Assalamualaikum..Nama saya Fathuddin. Seorang guru di SK Taman Bukit Indah. Sekian lama menyepi daripada membuat penulisan dalam page ni kerana kesibukan kerja dan menguruskan rumah tangga.
Alhamdulillah 2 tahun bekerja. Apa yang saya telah perolehi lebih daripada mencukupi. Sebelum mula bekerja sehingga sekarang hidup saya sentiasa diberi motivasi oleh ibu bapa saya yang sangat memperjuangkan pelaburan dalam hartanah dan ASB.
Kalau dulu saya selalu share dlm pg ni tentang aktiviti yang saya lakukan bersama anak murid. Tapi mulai hari ini, saya akan share kepada anda pengunjung fath2din.blogspot mengenai BAGAIMANA CARA MENGGANDAKAN WANG SIMPANAN MELALUI ASB.
Saya rasa rugi jika ilmu yang saya perolehi hasil daripada kursus dan seminar berkaitan hartanah dan ASB yang telah saya hadiri tidak dikongsikan bersama anda semua.
Nantikan entry saya selepas ini. Saya akan share satu persatu ilmu yang saya telah perolehi daripada seminar hartanah dan ASB Genius.
Andai Tidak Mampu Kaya Dengan Harta Biar Anda Kaya Dengan Jiwa
Ilmu + Mentor + Usaha = Kejayaan
Selasa, 29 November 2016
Rabu, 19 Ogos 2015
VLE Frog
Assalamualaikum..
Sekian lama menyepi kerana sibuk dengan urusan kerja dan maslahat keluarga..Alhamdulillah 2 minggu lepas Ckg Din telah dikurniakan cahaya mata sulung. Semoga Putera kesayangan Muhammad Aniq Fahmi menjadi penguat ikatan kasih sayang kami sekeluarga ^_^
Fokus kepada isi kandungan kali ini..Ckg melaksanakan kelas mengunakan VLE Frog. Walaupun ramai rungutan daripada guru kesukaran menggunakan aplikasi ini, Alhamdulillah Ckg dapat laksanakan dengan baik walaupun terdapat sebilangan murid yang tidak dapat access ke laman sesawang kerana kelembapan internet. Hakikat sekolah bandar atau kampung sama sahaja, apabila sesuati aplikasi atau laman web dimasuki dengan ramai pada waktu yang sama pastinya laman tersebut akan menghadapi gangguan. So, tugas kita sebagai guru hanya laksanakan dan murid yang x dpt access suruh lah mereka share dengan rakan2 mereka.. ;)
Pembelajaran menggunakan ICT sangat menerujakan murid dan mereka dilihat sangat bersemangat dan berminat. Walaupun dilaksanakan pada hari terakhir setiap minggu, pada hari2 sebelumnya mereka telah bersemangat dan mengikut segala arahan guru..hee
Lihatlah wajah2 ceria anak murid tersayang..
3 NILAM
3 ZAMRUD
Jumaat, 15 Mei 2015
Selamat Hari Guru 2015
Guru
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema hari guru tahun ini mempunyai maksud yang
mendalam dan bermakna. Ilmu dan akhlak menjadi tunjang utama dalam membentuk
anak bangsa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Alhamdulillah tahun
ini merupakan sambutan hari guru pertama setelah memegang jawatan sebagai
pengawai pendidikan secara rasmi 29 Januari 2015 lepas.
Dunia pendidikan masa kini sangat mencabar. Apa
yang perlu adalah ikhlaskan niat bekerja untuk menyumbangkan ilmu dan mencari
rezki halal untuk keluarga tersayang. Saya bangga menjadi guru. Murid degil itu
mmg sikap mereka, saya hanya menegur sekadar yang mampu, selebihnya terserah
pada ibu bapa mereka dan pihak pentakbir. Sedih dengan peraturan pendidikan
sekarang kerana tiada lagi istilah hukuman, denda, memalukan murid, tengking
murid dan seangkatan dengannya. Sekarang saya tak denda murid, tapi record “black
and white” kesalahan tingkah laku untuk bekalan seandainya ada ibu bapa datang
ke sekolah. Beginilah gaya mengajar di bandar. So far saya gembira bertugas di
SK Taman Bukit Indah..Suasana sekolah mendamaikan di puncak bukit, guru-guru
yang hebat dan murid-murid yang krik2 haa..
Selamat Hari Guru 2015
Akhir
kata. Tugas dan Tanggungjawab sebagi
guru berat, jika dianggap berat. Mudah, jika mengambil mudah. Mulia, jika
dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.
Gambar Kenangan Mendaki Bukit Indah
Dalam bilik darjah
Kem Kepimpinan Pengawas
Minggu keusahawanan
ibu-ibu macam budak sekolah |
Setiap hari, aku lontarkan senyuman agar semua bisa berbicara tenang denganku. Usah dibawa masalah dalam pekerjaan. Letakkan masalah sebagai ujian dan usaha mengembirakan hati. Alhamdulillah mempunyai isteri, keluarga dan rakan2 yang sentiasa memberi sokongan.
Langgan:
Catatan (Atom)