Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Selasa, 28 Ogos 2012

Nikah? Renungkan...


NikahRenungkan...


Pernikahan akan menyingkap tabir rahsia bahawa isteri yang kau nikahi tidak seindah yang diimpikan.

Isterimu bukanlah..semulia Khatijah, setaqwa Aisyah, setabah Fatimah, secantik Zulaikha. Justeru isterimu adalah isteri akhir zaman, yang InsyaAllah akan melahirkan anak soleh dari rahimnya.

Pernikahan mengajarkan kita berkewajipan yang sama;

Isteri menjadi tanah, dan Suami menjadi penaungnya.

Suami menjadi sebuah pondok, dan Isteri menjadi penghuninya.

Saat Isteri menjadi madu, kamu teguk kesegarannya.

Di kala Suami menjadi raja, kau nikmati anggur singgahsananya.

Ketika Isteri menjadi racun, Suami menjadi penawar bisanya.

Pabila Suami menjadi bisa, Isteri bisa jadi penawarnya.

Pernikahan akan menginsafkan kita akan perlunya Iman dan Taqwa kerana memiliki suami tidak se-arif Abu Bakar, seberani Umar Bin Khattab, se-kaya Ustman Bin Affan dan segagah Ali Bin Ab Tholib.

Suami mu adalah..suami akhir zaman yang InsyaAllah, Membimbingmu menempuh jalan yang diredhai Allah.

Namun senantiasalah berikhtiar semoga menjadi suami/isteri yang soleh dan solehah, agar keluargamu akan menjadi keluarga Sakinah, Mawadah, Warrohmah.






Nota ringkas: Wahai wanita solehah, jangan risau akan jodohmu kerana muslimin yang bijaksana takkan terpaut pada wanita hanya kepada kecantikan, lirikan senyuman, pada bicara manja dan menggoda atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Jika kau tetap di atas jalan yang di redhai-Nya, InsyaAllah si dia turut di jalan yang sama.

http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2868

Jumaat, 24 Ogos 2012

Selamat Tinggal umah tercinta


Semoga Allah memberi kesenangan dalam perjalanan ke Kuala terengganu kejap lagi..


Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam AidilFitri

Sekotak Mancis Secawan Madu,
Selaut Kasih Seluas Rindu,
Salam Manis Penuh Shahdu,
Salam AidilFitri ku ucap padamu,

Maaf Zahir&Batin

Jumaat, 17 Ogos 2012

Wahai Orang yang lembut hatinya


Teristimewa buatmu yang pernah hadir dihatiku..
Walaupun kita tak pernah bertemu, namun hadirmu selalu menemaniku..
Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan sesuatu untukmu..
Aku tak berani ungkapkan rasa itu..
Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin menulis sesuatu untukmu..
Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,
aku akan tetap menunggu…

Wahai orang yang lembut hatinya..
Entah dari mana aku mulai menyusun kata – kata untuk mengungkap segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada. Saat kau baca coretan ini, anggaplah aku ada di hadapanmu, kerana rasa kasihku padamu.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Hadirmu tiada ku duga. Pertemuan denganmu tiada pernah ku kira. Semua itu adalah sebuah rahsia. Pastinya Allah ada rencana untuk kita semua. Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu. Pertama kali pertemuan itu telah buat aku suka padamu.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Walaupun dirimu tidak sesempurna harap, tetapi hatiku tertarik dengan agama padamu. Namun aku sering berbohong pada diri, menyembunyikan rasa cinta sekian lama di dalam hati. Bukan ku tidak berani meluahkan rasa hati, tapi ku takut hanya berharap pada yang tak sudi.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Aku simpan hajat dihati. Ku mengadu kepada Allah segala kerinduan, Istikarah cinta ku dirikan, Doa-doa dihulurkan. Supaya Allah mendatangkan keyakinan, mendekatkan hati dua insan, ikhlas dalam setiap perbuatan, Suci daripada segala kemaksiatan dalam membina baitul islam.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Sebenarnya aku tidak layak pun untuk menulis semua ini untukmu. Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap detik membesar didalam dada terus memaksa. Aku sebenarnya merasa tidak  layak untuk menagih cintamu tetapi apa yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif  seperti ku ini.

Wahai Orang yang lembut hatinya..
Adakah aku salah menulis semua ini? Segalanya menderu di dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku menanggung nestapa. Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku padamu. Aku tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan kata-kata  yang tercoret dalam bingkisan ini. Jika ada yang bersalut dosa, moga Allah mengampuni.
Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu hari nanti. Semoga  Allah memperkenankan doaku. Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya, maafkan aku..

Dengan Syawal Menjelang tiba, Ku mohon ampun segala dosa andai coretan ini mengganggu jiwa . Walaupun aku masih ragu akan semua itu, tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik hati ini..


kredit                                  : 
http://akuislam.com
Edited by                     :MfBi90

Khamis, 16 Ogos 2012

Popia daging..

Hari ni Chef FBI nk kongsi ckit mcm mana nk buat popia mini.. :)
Ni hanya percubaan pertama untuk persiapan hari raya..
Try tgk yaa mcm mana sentuhan tangan lelaki bakal seorang guru..
Kreatif ke x tu tgk hasilnya kat bawah..
Soal rasa xleh nak kata sbb bergantung kepada daging yang dibeli di kedai..
Mungkin dengan sedikit usaha+zikir..insyaAllah dapat menyelerakan semua..


Jadi mula2 skali potong dulu kulit popia kepada 4 bahagian..yang mana setiap
satu lebih kurang besar ni



Kemudian letakkan sedikit sambal daging kat tengah2

Lepas tu lipat n gulung popia ni






Bila dah siapkan bnyk2..panaskan minyak n goreng


goreng dengan api sederhana







Alhamdulillah Siap dah

Disalut dengan konfleks


baru angkat


simpan utk makan hari raya



Sabtu, 11 Ogos 2012

Adakah kita salah seorang pemburunya????



Seandainya tahun ini Ramadhan terakhir bagiku..Ketemukanlah aku dengan Laitul Qadar kali ini..Amin

Ahad, 5 Ogos 2012

Cooking Paly

Hari ni dah 16 hari kita berpuasa..
Namum cuma kita sama buat refleksi tentang amal ibadat,
amalan sunat, sedekah jariah n lain2..
Semakin bertambah ? Alhamdulillah
Semakin berkurang ? MasyaAllah
Ataupun sama saja dengan ramadhan tahun lepas ? 

Pada ramadhan ini sepatutnya boleh melatih kita utk menanbahkan amalan
sunat disamping memperbaiki amalan wajib sbb bulan puasa ini kita sudah 
jimat peruntukan masa makan sebanyak 30%..
Alangkah beruntungnya seandainya kita dapat menggantikan 30% masa itu 
itu untuk mengejakan amalan2 sunat dan berzikir memperingati Allah..
Jika sebelum ni kita membaca Al-Quran 2 muka surat sehari,
Ramadhan ni boleh kita tambah ckit kepada 4,6,6 ,...
Kalau boleh satu juz sehari lg baik..
Semoga Allah memberi Taufik kepada saya dan sahabat2 
untuk terus istiqomah mengerjakan amal ibadat di bulan Ramadhan ini
dan juga pada bulan2 yang lain..
Seterusnya akan membawa ketaatan ibadat itu dalam segala kerja buat 
kehidupan harian..Amiin

Jadi, nak ceritanya kali ni kehidupan orang bujang di asrama..
Walaupun kami tinggal dalam satu bilik kecil..xda dapur,xda dapur,xda ruang tamu,,
Senangnya, dalam bilik kecil ini lah sbg ruang tamu dan dapur...nasib baik tandas kat luar..

Apa akan jadi bila bilik menjadi dapur??
Semalam FBI planning dengan rumet n jiran depan bilik nk memasak 
juadah berbuka puasa kat bilik..
Saja nk panaskan dapur yang dah hampir 2 minggu x berasap sbb 
bulan puasa ni xda masa sgt nk memasak..
Selepas hampir sejam bertarung dengan bawang, pisau, sayur, udang, n dll..
Ni lah menu yang terhasil

Tomyam Udang

Sayur ikan bilis

Masak main campak

Sosej n telur

Walaupun masakan ni xde lah sesedap masakan kat umah..Tapi semua selera je makan sebab makan hasil kerja sendiri..Sayur dah bertukar menjadi sambal coz terlebih cili..yang lain so far ok je..
Balik cuti minggu depan ni kena menuntut ilmu ngan umi lah plak masakan2 ringkas..heh2
pastu lepas raya ni boleh la main masak2 lagi dalam bilik dengan menu baru..
Welcome Home Next Week

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari