Assalamualaikum..
Alhamdulillah malam ni saya sempat menghadiri kuliah
UAI di Masjid Taman Uda, Pengkalan Chepa, Kelantan. Seperti biasa, kehadiran
muslimin dan muslimat yang dahagakan ilmu memenuhi ruang dalam dan luar masjid.
Abang-abang polis turut tidak ketinggalan mengawal lalu lintas dan memungut
keuntungan dengan saman kenderaan yang perking tepi2 jalan. Kalau ceramah agama
ni ramai je polis datang, tapi bila orang buat concert ape xde plak diorang
mari. Sape la entah suh diorang mai ni. Kesian plak tgk polis2 tu, muka diorang
nampak baik2 semua, demi tugasan mereka terpaksa datang. Mungkin diorang nak
kawal lalu lintas kot, buat road block sbb bimbing orang memandu laju nak kejar
kuliah kan. Husnuzonn..
Kuliah
hari ni berkaitan ketaatan kita kepada pemerintah. Pemerintah macam mana yang
perlu kita taat? Iaitu pemerintah yang taat perintah Allah swt dengan melaksanakan
apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang ditegah olehNya. Selagi mana
pemerintah (pemimpin) itu taat perintah Allah swt dengan berpandukan Al-quran
dan As-Sunnah, maka kita wajib patuh kepadanya samada suka atau tidak.
Sekiranya
pemimpin itu memerintahkan melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat. Tidak
kiralah mereka itu Raja, PM, Menteri atau apa2 sekali pun. Haram bagi kita
mentaati perintah mereka. Ini berdasarkan Hadis Nabi saw
Maksudnya:
“Dengar dan Taat itu wajib atas setiap
muslim dalam perkara yang dia suka dan benci selama tidak disuruh melakukan
maksiat maka apabila dia (pemimpin) menyuruh melakukan maksiat maka tidak boleh
dia dengar dan tidak boleh dia taat” [Muttafaq 'alaih].
Soal
jawab agama J
1) Ustaz, apa pendapat ustaz berkaitan ikan selayang yang
naik ke pantai di Lahad Datu. Adakah itu petanda malapetaka kerana manusia yang
hilang ketaan kepada perintah Allah?
-
Fanomena ini
membuktikan kekuasaan Allah swt yang mampu menjadikan sesuatu diluar pemikiran
manusia. Tak semestinya bila kita tengok ikan naik ke darat baru kita nak memuji
kekuasaan Allah. Hakikatnya kita perlu memuji kekuasaan Allah. Tengok Allah swt
jadikan awan/langit yang pelbagai bentuk. Ada bentuk nama Allah, Muhammad dan
lain2 lagi. Semua itu merupakan kekuasaan Allah. Takkan terjadi sesuatu
kejadian tanpa kehendak Allah. Sebab itu setiap hari kita diperintahkan utk
solat 5 waktu utk membuktikan rasa syukur kita kepala Tuhan pemilik langit dan
bumi. Mengikut ilmu orang di laut, kejadian ikan sampai ke darat ini dijelaskan
berdasarkan arus air. Terdapat 2 jenis arus dilautan. Pertama arus pergi dan
balik. Kedua, arus yang lurus, ia akan habis apabila arus itu merempuh pantai
atau tebing2. Jadi, boleh jadi ikan itu melalui arus yang lurus dan dibawa
terus ke pantai. Hakikatnya, semua adalah kehendak Allah swt yang menyuruh kita
berfikir dan bersyukur kepadaNya.
2) Bolehkan lelaki bersalaman dengan wanita bukan muhrim
walaupun berlapik dengan kain.
-
Tengok kain tu
tebal mana? Kalau kain itu nipis sehingga lelaki itu mampu merasai bentuk
tangan wanita ajnabi tersebut, maka makruh hukumnya. Kalau nak bersalam jgk,
pakai sarung tangan boxing.
3) Rahmat dan Nikmat?
-
Rahmat
mengatasi nikmat kerana kerana Rahmat hanya diberikan kepada orang mukmin
manakala Nikmat diberikan kepada semua tidak kita mukmin ataupun Kafir. Rahmat
itu adalah kasih sayang Allah swt. Di waktu kita lalai dengan-Nya, disedarkan
kita. Sekali-sekala disusahkan kita agar kita insaf. Nikmat pula adalah
pinjaman Allah swt kepada semua makhluk di langit dan dibumi. Contohnya, kita
diberikan nikmat mata utk melihat keindahan ciptaan Allah, Diberikan kaki dan
tangan utk bergerak ke arah kebaikan, Diberikan telinga utk mendengar perkara
kebaikan, Mulut utk menyatakan rasa syukur dan perkataan baik2. Udara, utk kita
bernafas sehari-hari..
penuh sampai ke luar |
Sekadar itu perkongsian utk kali ini. Maaf jika ada
salah silap dalam penulisan. Mohon teguran sahabat sendainya ada kesalah fakta.
Saya Bukan Mufti, Saya hanya Da’i.
mfbi14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan