Teristimewa buatmu yang pernah hadir
dihatiku..
Walaupun kita tak pernah bertemu, namun
hadirmu selalu menemaniku..
Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan
sesuatu untukmu..
Aku tak berani ungkapkan rasa itu..
Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin
menulis sesuatu untukmu..
Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,
aku akan tetap menunggu…
Wahai orang yang lembut hatinya..
Entah dari mana aku mulai menyusun kata –
kata untuk mengungkap segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada.
Saat kau baca coretan ini, anggaplah aku ada di hadapanmu, kerana rasa kasihku
padamu.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Hadirmu tiada ku duga. Pertemuan denganmu
tiada pernah ku kira. Semua itu adalah sebuah rahsia. Pastinya Allah ada rencana
untuk kita semua. Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu.
Pertama kali pertemuan itu telah buat aku suka padamu.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Walaupun dirimu tidak sesempurna harap,
tetapi hatiku tertarik dengan agama padamu. Namun aku
sering berbohong pada diri, menyembunyikan rasa cinta sekian lama di dalam
hati. Bukan ku tidak berani meluahkan rasa hati, tapi ku takut hanya berharap
pada yang tak sudi.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Aku simpan hajat dihati. Ku mengadu kepada
Allah segala kerinduan, Istikarah cinta ku dirikan, Doa-doa dihulurkan. Supaya
Allah mendatangkan keyakinan, mendekatkan hati dua insan, ikhlas dalam setiap
perbuatan, Suci daripada segala kemaksiatan dalam membina baitul islam.
Wahai orang yang lembut hatinya..
Sebenarnya aku tidak layak pun untuk
menulis semua ini untukmu. Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap
detik membesar didalam dada terus memaksa. Aku sebenarnya merasa tidak
layak untuk menagih cintamu tetapi apa yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif
seperti ku ini.
Wahai Orang yang lembut hatinya..
Adakah aku salah menulis semua ini?
Segalanya menderu di dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku menanggung nestapa.
Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas
cahaya kasih sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang
sekuat rasa cintaku padamu. Aku tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan
kata-kata yang tercoret dalam bingkisan ini. Jika ada yang bersalut dosa,
moga Allah mengampuni.
Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu
hari nanti. Semoga Allah memperkenankan doaku. Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini
membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya, maafkan aku..
Dengan Syawal
Menjelang tiba, Ku mohon ampun segala dosa andai coretan ini mengganggu jiwa . Walaupun
aku masih ragu akan semua itu, tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik
hati ini..
kredit : http://akuislam.com
Edited by :MfBi90
Tiada ulasan:
Catat Ulasan