Assalamualaikum..
1.43 pagi , 24/01/2014
Mata masih tak mampu untuk
dipejam. Entah apa yang masih bermain dalam fikiran saat ini walaupun satu
bebanan tugas besar sudah berjaya diselesaikan.
Alhamdulillah, syukur
kepada Allah swt kerana telah berjaya menguruskan PRK 2014 dengan jayanya.
Terima kasih kepada semua AJK yang memberi kerjasama sepanjang proses
pilihanraya berlangsung. Saya sebagai Naib Pengerusi JPRK 2014 merasa sangat bersyukur
dan bertuah kerana mempunyai Ahli Majlis Tertinggi dan AJK yang sangat dedikasi
dan mampu memberi kerjasama dengan baik sepanjang menguruskan pilihanraya ini. Segala
perancangan yang dirancang berjalan lancar dan bebas daripada teguran melampau
oleh pihak-pihak tertentu.
Sepanjang menguruskan
JPRK , saya telah berusaha sebaik mungkin bagi memuaskan hati semua pihak dari
segi pembahagian tugasan kepada setiap AJK mengikut unit. Proses pengiraan undi
juga berjaya dijalankan dengan telus & bersih bersama pemerhati yang
mewakili calon yang bertanding.
Sebaik manapun usaha
kita pasti ada kekurangan. Begitulah juga yang berlaku kepada kami. Walaupun
segala perancangan telah berjalan lancar, mendapat pujian pensyarah dan
rakan-rakan, namun masih ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan
keputusan penuh PRK 2014 kerana calon pilihan mereka tidak mendapat kemenangan.
Menang dan kalah itu sudah lumrah. Semoga mereka yang telah terpilih untuk
membarisi JPP 2014 dapat melaksanakan tugas tersebut sebaik mungkin. Semoga
niat murni anda untuk memberi sumbangan kepada diri, agama, masyarakat, dan
negara mendapat Redha Allah swt.
Sekian..entah apa dah ayat aku tulis
ni..Apapun, mulakan jadual baru esk..Fikirkan tajuk untuk AR lah plak..
Rindu rumahhhh ke aku ni sampai xleh tdr mlm
ni..xkot..tapi ape eh?.. Org rindu kat aku ke?haa.. Tapi, siapa la nk rindu kat
aku kan?..xkot sbb xde rasa getaran hati yg kuat pun saat ni..Hanya fikiran
saja jauh merayap entah kemana tanpa hala tuju..
Okey lah..Bagi ucapan kat diri sendiri je
lah..nk tunggu orang lain bagi ucapan mmg xtau bila le tuu..”Good nite..Have
sweet dream fath2din..Hope ur dream come true” Aminnn
mfbi14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan