Assalamualaikum..
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih memberi
keizinan kepada saya untuk terus bernafas di atas muka bumi ini..Semoga umur
yang panjang ini dapat digunakan untuk memberi manafaat kepada agama, diri,
keluarga, masyarakat dan negara. Walaupun masih banyak tugasan yang belum
disiapkan. Tapi tangan terasa gatal jg nak menaip kat sini.
19 Januari 2014 . Perhimpinan pagi ni merupakan catatan sejarah manis
terakhir untuk terima Sijil Anugerah di IPG KDRI 2014. Walaupun PMG tidak setinggi orang lain. Tapi, bersyukur
sangat masih berpeluang naik ke pentas untuk menerima penghargaan ini..
Semoga calon2 yang bertanding dalam Pilihan Raya Kampus 2014 dapat mematuhi etika ketika
berkempen. Berkempenlah secara sihat tanpa menyentuh sensitiviti mana2 kaum dan
bangsa serta menjatuhkan kredibiliti calon lain. Ingat, kemenangan yang
diperolehi nanti adalah amanah yang telah diberikan kepada anda. Walaupun saya
ada calon2 pilihan hati, tapi kerana tugas dan amanah saya tidak dapat
menjelmakan sekongan secara terbuka kepada anda sepanjang minggu PRK 2014
ni..Saya hanya mampu berdoa, semoga niat murni anda utk berkhidmat kepada warga
IPG KDRI sebagai JPP 2014/2015 dapat dirialisasikan.
Kepada semua calon. Saya berjanji akan melaksanakan tugas
sebaik mungkin sebagai Naib Pengerusi JPRK 2014 yang merangkap ketua kepada
Guru Pelatih dalam JPRK 2014. Amanah yang diberikan ini saya tidak akan
persiakan. InsyaAllah AJK dan MT yang bergerak dibawah saya juga telah dipilih
dari kalangan mereka yang amanah dan dari orang yang hebat2. InsyaAllah PRK 14
ini BERSIH, TULUS,
MURNI, SUCI..
Saya tahu ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati pada
beberapa perkara terhadap JPRK kali ni..InsyaAllah kami akan perbaiki
kekurangan dan dimurnikan bagi memudahkan JPRK sesi berikutnya..Ada selebihnya
komen yang kurang membina tu saya anggap sebagai cubaan kepada kami utk melatih
tahap kesabaran dalam mengelola sesuatu program. Berbekalkan pengalaman sebagai
ahli JPP 2010/2011 dulu..Alhamdulillah saya sudah biasa dengan situasi begini.
:)
Apapun..Ingat 23 Januari 2014 nanti hari mengundi..Pakat turun
semua untuk membuang undi..Semoga Allah permudahkan segala urusan..Amin..
"Berfikir
secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara
menyelesaikan masalah yg paling berkesan."
mfbi14
19 Januari 2014
10.35 pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan