Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Selasa, 3 September 2013

Kamu?

Bismillahirahmanirahim....
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah....
Syukur kepada Allah dengan nikmat yang diberikan kepada hamba yang kerdil ini...
untuk entri kali nie...hatiku bagai ditarik-tarik untuk mengatakan sesuatu mengenai :
Ya..Rindu...pernah tak tertanya-tanya ada apa dengan rindu ni??


Apa maksud rindu itu??
kenapa rindu itu hadir dengan tiba-tiba ???
bagaimana  untuk menangkisnya ??
erm...pernah x mengalami situasi seperti ini ??

Bila kita sedang solat....bila kita nak tidur...waktu kita tengah nak makan...waktu keluar ambil angin..dan waktu bersama keluarga pun kadang-kadang rindu itu hadir tanpa dipinta kan ??

Rindu itu akan datang apabila hati kita kasih kepada seseorang..sayang pada seseorang..cinta akan seseorang....
Tapi bagaimana pula kita sebagai manusia meletakkan kerinduan kita kepada Allah...??

Allah begitu kasih akan hambaNYA...segala nikmat dan rezeki sentiasa diberikan...walaupun hambaNYA  itu sering lalai daripada mengingatiNYA..
Tetapi... sejauh manakah kita meletakkan rindu kita sesama makhluk berbanding rindu kita kepada Allah ??
Apabila kita rindukan KASIH ALLAH..
kita akan sering menangisi agar Allah berikan kita kasih sayang dan perhatianNYA sehinggakan kita rasa puas dengan menangis mengadu dan kepada Allah...
tidak kira dalam apa jua keadaan kita pada waktu tu..
baik dalam keadaan sihat mahupun sakit...
waktu lapang mahupun sempit...

Apabila rindu itu berbisik...pasti seolah-olah merasakan diri bagaikan ingin menangis dek kerana penyakit rindu itu sendiri...
andai merindui seseorang,pasti hati bagai luluh apabila kerinduan itu dipendamkan..
begitulah lumrah manusia...
Apabila sesuatu yang hadir menyelinap masuk secara halus di dalam hati...
pasti kita akan kembali kepadaNYA...
sebenarnya rindu itu adalah satu anugerah...
tapi jika merindukan kepada seseorang sampai memudaratkan dan melalaikan hati...maka bersegeralah merawat hati itu...dengan berzikir  dan membaca AlQuran...
kerana
~ubat rindu adalah Al-Quran~

sentiasa sibukkan diri dengan perkara yang bermanfaat daripada teringat dan rindukan manusia...terutamanya kepada mereka yang belum tentu halal bagi kita....manusia adalah ciptaan Allah..jadi rindu pada manusia ubatnya hanya dengan melepaskan rindu pada penciptaNYA...Allah lebih berhak untuk kita rindui...semoga rindu pada seseorang itu terjaga sehingga ia halal bagi kita...wallahua'lam

p/s : copy only

Jaga hati wahai sahabat, Seandainya rindu, sampaikanlah pada Allah semoga..
Semoga Allah pertemukan kita suatu hari nanti dengan pertemuan yang terbaik dalam membentuk keluarga sakinah yang jauh dari kemungkaran..
Saya bukan seseorang yang baik, hebat dgn ilmu..Tapi saya masih berusaha hidup berlandaskan agama sebagai tali pegangan..
Hati saya hanya pada Allah
Kamu????
nanti yg halal


Tiada ulasan:

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari