Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Ahad, 30 Disember 2012

Last morning at Home

Assalamualaikum...

pejam celik hari ni dah 31 Dis 2012 bersamaan dgn hari last duk kat umah..
hostel plak menjemput kehadiran penghuninya..


Khamis, 27 Disember 2012

Titisan embun








Jernihnya embun menghiasi alam dipagi hari,

Singgah di daunan sebagai penyeri,

Titisan jatuh menyembah bumi,

Pabila muncul sinar mentari,



Kulihat kamu bagaikan embun,

Kerna tiba suatu saat semuanya akan jatuh,

Seandainya embun itu jatuh ke bumi,

Ku harap hatimu jatuh ke hatiku..
.. 

Mfbi14




Ahad, 9 Disember 2012

Mengintai Kenangan

Assalamualaikum..
Bila cerita bercuti sekolah, mesti orang akan bercerita yang mereka pergi melancung sana sini, pergi majlis kenduri kahwin, ataupun dia sendiri yang kahwin, tidur bangun n makan2, mendalami ilmu agama, tolong keluarga, bersihkan umah, membaca novel2, kalo up ckit baca buku2 agama, salasialah para Nabi, kisah sahabat, kelebihan amal, dan mcm2 lagi..

Seriusly start minggu kedua cuti sampai la hari, FBI hanya bercuti di rumah sahaja, full time tolong tolong ayah wat kerja...tp ade laa hari tu sehari terlepas sbb romet ajak p main air kat Jeram Pasu, Pasir Putih, Kelantan...tu pun sampai tgh hari jer,..

Minggu depan lagi laa cbuk, ada hari keluarga TM Kelantan, kacau sura, program jiran muda, kem ____ Langkawi Maritim :) , Kenduri Kahwin..mcm lagi..

Sebentar tadi FBI sempat tgk buku alumni sekolah lama semasa lower form..pastu jumpa satu gambar artis sedang menyanyi " Nasyid" mcm kat bawah ni



Mereka ni dijemput membuat persembahan sempena majlis penutup Kem Kepimpinan Pengawas.. Dengan membawa dua buah lagu daripada album Inteam_Damba Kasih..Pertama lagu Damba Kasih dan yang kedua ialah Bisikan Nurani..Lagu Bisikan Nurani ini menceritakan tentang 4 perkara yang perlu diperhalusi oleh seorang lelaki untuk memilih seorang wanita sebagai teman hidupnya.


BISIKAN NURANI 

Lautan kematian ombak
Tenang pantai tiada terusik
Begitulah tasik hatiku
Sejak kehadiranmu

Betapa aku hargai
Anugerah syurga di dunia
Doa kudus aku panjatkan
Semoga dirahmati

Telahpun ku syukuri
Di dalam hidup ini
Cinta suci kurniaan Ilahi

Kejernihan wajahmu
Sempurna pada pandanganku
Kau kirana
Keturunan terpilih
Disanjung serta dihormati
Kau permata
Kesederhanaanmu
Mengecap kekayaan dunia
Kau mestika
Ketaqwaan dirimu
Itu yang merantai jiwaku

Bukan aku memuji
Apalagi memuja
Salahkahku kagumi… perhiasan duniawi

Bisikan nuraniku
Engkaulah pilihanku
Akanku pertahankan
Amanah suci ini


Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. Kecantikannya, keturunannya, hartanya atau kerana agamanya. Tetapi pilihlah yang beragama supaya dirimu selamat." (H.R. Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Amamah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Seseorang lelaki itu tidak akan mendapat apa-apa kebaikan selepas takwanya kepada Allah s.w.t lebih daripada isteri yang solehah. Jika disuruh oleh suami, ia taat, jika suaminya melihat kepadanya, ia menyenangkannya, jika bersumpah, nescaya ia dapat membuktikannya dan jika ditinggalkan pergi oleh suaminya, ia menjaga diri dan menjaga hartanya.” (Riwayat Ibn Majah)


Yang Cantik akan pudar,
Yang Baru akan menjadi lama,
Yang Cerah akan Gelap,
Yang Sihat akan Sakit, 
Yang Hidup akan Mati,
Semuanya akan kembali kepada Allah swt

Jadi,
Pilih lah wanita yang boleh memdekatkan kamu kepada Akhirat,
Nescaya kamulah antara orang-orang yang beruntung
 

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari