Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Sabtu, 24 Disember 2011

Kias Cinta



seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia




Sabtu, 17 Disember 2011

Selasa, 13 Disember 2011

Hidup Ibarat Pusingan Roda

Hidup kita diibaratkan seperti putaran sebuah roda. Hari ini kita senang hati, gembira, sihat, kaya, berjaya atau bahagia tetapi besoknya kita mungkin akan mengalami suasana yang sebaliknya pula. Hal ini bermakna sewaktu kita senang kita harus bersedia untuk menghadapi putaran kesusahan dan begitulah seterusnya jika kita susah maka kita harus yakin bahawa pada suatu masa nanti kita pasti akan mendapat kesenangan pula
dalam susah ada senangnya,


Dalam sedih ada gembiranya,
Allah menguji tanda sayang pada hamba-Nya…
Begitulah warna-warna kehidupan. Hal ini langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai, dan sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana.
“Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan,”

(5-6,Al-Insyirah)
Sewaktu datangnya susah, telinga seakan-akan tuli, hati menjadi buta dan mata tak nampak apa-apa. Telinga seperti tidak pernah mendengar bahawa Allah sentiasa memujuk kita dengan firman-Nya,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

“Dan janganlah kamu berasa lemah, dan jangan(pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman.”
(Ali-Imran:139)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Al-Baqarah 2 : 286)

Masya-Allah, damainya jiwa apabila membaca ayat-ayat cinta daripada Kekasih Hati. Sungguh akan hilang sendu dan senyum pun menguntum, bahagia bersemi dan damai pun bertandang. Itulah ayat-ayat Allah dalam Al-Quraanul Karim. Kita sering terlepas pandang, dalam kesibukan melalui hari-hari penuh mehnah.

Kita terlupa untuk menghayati pesanan-pesanan daripada Allah,dan ingatan-ingatan daripada Rasulullah. Tapi percayalah, saat hatimu gersang dengan kemarau cinta dunia, siramlah  dengan zikrullah dan bacaan-bacaan Al-Quran agar hatimu basah dengan cinta akhirat. Maka mari kita celik hati. Bukan saja kena celik IT, tapi celik mata hati itu sendiri. Lihat betapa dunia ini luas dan anda tidak pernah bersendiri. Kerana firman Allah,

“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yg berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran
(Al-Baqarah 2 : 186)

Betapa Allah sentiasa ada bersama kita. Allah sudah berjanji akan mengkabulkan semua doa-doa kita jika kita taat pada-Nya. Maka perkataan siapakah yang lebih benar selain Allah?? Oleh itu , janganlah kita patah hati, pandang rendah pada diri sendiri, hilang visi dan misi dan meratap sendu setiap hari.
Tiada gunanya semua itu. Oleh itu, sekarang tukar mood kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jual kereta lama, jom pandu kereta baru. Ubah suasana, mari melihat dan mengagumi kebesaran Allah pada alam ciptaan-Nya.  Hari semalam jadikanlah teladan, Hari ini tentukanlah perancangan, Esok mulakanlah tindakan.





Khamis, 8 Disember 2011

Tasik Kenyir

Cuti sekolah tahun ni bermula dengan hujan tanpa henti menangis berhari-hari..
Sekarang ni matahari pula bermaharajalela memancar bahang cahayanya..
Begitu indah aturan Allah yang maha esa..
Mengatur aturan dunia silih berganti..
Malam dengan bulannya, siang dengan mataharinya..
Maka bersyukurlah kita dengan nikmat yang Allah pinjamkan seketika ini..

Itu sbg mukaddimah sebagai ransangan minda terhadap maha pencipta :)

Ni lah alkisah cuti musim sekolah tahun ni dengan lawatan sulung ke Tasik Kenyir bersama barisan JPP..
Jika sebelum ni ke Tasik Kenyir dengan aktiviti memancing, lwtn ke Kolam Ikan Kelah..Tapi kali ni sedikit berbeza..

Ni tempat penginapan kami iaitu Kenyir Sanctuary Resort dan beberapa gambar pemandangan di sana


Kenyir Sanctuary Resort



Jeti Kenyir Sanctuary Resort


Kolam renang kat resort


Kolam ni ada dalam tasik..sgt menarik view sun set di sini tapi kamera fon x dpt nk capture sudut cantik..sayang sungguh

Program 3 sgt singkat kalo dibandingkan tmpt yg bnyk lg x dilawati di sana..InsyaAllah ada peluang kami kembali Kenyir Lake..Assalamualaikum ;)



Khamis, 1 Disember 2011

Kerepek Ubi MFBIninety full organic

Cuti sekolah terlalu lama pun boring jgk kalu just duk d rumah,
Tapi hari ni masa tu terisi lah ckit dgn menu Kerepek Ubi Kayu

Mula2 Gali ubi kayu kat blkg umah yg ayah tanam ckit, Kemudian kopak kulit ye biar jadi mcm ni..

Kemudian blh la pilih nk parut ubi ni kepada bentuk yang kita nk
1) Jadi keping2 mcm potato ni                                                                   2) 









 
Kemudian Goreng lah ubi2 tu sama lah mcm goreng ayam goreng ke ikan ke..
Selepas tu jadi lah ubi goreng tu :
keaadaan dalam semasa dalam kuali 




Kerepek Ubi Kayu MFBIninety full organic..siap ;)

Kemudian simpan lah dalam tempat kedab udara + garam halus ckit..utk mkn depan tv bila free :)
Ubi ni mcm2 cara blh goreng, ade sesetengah org letak garam dalam minyak dulu sblm goreng..
Ada org rendam dulu ubi ni yang telah diparut ni dalam air garam sebelum digoreng..
Akhir sekali org letak garam ckit semasa nk mkn je la..cara ni lebih baik kot sbb sape yg nk rasa garam bnyk blh ar tabur galam 2 3 senduk pun..dan sape yg suka mkn macam tu je tanpa garam pun blh..

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari