Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 23 Januari 2014

JPRK to AR

Assalamualaikum..

1.43 pagi , 24/01/2014
Mata masih tak mampu untuk dipejam. Entah apa yang masih bermain dalam fikiran saat ini walaupun satu bebanan tugas besar sudah berjaya diselesaikan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt kerana telah berjaya menguruskan PRK 2014 dengan jayanya. Terima kasih kepada semua AJK yang memberi kerjasama sepanjang proses pilihanraya berlangsung. Saya sebagai Naib Pengerusi JPRK 2014 merasa sangat bersyukur dan bertuah kerana mempunyai Ahli Majlis Tertinggi dan AJK yang sangat dedikasi dan mampu memberi kerjasama dengan baik sepanjang menguruskan pilihanraya ini. Segala perancangan yang dirancang berjalan lancar dan bebas daripada teguran melampau oleh pihak-pihak tertentu.

Sepanjang menguruskan JPRK , saya telah berusaha sebaik mungkin bagi memuaskan hati semua pihak dari segi pembahagian tugasan kepada setiap AJK mengikut unit. Proses pengiraan undi juga berjaya dijalankan dengan telus & bersih bersama pemerhati yang mewakili calon yang bertanding.

Sebaik manapun usaha kita pasti ada kekurangan. Begitulah juga yang berlaku kepada kami. Walaupun segala perancangan telah berjalan lancar, mendapat pujian pensyarah dan rakan-rakan, namun masih ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan penuh PRK 2014 kerana calon pilihan mereka tidak mendapat kemenangan. Menang dan kalah itu sudah lumrah. Semoga mereka yang telah terpilih untuk membarisi JPP 2014 dapat melaksanakan tugas tersebut sebaik mungkin. Semoga niat murni anda untuk memberi sumbangan kepada diri, agama, masyarakat, dan negara mendapat Redha Allah swt.

Sekian..entah apa dah ayat aku tulis ni..Apapun, mulakan jadual baru esk..Fikirkan tajuk untuk AR lah plak..

Rindu rumahhhh ke aku ni sampai xleh tdr mlm ni..xkot..tapi ape eh?.. Org rindu kat aku ke?haa.. Tapi, siapa la nk rindu kat aku kan?..xkot sbb xde rasa getaran hati yg kuat pun saat ni..Hanya fikiran saja jauh merayap entah kemana tanpa hala tuju..
Okey lah..Bagi ucapan kat diri sendiri je lah..nk tunggu orang lain bagi ucapan mmg xtau bila le tuu..”Good nite..Have sweet dream fath2din..Hope ur dream come true” Aminnn

mfbi14





Isnin, 20 Januari 2014

Bila jari berbicara

Tanpa ku sedari,
Lembutnya mutiara itu mengalir menyembah bumi,
Tatkala kesunyian malam dihiasi zikir mengingatiMu.

Menginsafi kekurangan diri,
Dalam memimpin sebuah organisasi,
Tatkala sabarku terlampau diuji,
Tajamlah bahasaku  membuat konklusi.

Maaf pada empunya diri,
Kerna begini caranya aku terpaksa perkenalkan peribadi,
Pada insan menuduh membuta tuli..

“Sabar itu indah”
“Namun perlu sesuai dengan keadaannya”


mfbi14

Alhamdulillah program MBP malam ni berjalan lancar,
3 hari lagi berbaki untuk menghabiskan bebanan tugas,
Ayuh fat2din Ayuh
Dimana kamu yang ku kenal dulu
Smile always in order to show off your sadness
Happy enjoying your beautiful life


Alhamdulillah

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih memberi keizinan kepada saya untuk terus bernafas di atas muka bumi ini..Semoga umur yang panjang ini dapat digunakan untuk memberi manafaat kepada agama, diri, keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun masih banyak tugasan yang belum disiapkan. Tapi tangan terasa gatal jg nak menaip kat sini.

19 Januari 2014 . Perhimpinan pagi ni merupakan catatan sejarah manis terakhir untuk terima Sijil Anugerah di IPG KDRI 2014. Walaupun PMG tidak setinggi orang lain. Tapi, bersyukur sangat masih berpeluang naik ke pentas untuk menerima penghargaan ini..



         Perhimpunan mingguan hari ni menggabungkan 3 majlis dalam satu waktu. Majlis Persaraan Pensyarah, Majlis Penyampaian Sijil Anugerah Pengarah, Majlis Penamaan Calon bagi Pilihan Raya Kampus 2014.

Semoga calon2 yang bertanding dalam Pilihan Raya Kampus 2014 dapat mematuhi etika ketika berkempen. Berkempenlah secara sihat tanpa menyentuh sensitiviti mana2 kaum dan bangsa serta menjatuhkan kredibiliti calon lain. Ingat, kemenangan yang diperolehi nanti adalah amanah yang telah diberikan kepada anda. Walaupun saya ada calon2 pilihan hati, tapi kerana tugas dan amanah saya tidak dapat menjelmakan sekongan secara terbuka kepada anda sepanjang minggu PRK 2014 ni..Saya hanya mampu berdoa, semoga niat murni anda utk berkhidmat kepada warga IPG KDRI sebagai JPP 2014/2015 dapat dirialisasikan.

Kepada semua calon. Saya berjanji akan melaksanakan tugas sebaik mungkin sebagai Naib Pengerusi JPRK 2014 yang merangkap ketua kepada Guru Pelatih dalam JPRK 2014. Amanah yang diberikan ini saya tidak akan persiakan. InsyaAllah AJK dan MT yang bergerak dibawah saya juga telah dipilih dari kalangan mereka yang amanah dan dari orang yang hebat2. InsyaAllah PRK 14 ini BERSIH, TULUS, MURNI, SUCI..

Saya tahu ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati pada beberapa perkara terhadap JPRK kali ni..InsyaAllah kami akan perbaiki kekurangan dan dimurnikan bagi memudahkan JPRK sesi berikutnya..Ada selebihnya komen yang kurang membina tu saya anggap sebagai cubaan kepada kami utk melatih tahap kesabaran dalam mengelola sesuatu program. Berbekalkan pengalaman sebagai ahli JPP 2010/2011 dulu..Alhamdulillah saya sudah biasa dengan situasi begini. :)

Apapun..Ingat 23 Januari  2014 nanti hari mengundi..Pakat turun semua untuk membuang undi..Semoga Allah permudahkan segala urusan..Amin..

"Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan."

mfbi14

 19 Januari 2014
 10.35 pm

Selasa, 14 Januari 2014

Happy Birthday n Salam Maulidurrasul

Bismillah..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah swt kerana masih dipanjangkan umur untuk terus mengabdikan diri kepada Tuhan Maha Pencipta.

Hari ini 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H merupakan tarikh bersejarah bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Walaupun tiada Nas dan Dalil tentang sambutan Maulidurrasul. Alim ulama berpendapat sambutan bagi memperingati sirah Nabi saw akan mendapat ganjaran Allah swt kerana ia adalah antara usaha untuk menghadirkan rasa kecintaan kita kepada junjungan mulia Nabi saw. Tidak semestinya sambutan Maulidurrasul sahaja yang dapat memberi ganjaran pahala kepada kita, namun apa2 sahaja amal kebaikan yang dilaksanakan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah, InsyaAllah akan mendapat ganjaran disisi Allah swt. Sebagaimana firman Allah swt  dalam

Surah Ali Imran ayat 114 :
“Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka pula segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebaikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh.”


Happy Birthday Fath2din

Sebenarnya hari ni juga merupakan ulang tahun yang ke-24 bagi diriku. Ya Allah cepatnya masa berlalu. Mengikut sifir dunia, semakin meningkat umur semakin menghampirkan diri kita kepada kematian.

“Alangkah beruntungnya bagi siapa yang semakin meningkat umurnya, maka semakin bertambah amalannya. Manakala, alangkah ruginya bagi mereka yang semakin meningkat umurnya, semakin jauh dia dari Allah swt”

Semoga Allah swt tempatkan aku bersama orang yang bertakwa. Seandainya aku mati, matikanlah aku dalam keadaan aku beriman.


Menyusuri kehidupan..

Dalam umur sebegini, kawan yang lain majoriti dah bekerja, ada yang dah berumah tangga dan ada yang dah menimang cahaya mata. Tahniah semua..
Kini aku semakin menghampiri laluan pekerjaan sebagai guru. Semoga Allah permudahkan segala urusan bagi semester mendatang. InsyaAllah.
Final Year as Mathematics Training Teacher
2014

Hakikat..

Hakikat kehidupan memang memerlukan perancangan. Kerana siapa yang tidak merancang, sebenarnya dia merancang untuk gagal. Walaupun Qada’ dan Qadar itu Allah sudah tentukan. Tapi hakikat usaha itu adalah pada kita, yang selebihnya itu berserah kepada Allah swt.


Perancangan..

InsyaAllah jika dipanjangkan umur. Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian PISMP pada Dec 2014 nanti..
Pada umur begini mesti ramai yg bersoal jawab bab nikah kahwin..InsyaAllah semoga Allah permudahkan jalan ke arah itu. Sape xmau kahwin kan.krik2
Smiley ckit

^_^

Macam mane ye nak rancang..secara kasarnya mcm ni lah.. kerja, dpt gaji pertama, belanja adik2 and parent ckit.Gaji seterusnya simpan duit ckit..Pastu planning kahwin, pastu Kahwinlah,..Now, insyaAllah dlm usaha nk matangkan diri ckit..huu. Cewah style punya planning..hee.. AR langsung x fikir lg..fath2din Oh fath2din

“Kita hanya mampu merancang, Selebihnya berserah kepada Allah”

Terima kasih kepada semua yang wish birthday, bg hadiah, troll, msg, celcom (bg call free) tapi sy xtau nk call sape J , dan ibu bapa tercinta..

Sekian utk kali ni, sebagai peringatan


“Di saat engkau dilahirkan orang lain ketawa engkau yang menangis, maka berjuanglah di saat engkau meninggal dunia, biarlah orang lain yang menangis engkau yang gembira” – Hamka

mfbi14


Sabtu, 11 Januari 2014

JPRK 2014

Assalamualaikum..
Alhamdulillah selamat sampai ke rumah tercinta lagi minggu ini..Jika sebelumnya aku pulang kerana semata-mata kerinduan kepada keluarga tercinta. Tapi kepulanganku ke rumah minggu ini jauh lebih daripada itu. Rasa ingin menenangkan dikiran dari bebanan tugas. Bukan lari dari tanggungjawab, tapi mencari ketenangan untuk menerima sesuatu ketentuan dengan hati terbuka. Alangkah damainya rasa dihati bila menjejakkan kaki di rumah dan melihat senyuman manis ibu bapa tercinta dan adik tersayang. “hai balik lagii” kata umi..Hanya senyum mampu kuhulurkan bersama kucupan salam..
Niat dihati untuk memulakan semester ini dengan tenang dan gembira, namun semua tu  jauh berbeza seperti yang diimpikan. Ceritanya bermula dengan pemilihan Ahli Lembaga Koperasi. Alhamdulillah saya terpilih dengan cadangan seniur dan mendapat persetujuan rakan2. Walaupun masih belum berpengalaman memegang jawatan ALK ni. Tapi, insyaAllah berbekalkan minat dan pengalaman menyertai kursus Koperasi sebelum ni dpt dijadikan panduan.
            Kemudian, bermula dengan semester 7 ni. Sekali lagi saya diberikan tanggungjawab/tugas sebagai Ketua Unit Matematik 1. Walau hakikatnya orang lain yang sepatutnya menjadi KU pada semester ni, tapi atas lantikan pensyarah saya terpaksa menerima dengan hati terbuka.
            Saya ingatkan dengan memegang jawatan itu semua sudah menyelamatkan diri daripada memegang jawatan lain. Tapi, apa yang terjadi jauh lebih teruk daripada yang disangkakan. Minggu ni, saya sekali lagi diberi bebanan tugas dan amanah jauh lebih berat daripada sebelumnya. Kali ni saya diberi tugas sbg pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus 2014.. Argggggg...Why always me????..Apakah sebenarnya rahsia disebalik semua ni?? Ya Allah, permudahkan segala urusanku..
            Memegang jawatan sebagai pemimpin ini tidak semudah yang digambarkan. Mustahil seorang pemimpin mampu memuaskan hati semua orang. Hatta kebijaksanaan kepimpinan Rasulullah saw pun dipertikaikan oleh kaum musyrikin. Inikan pula saya yang hanya berbekalkan pengalaman sbg Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ketika umur setahun jagung..
            Walaupun begitu, dengan amanah yang diletakkan insyaAllah saya akan melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin. Kekurangan diri dalam memimpin saya dahulukan dengan ampun maaf. Cemuhan dan teguran sebahagian kalian saya akan jadikan batu loncatan utk terus berjaya dan perbaiki kesalahan diri.

Semoga Proses Pilihan Raya Kampus IPG KDRI 2014 ini berjalan lancar..Amin

JPRK IPG KDRI 2014

10.01.14
0025

"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."

mfbi14

   

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari