Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Ahad, 30 Mac 2014

Final Observe for Minor Subject

Alhamdulillah last observe dengan pensyarah bagi subjek minor untuk semester 3 ini..Terima kasih cikgu ucapkan kepada semua murid 4 ibnu Sina kerana memberi kerjasama dengan baik sepanjang cikgu  melaksanakan praktikum di SKGB 2014 ini. Walaupun ada sesetengah yang nakal, namun keseluruhan murid2 yang lain baik2 belaka.

Cikgu minta maaf jika ada kekasaran bahasa sepanjang pengajaran. Cikgu marah bukan kerana benci, tapi untuk mendidik kamu supaya menjadi murid yang baik budi pekerti, bijaksana, dan berakhlak mulia..

Cikgu ada 3 minggu lagi berbaki di SKGB ni. Semoga hari2 mendatang lebih baik daripada hari berlalu. Di sini, cikgu sertakan gambar2 kenangan kelas observe terakhir kita..Lepas ni kita boleh belajar Bahasa Inggeris dengan enjoy J


Peace yooo :)


cikgu letih da senyum..hee..dlm hati gembira jee

senyum saje

khusyuknya..xpandang camera dh

heee

Nana, Nurin, Nazurah



Aleesya, Azwani, Nurina

Nuqman & Najmi

Adam _ ni la yang paling nakal..maaf ye cikgu marah sebelum ni..jgn nakal2 lagi ;)

Syafiyah, Azwani n Ina



Ni Hasil kerja yang terbaik..huu

3 Star

2 Star

1 Star


Ni ckit lagi.. 
Gambar masa exam :)

pandang2, jeling2


Azwani tgh fokus tuu

Nana poyoo

Fokus-fokus

tgh jawab exam pun sempat lg pose..hee

:P



Sape yang dah dapat buka blog cikgu ni..Nanti kamu tunjuk lah kepada kawan-kawan yang lain yee. Bila ada ebook nanti, cikgu ajar kamu buat blog sendiri ;)

Cukup dulu coretan untuk hari ni.. "Murid akan belajar apabila mereka bersedia untuk belajar" , Seseorang guru perlu bijak menguruskan bilik darjah supaya setiap murid bersedia untuk belajar.


Fath2din

Ahad, 23 Mac 2014

cuti part 2


Sambung cerita hari ni..perancangan nk pergi majlis kahwin kawan pada tengah hari terpaksa ditangguh ke waktu petang sbb hujan turun..kalau p ngan kereta pun same jgk, mesti sampai lambat jgk sbb jam..then, call romet ajak p sama2 wat teman :) .. Malu jgk nk p sorang2 majlis kahwin tu...lebih kurang kul 4.15 mcm tu sampai la di majlis kesyukuran Hafizuddin & Syaliana..berseri-seri diorang, sama cantik sama padan..hee

Sampai2 tu pengantin jemput mkn dulu..Saya pun mkn lah ckit walaupun perut dah kekenyangan..Sambil mkn tu duk dgr kwn2 yg nk posting nanti bincang pasal tiket flight la, bag, brg2..saya senyum je lah..huu..sambil2 cakap tu..tup2 datang seniur yg dah posting :) , Wafiyuddin namanya .. Kepala terus berpusing tgk keadaan keliling org lain yg datang bersama seniur td..huu..xcited sbb lama x jumpa :) ... now dia la yg bg talk kat semua suasana di Sarawak, apa nk bw, nk daftar kat mana, n mcm2..

mendengar taklimat drpd seniuritas..huu
Gambar kenangan bersama pengantin dan sekitar kawasan umah pengantin 

xtau nk pandang kamera mana sbb bnyk sgt 


pegang erat2 :)

cukup dulu perkongsian utk hari ke-2 ni .. Esok ada lagi... :) ..memenuhi undangan orang je lah..diri sendiri xtau bila lagi..Jodoh itu rahsia Allah. Usaha, Doa, Tawakkal..Kalau ada rezki ada lah tu..Semoga Allah mempercepatkan jodohku dengan serikandi pilihan hati..huu

Sabtu, 22 Mac 2014

cuti part 1

Assalamualaikum..
Hari ke-2 cuti pertengahan penggal pertama..Selain memenuhi undangan kahwin kawan2, kerja hari2 mesti ada melibatkan menaip..Baginilah bila menghampiri tahun akhir..huu. Proses menyiapkan proposal dah dijadikan rutin bagi mengisi masa lapang cuti ni..hee..

Kejap menaip, lama merayap dlm alam maya..adoi laa..Saya sama je macam llk lain, kalau fokus pada proposal semata-mata mmg tidur lah jawabnya. Hari ni , seronok sgt dapat share idea dengan Abah. Lepas dpt idea td, abah suh buat AR ikut idea dia J .. idea tu sangat simple, tp keberkesanan kaedah tu sangat besar bg murid2 lemah. Saya bakal guru yang masih cetek pengalaman hanya mampu mendengar dan catat isi2 penting. Terima kasih abah share maklumat yg sgt penting utk progress AR ank bujang ni..hee..Hasilnya tunggu lah nanti...baru nk start menaip ckit2 hari ni..adoi laa..org lain dah siap semua..

Cukup cerita ttg AR/proposal..Pagi tadi, awal2 lagi dpt fon dr kawan. Dia invite secara personal ke majlis kesyukuran J ..Walaupun dah tahu tp segan nk pergi selagi x dpt invitation dr tuan punya badan sendiri..org x invite xkan kita beria nk tnya..Alhamdulillah rupanya ingat jgk dia kat saya..huu..ukhuwah fillah abadan abada..insyaAllah tengah hari ckit lg nk p umah dia..nak ajak sape xtau la..Adik bongsu dah agaknya jadi mangsa nanti utk teman abg. Semoga berkat pergi memenuhi undangan kahwin kawan tu, Allah permudahkan jodoh saya plak nanti..huu

Cukup lah dulu utk pagi ni..nk p bungkus hadiah plak..hee..Doa buat Hafizuddin dan Shaliana..


Isnin, 17 Mac 2014

Kecelaruan fikiran

Assalamualaikum..
Lama rasanya x meninggalkan jejak disini..Bukan x mahu tp x berkesempatan..
Cter ttg mlm ni..Ketandusan idea nk fikir tentang AR dah semakin mencapai kemuncak. Aku ni dah blur sgt bila tgk tajuk yg dipilih hampir sama dgn tajuk AR batch lepasr. Hati terus berdebar, fikiran dah keliru..Apa tajuk alternatif aku nk buat ni? Lecturer plak nak AR yang ada konkrit ABM utk pengenalan konsep..huhhhh..
IDEA...tolong la dtg masa kebuntuan nii...2 weeks more for proposal dateline..
...........................
Apa laa aku nk tulis xtau ni..permulaan latihan menaip je lah kot mlm2 buta ni utk persiapan extra jobs school holiday upcoming.
Minggu ni mmg kepala dan badan dah serabut dgn kejohanan sukan..Cikgu2 plak nak minta tolong ajar buat esemen diorang..adoi..ape daa..nk sambung belajar suh org yg buat..nasib baik guru pembimbing..aisihh..harap la A+ praktikum
Ya Allah..permudahkanlah segala urusanku..aku hanya mampu berusaha..Kepada engkau aku hanya berserah..
Cukuplah nk keluarkan apa yg ada dlm kepala, nk cter kat org bukan org nk dgr pun, orang lain pun duk pening2 jgk dgn kerja dia..Thanx for blogging.. i’m here just to list down what i hv in mind. Facebook?errkk..xde org nk layan lah..org kutuk ade la..hua2..
Ape lah aku mengarut ni..sebelum melalut lebih jauh..
Tdr lagi senang..masalah fikir kemudian..Selamat mlm kawan2..
Semoga Allah bangkitkan aku kembali esk hari..
Seandainya umurku hanya disini..
Ampun dan maaf ku pinta pada semua..
Aku hanya manusia biasa..
Penuh dengan perbuatan sia-sia..
Hakikat mengerti dosa pahala..
Imanku tidak tebal dengan pakaian taqwa..
Ampunkan dosaku Allah Yang Esa..

faht2din14..
1.28 a.m

18.03.04

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari