahirkan zuriat dalam tempoh pengajian..kalo dah mengadung..mestilah beranak kan :).. Tapi syaratnya mereka yang mengadung hanya diberi cuti rehat maksimum selama 2 minggu sahaja supaya 80% jam kredit kehadiran mencukupi untuk memenuhi syarat kemasukan ke peperiksaan..


Suasana hari pendaftaran


DPLI dan PPISMP Ambilan Khas

Taklimat Ibu Bapa

LDK 

Riadah Petang

Ajk Disiplin (Team Baik :d )

AJK kat blkg tu obses ngan kamera :)



Selamat Bergembira Ckg2...mlm ni bersedialah dengan lakonan hebat pelakon2 talang dua muka IPG Kampus Dato' Razali Ismail.. :D






Ni plak wajah org terkena dengan lakonan mantap pelakon
IPG KDRI

Debaran berakhir :)

terbalik plak amik gambo kek ni

Cukup ckg,,jgn nangis lg.. :( ..kami bergurau je tu semua

Apabila AJK baik n group muka ketat bersatu

Saya Ajk2 memohon seribu kemaafan andai ada salah silap
"Selamat Menjadi Cikgu"
&
Ni lah mangsa keadaan yang dikeluarkan maktab ..he2
Happy Birthday

Pelakon2 tambahan :)

wajah2 selepas menangis

Happy Birthday

Ucapan paling menyentuh perasaan dr akak DPLI..
Siapa pun kita..kami ke sini ikhlas ingin menuntut ilmu utk menjadi seorang pendidik

Wajah sayu masih terpancar dr mereka

Org kuat PPISMP mula berbicara....kemah bro




Saya mewakili AJK minggu pengurusan pelajar baru mengucapkan
"Selamat Menjadi  Cikgu"

Jadilah kita seperti sebatang lilin yang sanggup berkorban membakar diri 
untuk memberi cahaya kepada org lain

Ahad, 1 Januari 2012

Penghujung Cuti

Selamat Tinggal rumah tercintaku buat sementara waktu,
Menyahut amanah mencari ilmu,
Latihan membentuk seorang guru,




Selamat Tinggal katil, batal temanku,
Masuk mesin basuh lagi la korang esk,
Katil Single idaman



Result Sem 2 dah diumum,
Alhamdulillah la dengan rezki pemberian Allah swt,
Walaupun result lebih baik dr sem lepas tp tidak lagi menjadi yang terbaik drpd yang terbaik..
Tapi usaha tangga keyaan..Man jadda wajada :)


Hari ni juga nk ucapkan Selamat Tahun baru kepada semua pengunjung blog ni...
Maaf di pinta andai sebarang post di sini ada mendatangkan rasa sakit hari bila dibaca..






Semoga Allah selamatkan perjalan ke Kuala Terengganu esk..





 


Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari