Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Rabu, 24 Oktober 2012

Salam Eidul Adha

Tinggal beberapa minit lagi dah nak memasuki hari khamis..
InsyaAllah esk 9 Zulhijjah ummat islam akan wuquf di padang arafah..

"Puasa Hari Arafah menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun kemudiannya" Hadis Riwayat Muslim..




Selamat Hari Raya Aidil Adha Semua..




EXAM MOOD instead of RaYa

Hari ni dah penghujung bagi hari rabu..
Esk dah hari khamis..
Jumaat Raya..
Sabtu pagi tidur2 kejap..
Sabtu tgh hari dah start merempit ke Terengganu..
Sabtu malam..letih drive..so, tdr awal..
Ahad free..if i use my time wisely without be disturbing by antthing else..how long it could be??????
3 hours? 4 hours? 12 hours?
Isnin dah start final exam PJM3110..8 bab
adoi laa..Sabtu nanti mesti fokus utk PJ dah..
sempat habis kot 2 hari semua tu..kalo x, mmg bertaruh dgn soalan spot je lah

ape bende entah aku tulis ni?????
just nk hilangkan mengantuk mata..
start buka buku je mengantuk terus..
haishhhhhh...

Tuhan..tolonglah aku,
Aku insan lemah,,
Lagi x bermaya,,
Kuatkan semangatku,,
Menempuh ujian dunia,,
Yang menghampiri masa,,

Tuhan tolonglah aku,,
Aku x tahu,,
Kenapa dengan aku,,
fikiran bercelaru,,
Otak jadi kelu,,
Tindakanku jadi Buntu,,
Xtahu mana nk tuju,,

Tuhan tolonglah aku,,
tabahkan semangatku,,
kuatkan imanku,,
..
 :)


Sabtu, 13 Oktober 2012

Pelangi pagi



Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana kamu cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan erat.

Mimpilah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

Kamu sering merenung dalam pengharapan, sedangkan peluang sudah terhidang, tetapi kamu kabur dalam kesamaran, menyesal pabila sudah kehilangan.


   (^,^)   


Senyum Sokmo

Copied by,
mfbi90


"Tiada Kejayaan Semudah Bicara"
"Pengorbanan pasti jadi dampingannya"
"Andai peluang tak mampu dicipta"
"Rebutlah Yang Ada Di Depan Mata"

Jumaat, 5 Oktober 2012

Malam Minggu di IPG_1

Assalamualaikum..

Start hari raya hari tu sampai hari ni..belum lagi menjejak kaki ke rumah tercinta..mungkin ni lah record terpanjang x blk umah..Umi i miss u so much..
Kawan kate : alah ko ni baru sebulan duk kat sini pun dh sibuk2 nk balik..aku ni org jauh pun x blk...
Aku kate : ye la sbb aku dekat la aku kena blk sll..nanti family aku kate ape plak..

Adoi laa..minggu depan pun x blh balik lg..next 2 week pun x blh blk jgk..
Sibuknya hidup d dunia ni kan..tapi lebih baik kan daripada sibuk nanti bila d akhirat..

Kalaulah kita ni tergolong dalam golongan orang yang sibuk di dunia utk kebahagiaan di akhirat..Alhamdulillah..Tapi kalo kita menjadi salah seorang yg sibuk di dunia tp sibuk juga di akhirat..MasyaAllah.,.mereka ini lah yang sibuk di dunia mencari kekayaan dunia smata-mata tanpa mempedulikan bekalan utk kekayaan akhirat..
Ingatlah wahai sahabat..Usahlah kita sibuk mengejar dunia..sbb kalo kita sibuk mengejar dunia pasti akhirat akan lari daripada kita, tetapi kalo kita mengejar akhirat nescaya dunia akan datang kepada kita...

Saya pun xtau dah ape isi penting yg nk diceritakan dalam entry kali ni..tangan je rasa mcm gatal nk menaip..
Dalam hati rasa kekosongan,
Papan kekunci menjadi sasaran,
Jejari mula bermain peranan,
Dari apa yang ada dalam fikiran,
Diterjemah ke dalam tulisan,


Dalam meniti hari-hari kehidupan,
Masalah dan dugaan meriah kunjung tiba,
Menguji kesabaran insan biasa,
Rapi ku simpan di dalam dada,
Manis ku senyum menghilangkan duka,
Sapaan ku sambut selembut bicara.


Masalah?????????
Sebenarnya masalah ini datang kepada kita melalui 3 cara :
1) Sbb kita yang mencari masalah tu
2) Orang datang cari masalah tu dengan kita
3) Memang Allah dah datangkan masalah tu utk uji kita

Selamat menempuh hari-hari dengan ceria walaupun masalah bergelumang di dalam dada..Jadikan ia pengalaman berharga yang mengajar kita erti bahagia..


Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari