Bismillah..
Alhamdulillah
bersyukur kepada Allah swt kerana masih dipanjangkan umur untuk terus
mengabdikan diri kepada Tuhan Maha Pencipta.
Hari ini 14 Januari 2014 bersamaan 12 Rabiulawal 1435H merupakan tarikh bersejarah
bagi memperingati keputeraan Nabi Muhammad
S.A.W. Walaupun tiada Nas dan Dalil tentang sambutan Maulidurrasul.
Alim ulama berpendapat sambutan bagi memperingati sirah Nabi saw akan mendapat
ganjaran Allah swt kerana ia adalah antara usaha untuk menghadirkan rasa
kecintaan kita kepada junjungan mulia Nabi saw. Tidak semestinya sambutan
Maulidurrasul sahaja yang dapat memberi ganjaran pahala kepada kita, namun apa2
sahaja amal kebaikan yang dilaksanakan berlandaskan Al-Quran dan Sunnah,
InsyaAllah akan mendapat ganjaran disisi Allah swt. Sebagaimana firman Allah
swt dalam
Surah
Ali Imran ayat 114 :
“Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan
mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mereka pula segera pada
mengerjakan berbagai-bagai kebaikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah
dari orang-orang yang soleh.”
Happy Birthday Fath2din
Sebenarnya hari ni
juga merupakan ulang tahun yang ke-24 bagi diriku. Ya
Allah cepatnya masa berlalu. Mengikut sifir dunia, semakin meningkat umur
semakin menghampirkan diri kita kepada kematian.
“Alangkah
beruntungnya bagi siapa yang semakin meningkat umurnya, maka semakin bertambah
amalannya. Manakala, alangkah ruginya bagi mereka yang semakin meningkat
umurnya, semakin jauh dia dari Allah swt”
Semoga Allah swt
tempatkan aku bersama orang yang bertakwa. Seandainya aku mati, matikanlah aku
dalam keadaan aku beriman.
Menyusuri kehidupan..
Dalam umur sebegini,
kawan yang lain majoriti dah bekerja, ada yang dah berumah tangga dan ada yang
dah menimang cahaya mata. Tahniah semua..
Kini aku semakin
menghampiri laluan pekerjaan sebagai guru. Semoga Allah permudahkan segala
urusan bagi semester mendatang. InsyaAllah.
Final Year as
Mathematics Training Teacher
2014
Hakikat..
Hakikat kehidupan
memang memerlukan perancangan. Kerana siapa yang tidak merancang, sebenarnya dia
merancang untuk gagal. Walaupun Qada’ dan Qadar itu Allah sudah tentukan. Tapi hakikat
usaha itu adalah pada kita, yang selebihnya itu berserah kepada Allah swt.
Perancangan..
InsyaAllah jika
dipanjangkan umur. Aku akan belajar bersungguh-sungguh dan menamatkan pengajian PISMP pada Dec 2014 nanti..
Pada umur begini
mesti ramai yg bersoal jawab bab nikah kahwin..InsyaAllah semoga Allah
permudahkan jalan ke arah itu. Sape xmau kahwin kan.krik2
Smiley ckit
^_^
Macam mane ye nak
rancang..secara kasarnya mcm ni lah.. kerja, dpt gaji pertama, belanja adik2
and parent ckit.Gaji seterusnya simpan duit ckit..Pastu planning kahwin, pastu
Kahwinlah,..Now, insyaAllah dlm usaha nk matangkan diri ckit..huu. Cewah style
punya planning..hee.. AR langsung x fikir lg..fath2din Oh fath2din
“Kita hanya mampu merancang, Selebihnya berserah kepada
Allah”
Terima kasih kepada
semua yang wish birthday, bg hadiah, troll, msg, celcom (bg call free) tapi sy
xtau nk call sape J , dan ibu bapa
tercinta..
Sekian utk kali ni,
sebagai peringatan
“Di saat engkau dilahirkan orang lain ketawa engkau
yang menangis, maka berjuanglah di saat engkau meninggal dunia, biarlah orang
lain yang menangis engkau yang gembira” – Hamka
mfbi14
4 ulasan:
Kemah molek planning tu.^^ Usaha lakukan yg terbaik. Semoga Allah permudahkan sgala urusan2 yg mendatang. :)
Sajo jah planning secara kasar :) ..semoga doa org baik2 dimakbulkan Allah :)
Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir. Moga Allah redha. :)
*Hajat doa juga dr shbt yg soleh :)
insyaAllah..Amin :)
Catat Ulasan