Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Jumaat, 27 April 2012

Embun pagi

Embun pagi..
sejuk saja cuaca hari ni dengan kabus memenuhi padang Kdri..
Pagi-pagi mcm ni mmg seronok menggunakan intertnet free sbb org lain masih lena dibuai mimpi pagi..maka dapatlah saya meneroka facebook dan cari2 artikel menarik utk dibaca..
Jadi kat bawah ni saya post la ckit antara kata-kata menarik yang telah dibaca dan sesuai bagi muslimin dan muslimat..

Kita ada di dunia bukan untuk mencari

seseorang yang sempurna untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..

~ ♥ ~ Aku pasti jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanam dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku. Sukar untuk mencari solehah dirimu andai solehku tidak setanding dengan ke’solehah’anmu. Janji Allah pasti kupegang dalam misi mencari dirimu. "Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik." ~ ♥ ~



Tak mampu ku dustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia.

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Ku berazam pada diri,
Ku ingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Ku ingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri..

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN




Khamis, 12 April 2012

Darurat di IPG

Di kala mentari cerah menyuluh bumi
Kepanasan terus menghangat diri

Dikala bulan indah memapar diri
Kegelaman malam terus menghimpit diri


Begitulah muqaddimahnya hidup dalam darurat kecik tanpa sumber elektrik di IPG,
Walaupun hidup mcm ni menyukarkan jgk nak buat aktiviti harian 
- dengan assignment yg menanti dateline
- presentation yg memerlukan laptop..

Bila elektrik xda mcm ni baru la boleh tgk guru-guru pelatih keluar dari tempurung
Pagi-pagi dah nampak org berjalan g Teltrac
Biasanya kalau tgk orang bawa buku besar2 tu biasa laa
Mase xda elektrik ni bukan buku je di usung ke Teltrac, tapi dengan Printer 3 in 1 tu pun boleh diangkut.. 

 

PERKAMPUNGAN di TELTRAC






boleh wat kerja sama2, makan  sama, main game sama, semayang sama2, 
boleh rasa gegaran gempa bumi sama2


Bestnya duk kat umah..blh jumpa parent, adik2, abg, kakak2(dlm gamba je) & my beloved motorcycle

Ok dah

Pulut dalam daun ketupat
Nk g smayang Jumaat :)



RENUNGAN



Assalamualaikum


Jumaat, 6 April 2012

Mata & Air


Menangislah wahai mata,
kerana itu adalah tugasmu,
Menangislah wahai mata,
kerana itulah kamu diciptakan,
Mata,
kau banyak berjasa padaku,
titisan air mata ini sentiasa mengalir deras bila hatiku tersentuh,
menemani aku disaat kesedihan,
kesepian,
dan air mata ini menjadi saksi aku dan Yang Maha Besar,
ketikaku sujud menyembah pada Yang Esa.
Mata,
terima kasih kerana mata ini sentiasa mengajar aku erti sabar,
sabar untuk menahan gegaran hati,
yang hampir mengugat keimananku.





Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari