Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Jumaat, 6 Disember 2013

Percutian ke Beijing .. Part 2

Assalamualaikum..
Bertemu lagi kawan-kawan..Kali ni saya nak teruskan lagi storimori cerita percutian di Beijing. Sebelum tu saya nak cerita ckit beberapa perbezaan Beijing , China dengan negara kita Malaysia. Pertama, harga2 kereta di Bejing ni sangat murah jika dibandingkan dengan Malaysia. Bayangkan harga sebuah kereta Suzuki Swift di sini hanya 30000 yuan yang bersamaan dengan RM15400 mata wang Malaysia. Tapi apa yang terjadi pada harga kereta tersebut di negara kita apabila dikenakan cukai yang tinggi sehingga ia dijual dengan harga RM80000 ++.. Kemudian, sistem laluan jalan raya di sini berbeza dengan malaysia kerana pemanduan bergerak sebelah kanan dan driver berada sebelah kiri..Ni sistem pemerintahan komunis..Walaupun orang kata komunis ni zalim, tapi pemerintah mereka tidak mengabaikan rakyatnya. Sepanjang saya berada di sana, saya baru jumpa 4 tol yang jauh jaraknya antara satu sama lain. Kalau di negara kita, lalu ckit dah jumpa tol, silap jalan ckit dah jumpa tol..ni ke yang dinamakan rakyat didahulukan? Cukup lah satu contoh dulu kan, nanti xjadi bercerita plak pengalaman di Beijing Part 2 ni..huu .. Jom kita terus kepada cerita part 2 hee

27 November 2013 ( Rabu )
Hari kedua ni suhunya lebih sejuk daripada hari pertama..Pagi ni suhu paling tinggi mencatatkan 5 darjah dibawah paras normal (-5 darjah celcius). Di sana, orang x sebut suhu tu –ve something. Tapi, diorang akan sebut sesuatu suhu di bawah paras normal (di bawah 0 darjah celcius). Walaupun sejuk, tapi Alhamdulillah badan dah boleh menerima perubahan tu.  Kulit dah rosak ckit sebab cuaca kering sangat. Losyen pun x bawak masa tu  coz ingatkan sejuk2 biasa je. Nasib baik lip bam bawak. So, bibir terselamat daripada kering dan merekah. Pagi hari kedua ni kitorang bergerak lebih awal ckit dari hotel sbb jarak perjalanan kali ni lebih jauh..huu. Ni sedikit gambar kenangan pada waktu pagi di persekitaran kawasan hotel sambil menunggu bas kitorang tiba..

Mkn pagi kat hotel..diet je sbb takut sakit perut.hee

yang mulut mucung tu diorang nk tunjuk wap nk kuar dr mulut..tp xnampak dlm gmbar..

ni plak xtau nk ape..huu

picture with mama Sam..complete set lg dia :)

Sepanjang perjalan tu banyak juga benda2 menarik yang dapat diperhatikan. Ini antaranya, kereta kecik molek dan cantik yg sempat saya capture.
Ramai juga orang kat Beijing pakai kereta ni sbb harganya yang sangat murah lebih kurang 10000 yuan iaitu RM 5000 something. Kereta ni menggunakan kuasa bateri sepenuhnya. Sekali cas, ye boleh bergerak sejauh 60 kilometer. Kelajuannya xdiberitahu oleh Ah Ming..hee

Ini antara bangunan yang terdapat di Beijing. Di Beijing ni, bangunannya terlampau banyak mcm kita berada di Kuala Lumpur lah. Cuma design bangunnan kat sini stylo ckit. Ramai orang bekerja di sini tidak tinggal di Kota Beijing. Ramai antara mereka yang tinggal jauh kerana harga rumah di Beijing sangat mahal dan kos hidup yang sangat tinggi bagi mereka. Hanya orang2 berada sahaja yang mampu memiliki rumah di sini. Ah Ming kata, dia pun melalui perjalanan lebih satu jam untuk tiba di Hotel kitorang setiap hari dengan menaiki kenderaan awam. Rakyat jelata tidak boleh memiliki kenderaan. Hanya orang yang berjawatan dalam kerajaan dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam syarikat sahaja boleh memiliki kenderaan (kereta). Dasar ini dicipta di negara mereka kerana kepadatan rakyatnya yang melampau. Walaupun hanya orang yang berjawatan sahaja boleh memiliki kenderaan, bilangan kenderaan di negara mereka tetap tinggi sehingga saya tidak pernah melihat mereka mampu memecut laju dengan kenderaan mewah yang bersepah di atas jalan raya. Kelajuan purata yang diorang naik lebih kurang 80km/j shj. Kalaulah semua rakyat cina dapat memiliki kenderaan, rasanya x bergerak kereta di atas jalan raya. Dasar negara kita menaikkan harga kereta dan mengenakan cukai yang tinggi untuk masuk poket menteri dalam usaha nak mengurangkan bilangan rakyat yang memakai kereka..boleh ke kalau saya kata mcm tu?

Gambar bangunan
 
Yang merah2 ni adalah bangunan untuk orang asing yang bekerja di Beijing

Soho Megamall

Gambar pintu timur Beijing
Pintu timur Beijing

Gambar sungai  yg sudah mulai membeku.



Nak cerita ckit tentang sungai ni. Sungai yang luas ini adalah sungai buatan yang dibina bersama dengan Great Wall of China. Ia dibina bagi menghalang musuh daripada masuk ke Kota Beijing dengan mudah. Di dalam sungai ini mereka tumpahkan minyak dan menyalakan api apabila pihak musuh cuba menyeberanginya. 

 Pokok yang sudah luruh daunnya
 
Pokok kecik dilindung dengan kanvas untuk mengelak daripada mati apabila tiba musim salji
Kanvas hijau tu untuk melindungi pokok kecik drpd mati

Jadi tempat pertama yang kitorang pergi pagi ni Jade Center & Crystal center for shopping. Ni antara kedai wajib yang akan dibawa oleh ajen pelancungan China yang berdaftar dengan kementerian pelancungan mereka. Kat sini banyak sangat batu jade yang dapat dilihat saja oleh saya sbb harganya yang sangat tinggi. Lagipun orang llk tak minat sangat jade tu. Pompuan mmg gelap mata laa.

Gambar di dalam kedai
Anak lelaki

Mama n Papa
 
pose dlm kedai je lah..nak membeli xde duit

kemewahan kedai Jade

Apabila orang kelate berjumpa di BEIJING..dpt ubi bakar free drpd big bro..heee

Seterusnya kitorang meneruskan perjalanan panjang ke Great Wall of China. Great Wall ini dibina ketika peperangan pada (475-221 BC). Tempoh masa untuk menyiapkannya mengambil masa hampir 500 tahun.  Banyak tenaga buruh yang digunakan untuk menyiapkan tembok tersebut. Tenaga buruhnya yang meninggal ketika pembinaan tembok besar China tersebut ditanam di bawah batu bata struktur yang dibina. Semasa perjalanan ke Tembok Besar China tersebut, Ah Ming ada bagi tau, tembok tersebut dibina disebabkan tentera Monggol ingin menyerang Kota Beijing kerana mereka dengaki dengan orang perempuan Beijing yang cantik2. Oleh sebab itu, Maharaja yang memrintah ketika itu mengarahkan rakyatnya membina tembok tersebut pada setiap laluan masuk ke kota Beijing. 

Gambar di Tembok Besar China ramai

View from 2nd level..rupanya bercabang2 great wall ni



kat bwh

IPG KDRI was here
IPG KDRI di Great Wall

 TRW at Great Wall
lupa bawa bendera..baju pun jadi lah

Ramai2

Gambar ais yang sudah mulai membeku dalam longkang di kaki Great Wall

Selepas balik dari daripada Great Wall. Kitorang berhenti di kedai dikelanali black market berhadapan dengan Stadium sarang burung. Harga barang2 boleh tahan murah. Ramai yang membeli kat ctu tp saya just tengok je lah sebab x berkenan dengan tilam, bag dan baju2 apa semua tu. Lagipun umi tak pesan apapun..Dia suruh pergi berseronok je..hee..Orang lain siap suadara mara lagi pesan suh beli barang..Saya p Beijing senyap2 je coz malu nk bg tau orang..Kawan2 and beberapa pakcik kat surau je lah yang tau..huu
Di Beijing ni, malamnye lebih panjang daripada siang. Sebab pada musim sejuk matahari tidak mencacak di atas kepada. Ye just lalu kat hujung2 je..Berada di Beijing pada musim sejuk mcm takde waktu tengah hari sebab selepas pagi kita akan rasa dah mcm nk petang..Waktu jam kat sini sama je dengan Malaysia..
 Selepas makan malam. Kitorang balik ke Hotel untuk mandi dan rehat2. Bila sampai je lobi Hotel, ramai je duk lepak kat ctu update insta n watsapp n we chat..Maklumlah kat China ni FB disekat. So, saya berhubung ngan keluarga di Malaysia melalui we chat je lah..jimat kredit J ..
Selepas mandi2..Kitorang pun kuar sendiri2 berjalan2 di Kota Beijing. Masa berjalan tu jumpa lah satu kedai buah..Ramai2 kitorang p serang kedai tu...hee..Kat China ni, orang awam mereka xtau tau sepatah pun perkataan Enggeris..Huhh susah sangat nk membeli belah kat kedai2 awam diorang..Kalkulator je lah sebagai bahasa komunikasi kitorang..Tapi seronok jgk duk main2 gelak2 ngan peniaga, ye cakap cina n kitorang cakap melayu + bahasa insyarat,,sama2 tak faham dan lepas tu sama2 gelak..Entah laa korang boleh bayang ke x..Nak tau lebih lagi korang pun kena p malancung kat sini..hee

Gambar dalam kedai dan luar kedai
teramat sejuk malam ni..semua berbungkus


 Harga manggis yang sangat tinggi harganya..
Manggis 38yuan/500g = RM40 per kg
 Hargailah buah-buahan tempatan
Rambutan 28 yuan/500g = RM30 per kg

Gambar kenderaan orang awam di Beijing..motor jee

  
Habis dah cerita utk part 2..Sekadar menulis untuk kepuasan diri sendiri, supaya memori ni x hilang dari ingatan..Kalau menulis utk kepuasan pembaca memang saya tak mampu..Bagi siapa yang rasa kurang senang dengan sesetengah gambar atau kata2 minta dimaafkan..Kalau rasa senang jemput kembali untuk next entry, kalau meluat dengan penulisan yang entah pape ni..P cari blog lain yang jauh lebih baik dan bermenafaan pada diri drpd fath2din.blogspot.com ni..Bagi saya, Blog ni lah tmpt yg lebih indah utk berkongsi pengalaman dan kata2..
 Sekian utk kali ni..

Assalamualaikum 

“Apabila kata-kata keluar daripada hati, maka ia akan masuk ke dalam hati, apabila kata-kata keluar daripada lidah, maka ia akan hilang begitu sahaja”

mfbi14

Tiada ulasan:

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari