Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 28 Ogos 2014

CINTA

CINTA itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tatapi, jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian cinta, keihklasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.

Jangan kerana CINTA, kita gugur dari perjuangan, dan jangan kerana CINTA juga, prinsip menjadi larut dan cair. CINTA tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada perCINTAan. Kesetiaan akan mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan CINTA. Sesebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.


Last entry b4

Seminar Penyelidikan Tindakan 2014
IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

Kali ni ayat2 cinta gtu ^_^
Dalam menghuraikan cinta,
lidahku bisu mengucapkan kata,
Biarlah hati yang menerangkan apa itu cinta.

Andai Cinta terbit dalam diri,
Lagi indah jatuh pada yang membuka hati.
Ku temu walimu sebagai bukti,
Cintaku bukan mainan lelaki.

Akad ku nanti seperti dijanji,
Memegang amanah menjadi suami ^_^ .
Berdoalah wahai puteri,
Agar perancangan direstui Ilahi.




Jumaat, 15 Ogos 2014

Selamat Tinggal SKGB

Assalamualaikum..

Hari-demi hari langkahku melangkah membina jati diri..entry kali ni mungkin adalah entry terakhir khas utk Warga SK Gong Badak, Kuala Terengganu.. 3 bulan praktikum dan sebulan internship telah memberi banyak pengalaman dan ilmu berharga di sini..Walaupun setiap hari sibuk dengan esemen n persiapan penulisan kajian tindakan dan persediaan pembentangan n urusan2 peribadi lain..tapi mlm ni ruangkan jgk sedikit masa berceloteh disini..
                Pertama sekali, terima kasih kepada semua guru-guru dan staf sokongan SK Gong Badak yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang sy menjalankan praktikum dan internship di SKGB Sekolah Kluster Kecemerlangan ;) ..
                Seterunya..terima kasih semua anak murid tersayang.. Love u All Soo Much..Setiap hari teringat terutama kepada kelas cikgu 3AD, 3IS & 4IS..Maaf salah silap cikgu kalau ada marah kat sesiapa tu..marah itu tanda syg ;) ..Jangan lupa tegur cikgu bila jumpa kat mana2..
                Antara gambar2 kenangan kita..
               
Bersama GB, Puan Ramlah Bt Mohd Nor

Mural lorong kerjaya

Sifir tangga

English Corner

tlg pegang je

sama plak baju hari last internship :D



Hari Raya SKGB 2014 ^_^

boys

All

4 IS

3 IR

3 IS

Bulan ni peluk murid comei ni..bulan depan peluk org lain plak ^_^


kerumung cikgu :D

Tempat Jamuan Guru

With 4 IS


% Anak Murid Yang Disayangi %
Belajar rajin-rajin biar jadi orang berjaya..
Ingat ajaran guru selalu..
Hormati ibu bapa..
Jangan tinggal solat..

Semoga bertemu lagi
Assalamualaikum




Mfb14
16 Ogos 2014
03.20 a.m

Selasa, 15 Julai 2014

Blogging With 3 Ibnu Sina again..


Kumpulan lelaki 





tgk tu siapa yang paling fokus tgk laptop..Ariana Rose



Seorang murid baru dctu..kali ni Adriana plak :)

Ahad, 8 Jun 2014

Biar Gambar Berbicara..tulisan ckit2 jer..hee

Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan umur..

Cuti kali ni jadual penuh dengan pergi kenduri kahwin..Tengok orang je lah dulu..Diri sendiri tak tahu lagi bila :) .. Semoga berkat mengunjungi walimat kawan2 akan memberi keberkatan utk saya plak.. Ni antara gambar yg sempat dirakam..yg lain x sempat ..huu




Tahniah Mohamad dan Faiz ;)


ni adalah gandingan midfield terbaik saya semasa zaman kegemilangan karier bola sepak saya dulu..kami berdua juga mewakili Daerah Kota Bharu, jemputan pertandingan open under 16.. bergilir-gilir johan n naik johan acara 400 meter n 800 meter lelaki..hee..Kalau merentas desa plak, masa Form 1 dia no 1, masa Form 2 sy plak no 1, Form 3 sy lagi no 1 :D .. Tapi skrg dia dah kahwin, sy x lg..Kalah dah ngan dia.huu..Dulu dua org ni xde gosip n GEWE walaupun famous sbb hebat main bola..Sebabnya asrama perempuan tepi padang bola..time lawan, kitorang pegang bola je org atas bersorak..lalala..Berlagak famous la kejap zaman tu..Skrg xde dah..huu..cukup lah..muntah nanti kamu semua baca :D
Tahniah sekali lagi Azwadi Aziz..Friend till Jannah
:D


Dikala kesunyian malam, ku puitiskan kata2 cinta



Sekian dulu untuk kali ini..Tahniah kepada semua kawan2 yang sudah membina rumah tangga..Semoga kekal bahagia dunia akhirat. 
Amin


Sabtu, 10 Mei 2014

Home Sweet Home & Study Week 2014

Assalamualaikum
Alhamdulillah hari ni masih lagi mampu bernafas dan diberikan kasihatan oleh Allah swt. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memeliharaku dalam iman.
Peperiksaan Akhir Semester 7
Bercerita tentang peperiksaan akhir Semester 7 yang akan bermula pada minggu hadapan. Jadi, study week kali ni saya banyakkan berada di rumah tercinta. Selain dapat menenangkan diri sbb dpt tgk muka parent setiap hari, kebajikan diri kat umah pun lebih terjaga sbb makanan bnyk kat dapur utk santapan jasmani, surau pun dekat ngan umah utk santapan rohani J .. Two papers only for this semester on next Monday and Wednesday. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan persiapan dan sewaktu menjawab nanti. Doakan agar segala ilmu yang dipelajari dapat digunakan sewaktu menjawab peperiksaan dan mampu dipraktikkan dalam kehidupan harian. Saya doakan juga kejayaan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan anak murid tercinta yang pernah mengenali cikgu agar berjaya di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang diceburi.
Aminn..



Cerita di rumah
Balik umah baru ni terus cter kat abah n umi tentang tempat posting dah boleh diisi. Saat nak mengisi ni fikiran jadi Blurr sbb xtau nk pilih negeri mana..Silap pilih nanti x pasal dibuang ke Sabah n Sarawak..huu menangis x berlagu laa..
Sambil2 tunjuk sistem penempatan online tu saya bagi tau la parent tentang sistem kali ini adalah mesra keluarga. Bagi yang dah berkeluarga mereka lebih diutamakan utk mendapat tempat posting bersama dalam negeri dan daerah yang sama. Bagi yang bujang, perlu kembara dahulu mencari pengalaman ke segenap negeri..heee ..This story stop here when a son n his beloved father discussed more serius on that topics..hee

Kata2 nasihat Pakcik on the next day J

Kita nak berkahwin ini perlu niatkan nak ikut sunnah Nabi saw. Sebabnya kalau salah niat, perkahwinan kita itu akan jadi sia-sia. Kalau niatnya betul, perkahwinan kita itu penuh dengan barakah.. Dalam perkahwinan itu, setiap pasangan pasti mahukan zuriat. Dapat atau tidak itu soal kedua kerana itu rezeki daripada Allah, yang penting ada kemahuan dan usaha. Rasulullah saw turut menggalakkan perkahwinan supaya ummatnya berkembang.. Tapi, Rasulullah tidak mahu melihat ummatnya berkembang ramai seperti buih-buih di lautan. Buih-buih ini mudah hanyut dan berpecah bila ombak menghempas pantai. Tapi Rasulullah mahu ummatnya ramai dan penuh dengan kalimah iman dan ilmu didada. Untuk itu, bakal ibu dan bapa ni perlu persiapkan diri dari sekarang lagi supaya ada ilmu untuk membentuk keluarga sakinah ini.

Dalam mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkahwin dan membina hubungan antara isteri/suami semata-mata. Hakikatnya, perkahwinan antara pasangan ini turut untuk membina silaturahim antara keluarga dan masyarakat. Sebab itu, memilih bakal pasangan ini perlu penelitian yang baik. Dasar cinta semata-mata antara dua hati tidak mampu membina keluarga bahagia. Ia perlu menyeluruh..

Ramai orang kata, perkahwinan suami isteri yang berbeza minat ini akan saling melengkapi. Betul orang kata tu..Hakikat sebenarnya, kalau ada perbezaan minat dan keinginan antara pasangan itu, ia tidak boleh terlalu jauh berbeza. Nanti akan wujud persaingan antara mereka, kata Pakcik..huu.. Contohnya, seandainya suami minat kepada agama, tetapi isteri tidak.. Jadi, untuk membina suasana agama dalam keluarga itu akan menjadi sedikit sukar..Kata orang yang berpengalaman..saya hanya mendengar dan senyum. Huu..

Seterusnya, untuk memilih bakal isteri ini, kita perlu pilih bakal isteri yang mampu patuh kata2 suami dan menjaga maruah di saat ketiadaan suami. Nak pilih isteri ni biar kamu rasa yakin yang dia ini seorang yang boleh dengar dan patuh arahan suami. Jangan pilih sembarangan takut nanti akan timbul masalah seperti orang kata Queen control. Tapi nasihat plak kepada bakal suami, kalau dah dapat isteri nanti, mentang2 la suami ni ada kuasa janganlah plak menjadikan isteri ini sebagai hamba. Dalam memimpin keluarga, suami perlu ada prinsip. Ketegasan dan kelembutan itu perlu ada supaya toleransi antara pasangan itu wujud..Suami perlu berani tegur kesalahan isteri dan anak2 dengan cara berhemah supaya tidak menyinggung perasaan..

          Dalam syarat memilih isteri, kita dah tahu ada 4 kriteria yang telah ditetapkan iaitu rupa paras, harta, keturunan dan agama. Seandainya agama itu menjadi pilihan, insyaAllah keluarga bahagia dan diberkati dapat dibina. Kelebihan lain yang dimiliki itu adalah sebagai nilai tambah. Setiap orang mahukan pasangan yang sempurna. Tapi tidak semua mendapat apa yang diingini. Kalau nak tunggu calon pasangan itu sempurna 100% memang tak menikah ler jawabnya. Cuba kita buat check list atau senarai semak tentang kriteria pasangan yang menjadi pilihan hati. Seandainya seseorang yang kita minati itu sudah 70% menepati kriteria yang ditetapkan, itu sudah dikira sesuai sebenarnya. Selebihnya itu berserah kepada Allah.

Selama satu jam perkongsian idea dan nasihat. Banyak sangat ilmu yang saya perolehi .. Untuk tulis semuanya di sini memang penuh laa.. Sampai di sini sahaja perkongsian kali ini.. Selepas dgr nasihat panjang lebar ni..mai berfikir sorang2..huu

Adakah saya bersedia menjadi ketua keluarga seandainya jodoh datang secara tiba2? lalala ... Seandainya jodoh dan takdir itu datang dan mampu memberi kebaikan kepada diri saya, bakal isteri, keluarga dan masyarakat..Saya terima dengan hati terbuka.. Kita memang merancang, tapi yang menentukan itu adalah Allah swt.. Sekadar perkongsian cerita pakcik..

Study dulu.. Good Luck Everyone
 Cuti nanti boleh bergembira..
1 Semester lagi berbaki..hee

jom nyanyi satu lagu



Maaf jika ada salah silap dalam penulisan ini..Mohon teguran bermanafaat dan berhemah di ruang komen ini..
Assalamualaikum


Sabtu, 26 April 2014

Majlis Perpisahan Praktikum 3 di SKGB 2014

Assalamaualaikum..
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana masih dipanjangkan umur, sihat, dan dikekalkan iman.

Ceritanya untuk post entry kali ni adalah berkaitan PRAKTIKUM 3
Alhamdulillah saya telah berjaya melalui praktikum 3 2014 selama 3 bulan di SK Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu. Selama 3 bulan di SK Gong Badak, banyak sgt pengalaman manis yang terpahat dimemori. Pengalaman buruk tu ckit sgt dan boleh katakan tak pernah stress la berada di sekolah ni. Suasana sekolah yang tenang, barisan pentadbir yang baik hati, guru-guru yang mesra alam dan murid-murid yang penyayang serta comei2..heee
Sudah lumrah dalam kehidupan, setiap yang datang pasti akan pergi. Begitu lah saya dan warga SKGB.. Selama 3 bulan mencipta memori suka duka, akhirnya tarikh perpisahan itu sudah mencapai titik noktahnya. Walaupun berat untuk berpisah, tapi itulah yang perlu dilalui.

Majlis Penutup minggu Matematik dan Majlis Perpisahan Guru Praktikum
Pada hari minggu terakhir praktikum, Alhamdulillah saya dapat memberi sumbangan tenaga kepada sekolah bagi menjayakan minggu matematik SKGB. Jadi hari terakhir ni juga kelab koperasi guru membuat majlis rasmi perpisahan dengan guru praktikum..Terharu rasanya..
Gambar persembahan murid
Persembahan 4 IS

Ucapan PK1
En Nasir

Hadiah sumbangan daripada kelab koperasi guru

Murid-murid



Kenangan dan Sekitar Majlis perpisahan bersama Tahun 4 Ibnu Sina
Gambar kelas

4 Ibnu Sina

Gambar majlis perpisahan



Yang yang Nazurah buat
senyum je diorang nk berpisah..hee


Hero2 4 IS

Maizatul..jgn menangis lg :)


Kenangan dan Sekitar Majlis perpisahan bersama Tahun 3 Ibnu Sina
Gambar kelas
3 Ibnu Sina

Gambar majlis perpisahan

Tgk diorang punya disiplin..respect

Artis 3 IS sedang membuat persembahan..terharu cikgu rasa..tq very much

Amni beru lepas menangis, Syahirah baru nk menangis..Cikgu? errr

.. :) ..

murid xcited tgk cikgu dia buat air sirap

Sambil buat sambil ajar..hee..diorang yang test sedap ke tak..
cerita kat sini, walaupun ramai orang bawa air botol (gas) ke sekolah. Tapi, air sirap yang cikgu buat juga yang menjadi pilihan..heee..Yang ni serius cikgu terkejut..Sampai macam ni sekali punya obses anak murid 3 IS ni dengan cikgu kesayangan dia..hee..Bayangkan air satu tong ni habis, sampai ada yang kata saya nak letak dlm botol lah air cikgu ni, nak simpan sebab best..adoi laa..huuu


pembantu khusyuk menolong kat blkg, diorang plak bergambar


Bersama anak2 lelaki niii

Ini antara karakter yang best murid kelas ni, diorang bersatu n disiplin..Tengok lah..

Ariana....can't describe more..huuu..malu cikgu

Guru kelas

Follow cikgu sampai ke kereta..




Kenangan dan Sekitar Majlis perpisahan bersama Tahun 3 Abu Darda

Gambar majlis perpisahan
Malu2 je semua..he

lelaki gagah perkasa..

jgn amik gambar sy cikgu


24 April 2014
Bertemu dan berpisah adat manusia biasa,
Hilang di mata tapi di hati jangan lupa,
Berdoalah kita agar senang sentiasa.
(lagu perpisahan)

Buat anak murid yang cikgu sayangi.. Cikgu dah sediakan ruangan blog ni khas untuk kamu semua. Supaya memori indah kita bersama tidak terputus begitu sahaja. Biarlah jarak memisahkan, tapi ingatan jangan dilupakan.
Di sini cikgu memohan seribu kemaafan seandainya telah melakukan sebarang kesalahan sepanjang mengajar kamu. Mungkin kadang-kadang cikgu telah meninggikan suara, kadang marah, kadang membuat gurauan terlampau J, kadang-kadang memerli , kadang-kadang salah tanpa sedar..
Dalam mendidik murid yang hampir 40 orang satu bilik darjah, mungkin ada sesetengah murid merasakan seperti cikgu kurang memberi tumpuan kepada mereka. Cikgu minta maaf sangat-sangat atas kekurangan tersebut.
Cikgu dah berusaha untuk menjadi guru penyayang dengan mendidik kamu dengan ilmu dunia dan akhirat serta diselitkan dengan nilai akhlak mulia.

Selamat berpisah murid-murid yang disayangi. InsyaAllah bulan 6 nanti kita jumpa lagi J
Waiting for me
J
I LOVE U ALL
SKGB
3 Ibnu Ibnu Sina
3 Abu Darda
4 Ibnu Sina

Terima Kasih hadiah-hadiah dan surat yang diberi..

Alhamdulillah cikgu dah baca semua..
Terharu rasa..


dari 3 IS

dari 4 IS 

Semua


tgk tulisan biru tu dia tulis apa,,huu



Sekian dulu untuk entry kali ni..lepas ni cikgu letak video plak..
Editing process in progress
Good Luck Everyone
Key Chain cikgu bagi tu pakaikan di bag ye sebagai tanda ingatan kamu kepada cikgu
Bye..
Assalamualaikum




Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari