Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Ahad, 30 September 2012

Rekreasi Matematik

Minggu lepas kami unit matematik 1 & 2 berjaya menjalankan aktiviti Rekreasi Matematik..
Aktiviti yang dijalankan di Pantai Merang ni sebagai memenuhi silibus pembelajaran matematik semester 4.
Kami dibahagi dalam kumpulan berempat perlu melaksanakan sebarang aktiviti/ permainan yang mesti mempunyai perkaitan pembelajaran matematik sekolah rendah..
Jadi, mcm2 aktiviti lah setiap kumpulan sediakan, yang bermain pun kitorang jgk..

Antaranya :

Fokus my groupmate

isi air dlm botol_topik isipadu

cari harta karun (soalan)

kolaj

istana pasir based on topic shape

lakonan bertemakan matematik

sajak math

Kenangan Bersama
PPISMP MT1 SEM 4 2012


Alhamdulillah dalam kesibukan membuat assignment kami masih sempat meluangkan masa bermesra bersama. Lama dah rasanya kami x beriadah bersama santai2 mcm ni. Sbb bila dah besar ni semua dah macam sibuk dengan urusan masing2, Tambahan lg la bila masuk PISMP ni jadual kelas full, subjek bertambah, asignment bertambah, kerja2 lain pun bertambah..

Nice To Have U All My Friends

Dalam kesibukan kita bisa lari ke pantai,
Ketepikan kerja menggunung untuk diselesaikan
Dalam keriangan kita padamkan kerisauan,
Ketepikan kesedihan yang menggamit perasaan,

Biasa kita sebagai insan
Tidak lari dari kesilapan
Perbaiki segala kekurangan
Untuk cemerlang masa hadapan

Masalah??
Masalah datang tanpa diundang,
Selagi akal dalam kewarasan
Fikirkan kenapa Allah datangkan ujian
Bukankah menguji tahap kesabaran dan keimanan..
"Allah Takkan Membebani Seseorang Sekadar Kemampuan Mereka"

Jumaat, 28 September 2012

Turun pangkat ckit tahun ni

Panthera Leo FC


Jadual perlawanan oh Jadual perlawanan


No advantage for the 1st place  in group

Alhamdulillah walaupun x dpt ke peringkat seterusnya, sekurangnya kami dah melebihi target. Target hanya mahu cukup sekadar lepas saringan group for the first 4. 
but, when facing all the best team there..x sangka plak dpt Johan Kumpulan..

Sistem perlawanan berbentuk liga..
First 4 team dalam kumpulan layak utk ke suku akhir..
Awal2 ni ok lg, tp sedih dgn sistem jadual ni utk ke peringkat seterusnya
Ada ke patut johan kumpulan B akan lawan naik johan kumpulan A
Pastu 2nd lawan 4rd.
Jadi, xda advantage langsung la dpt 1st place kalo kena jumpa team yang kuat dah pada suku akhir..
Sepatutnya johan kumpuan lawan dengan pasukan tempat ke 4 lah..
Sebabkan jadual tu, setiap team boleh main atur perlawan, semangat nk dpt johan kumpuan tu xde dah sbb advantage lebih tinggi for those who got the second place..

Walau apa pun, terima kasih kepada penganjur..Main just sekadar mengisi ruangan hari minggu.
Terima Kasih semua PANTHERA LEO FC sbb kita mampu membawa nama bdk math ke peringkat    Suku Akhir Karnival Fusal Terbuka IPG KDRI 2012..


Kenangan di sana








Khamis, 27 September 2012

Panthera Leo

Good Luck For Tomorrow
Menang kalah adab permainan
Janji enjoy the game..
Go math Go


Khamis, 20 September 2012

Bina Insan Guru (Siri 4)

Salam pembuka bicara semua..
Sedar x sedar minggu ni dah sebulan FBI kat ipg ni tanpa blk umah..bukan xnak blk tp sibuk sgt dengan aktiviti-aktiviti kat sini..
Bermula dengan minggu pertama selepas raya,

BIG (Bina Insan Guru ) Siri 4
Bina Insan Guru merupakan aktiviti wajib yang perlu kami lalui setiap semester di Institut Pendidikan Guru..Jadi, segala perancangan program dibawah tangungjawab kami. BIG siri 4 ini adalah bertemakan khidmat masyarakat. Pihak IPG memberi kebabasan kepada kami memilih sebarang aktiviti tetapi mesti melibatkan aktiviti bersama masyarakat setempat..Akhir sekali kami memilih untuk melaksanakan program anak angkat.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, program anak angkat kali ini diadakan di Kampung Minda & Telung  iaitu dalam daerah Dungun, Terengganu. Di sana, hanya line maxis saja boleh digunakan, Celcom xde langsung…kalo naik atas tangki air tu insyaAllah ade satu bar.
Sepanjang berada 3 hari 2 malam di sana, seronok sgt bersama masyarakat kat sana..Main bola sama2, main bola tampar sama2, semayang berjemaah sama2, gotong royong kenduru kahwin sama2,…hampir semua aktiviti di kampung tersebut dibuat secara gotong-royong..mereka seolah-olah satu keluarga..
Lukisan Cahaya :


       
Majlis penyerahan anak angkat


Gotong-royong sembelih kerbau_Utk Kahwin
Jong Kakoo

Senaman pagi
       
Khidmat bakti_bersih masjid



Sukaneka pagi


Friendly bola sepak dengan penduduk tempatan
        
        


Mak angkat n anak angkat...ayah kerja

Nak balik dah



Selamat Tinggal Kg Minda & Kg Telong
     
   

Walaupun hanya 3 hari kami berada di sini, tp suasana masyarakat di kampung ini sangat menyeronokkan dan meninggalkan memori indah kepada kami..Semoga saya berpeluang lagi ke sini suatu hari nanti..

Ahad, 9 September 2012

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu

Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
Segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu


USAH DIIMPIKAN BINTANG SEANDAINYA BULAN TIDAK KELIHATAN



PENGALAMAN MENGAJAR ERTI KEHIDUPAN



Khamis, 6 September 2012

Batasan Cinta


Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...

Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,

Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda kesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"

Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...

Sahabat,

Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan, tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk, maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...

Kalian yang di kasihi allah,

Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau. Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran. Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya. Kerana dia milikmu selepas nikah.
Bercintalah dan berkasih sayanglah kerana Allah dengan
memupuk dan menyuburkan ikatan itu dengan cara yang
matang dan dengan kawalan iman demi untuk
keizzahan islam tercinta..

ukhtukum fillah..

mfbi90..

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari