Assalamualaikum..
Alhamdulillah selamat sampai ke rumah tercinta lagi minggu
ini..Jika sebelumnya aku pulang kerana semata-mata kerinduan kepada keluarga
tercinta. Tapi kepulanganku ke rumah minggu ini jauh lebih daripada itu. Rasa
ingin menenangkan dikiran dari bebanan tugas. Bukan lari dari tanggungjawab,
tapi mencari ketenangan untuk menerima sesuatu ketentuan dengan hati terbuka. Alangkah
damainya rasa dihati bila menjejakkan kaki di rumah dan melihat senyuman manis
ibu bapa tercinta dan adik tersayang. “hai balik lagii” kata umi..Hanya senyum
mampu kuhulurkan bersama kucupan salam..
Niat dihati untuk memulakan semester ini dengan tenang dan gembira,
namun semua tu jauh berbeza seperti yang
diimpikan. Ceritanya bermula dengan pemilihan Ahli Lembaga Koperasi.
Alhamdulillah saya terpilih dengan cadangan seniur dan mendapat persetujuan
rakan2. Walaupun masih belum berpengalaman memegang jawatan ALK ni. Tapi,
insyaAllah berbekalkan minat dan pengalaman menyertai kursus Koperasi sebelum
ni dpt dijadikan panduan.
Kemudian, bermula dengan semester 7
ni. Sekali lagi saya diberikan tanggungjawab/tugas sebagai Ketua Unit Matematik
1. Walau hakikatnya orang lain yang sepatutnya menjadi KU pada semester ni,
tapi atas lantikan pensyarah saya terpaksa menerima dengan hati terbuka.
Saya ingatkan dengan memegang
jawatan itu semua sudah menyelamatkan diri daripada memegang jawatan lain.
Tapi, apa yang terjadi jauh lebih teruk daripada yang disangkakan. Minggu ni, saya
sekali lagi diberi bebanan tugas dan amanah jauh lebih berat daripada sebelumnya.
Kali ni saya diberi tugas sbg pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya Kampus 2014.. Argggggg...Why
always me????..Apakah sebenarnya rahsia disebalik semua ni?? Ya Allah,
permudahkan segala urusanku..
Memegang jawatan sebagai pemimpin ini
tidak semudah yang digambarkan. Mustahil seorang pemimpin mampu memuaskan hati
semua orang. Hatta kebijaksanaan kepimpinan Rasulullah saw pun dipertikaikan
oleh kaum musyrikin. Inikan pula saya yang hanya berbekalkan pengalaman sbg
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar ketika umur setahun jagung..
Walaupun begitu, dengan amanah yang
diletakkan insyaAllah saya akan melaksanakan tanggungjawab ini sebaik mungkin.
Kekurangan diri dalam memimpin saya dahulukan dengan ampun maaf. Cemuhan dan
teguran sebahagian kalian saya akan jadikan batu loncatan utk terus berjaya dan
perbaiki kesalahan diri.
Semoga Proses
Pilihan Raya Kampus IPG KDRI 2014 ini berjalan lancar..Amin
JPRK IPG KDRI 2014 |
10.01.14
0025
"Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh
mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal
komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."
mfbi14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan