Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Rabu, 19 Ogos 2015

VLE Frog

 Assalamualaikum..
Sekian lama menyepi kerana sibuk dengan urusan kerja dan maslahat keluarga..Alhamdulillah 2 minggu lepas Ckg Din telah dikurniakan cahaya mata sulung. Semoga Putera kesayangan Muhammad Aniq Fahmi menjadi penguat ikatan kasih sayang kami sekeluarga ^_^



Fokus kepada isi kandungan kali ini..Ckg melaksanakan kelas mengunakan VLE Frog. Walaupun ramai rungutan daripada guru kesukaran menggunakan aplikasi ini, Alhamdulillah Ckg dapat laksanakan dengan baik walaupun terdapat sebilangan murid yang tidak dapat access ke laman sesawang kerana kelembapan internet. Hakikat sekolah bandar atau kampung sama sahaja, apabila sesuati aplikasi atau laman web dimasuki dengan ramai pada waktu yang sama pastinya laman tersebut akan menghadapi gangguan. So, tugas kita sebagai guru hanya laksanakan dan murid yang x dpt access suruh lah mereka share dengan rakan2 mereka.. ;)

Pembelajaran menggunakan ICT sangat menerujakan murid dan mereka dilihat sangat bersemangat dan berminat. Walaupun dilaksanakan pada hari terakhir setiap minggu, pada hari2 sebelumnya mereka telah bersemangat dan mengikut segala arahan guru..hee

Lihatlah wajah2 ceria anak murid tersayang..

3 NILAM








3 ZAMRUD






Jumaat, 15 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015

Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema hari guru tahun ini mempunyai maksud yang mendalam dan bermakna. Ilmu dan akhlak menjadi tunjang utama dalam membentuk anak bangsa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Alhamdulillah tahun ini merupakan sambutan hari guru pertama setelah memegang jawatan sebagai pengawai pendidikan secara rasmi 29 Januari 2015 lepas.
Dunia pendidikan masa kini sangat mencabar. Apa yang perlu adalah ikhlaskan niat bekerja untuk menyumbangkan ilmu dan mencari rezki halal untuk keluarga tersayang. Saya bangga menjadi guru. Murid degil itu mmg sikap mereka, saya hanya menegur sekadar yang mampu, selebihnya terserah pada ibu bapa mereka dan pihak pentakbir. Sedih dengan peraturan pendidikan sekarang kerana tiada lagi istilah hukuman, denda, memalukan murid, tengking murid dan seangkatan dengannya. Sekarang saya tak denda murid, tapi record “black and white” kesalahan tingkah laku untuk bekalan seandainya ada ibu bapa datang ke sekolah. Beginilah gaya mengajar di bandar. So far saya gembira bertugas di SK Taman Bukit Indah..Suasana sekolah mendamaikan di puncak bukit, guru-guru yang hebat dan murid-murid yang krik2 haa..


Selamat Hari Guru 2015
Akhir kata. Tugas dan Tanggungjawab sebagi guru berat, jika dianggap berat. Mudah, jika mengambil mudah. Mulia, jika dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.


Gambar Kenangan Mendaki Bukit Indah





Dalam bilik darjah



Kem Kepimpinan Pengawas




Minggu keusahawanan

ibu-ibu macam budak sekolah



Setiap hari, aku lontarkan senyuman agar semua bisa berbicara tenang  denganku. Usah dibawa masalah dalam pekerjaan. Letakkan masalah sebagai ujian dan usaha mengembirakan hati. Alhamdulillah mempunyai isteri, keluarga dan rakan2 yang sentiasa memberi sokongan.




Rabu, 6 Mei 2015

Shake n Take

Ada permainan baru di sini heee..

Shake n Take Sports Bottle Blender



Mudah mengisar minuman shake dan protein sebelum bergerak ke mana-mana! Mengisar dan meminum minuman dari botol yang sama.
Bagi penggemar minuman shake, alat ini amat sesuai untuk anda. Ianya amat mudah digunakan dan amat berbaloi.

Spesifikasi:

Bahan: ABS+PC
Dimensi Kotak: 25 x 24 x 14 cm
Botol: 2 botol minuman blender
Kuasa: On / Off
Kuasa Voltan: 180 W
Kapasiti minuman: 500ml per botol

Ciri-ciri:
·         Mengisar dan minum dari botol yang sama
·         Straw dia atas boleh dilipat
·         Mengisar ais dengan mudah;
·         Motor dapat menukar ais, buah-buahan dan menjadi smoothie dalam hanya beberapa saat
·         Menjimatkan masa, penyelesaian sarapan yang pantas;
·         Membantu pengambilan buah-buahan setiap hari dan pengambilan sayur-sayuran dengan  ramuan yang sihat

Rabu, 29 April 2015

merenung ke luar Jendela ^_^

Assalamualaikum..

Kebingitan suara kenderaan kuat melaung dalam kesesakan jalan,
Pulang membawa  rezki setelah bekerja seharian,
Lagi indah rezki dicana penuh dengan keberkatan,
Sebagai makanan untuk keluarga tersayang.

Dua cahaya kembar jelas terpampang dari jendela kamarku,
Cahaya indah mercu tanda ibu kota negaraku,
Malam ini genapnya 3 bulan perjalanan kerjayaku,
Mencurah bakti tanpa mengirah lelah dan jemu ^_^ ..   

Dah habis feeling.. ^_^ .. santai lah plak hee
Lamanya tak menconteng wall sendiri..dah bape bulan la agaknya..bersarang dh lebah2 kat chat msg haa..Minta murid2 kesanyang sebab cikgu sibuk sangat sampai tak sempat nak melayan kamu..cikgu sorang dan kamu pulak ramai. Letih la kalau cikgu nak balas msg sorang huu.. Cikgu miss u all too ^_^
Perbezaan status kehidupan..Alhamdulillah hari ni dah 7 bulan kahwin secara kasarnya..Love u soo much my beloved wife kerana menerima abg seadanya..hee..Sepanjang tempoh perkahwinan ini banyak suka duka kita dah lalui bersama..Keep on smiling and face all abstacle infront.
Syukur sgt Allah memberi rezki kahwin muda..Kahwin pun ikut cara islam serba sederhana..jimat ^_^ ..kalau nak kahwin sekarang 50k jgk la rasanya kena buat pinjaman huu..Tapi yakinlah wahai sahabat sekalian, kahwin membuka banyak pintu rezeki..Segeralah berkahwin seandainya berkemampuan dan menerima lamaran orang yang tidak diragui keimanannya..settle dh tu pasal kahwin J ..xlarat nk story huu..
Selamat bercuti semua guru2 n murid2 ^_^
Semoga selamat sampai ke destinasi masing2.







Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari