Percutian ke Beijing .. Part 1
Assalamualaikum..
Alhamdulillah
bersyukur kepada Allah swt kerana cuti hujung tahun kali ni saya berpeluang
melancung ke kota raya Beijing, China. Percutian selama 6 Hari 5 Malam yang
dirancang sejak setahun yang lepas akhirnya tercapai walaupun banyak kekangan
sepanjang perancangan. Kekangan ni disebabkan kitorang pergi bersama pensyarah sbg
pengiring (Tutor). Jadi, surat rasmi ke IPG induk perlu dibuat 3 bulan sebelum lawatan ke luar negara..Kalo korang nk pergi sendiri
(underground), surat2 ni semua xperlu buat pun.. Prosedur ni berguna seandainya kejadian yg x diingini berlaku. Jadi, insuran akan cover. Alhamdulillah, Tutor kitorang semangat yang bagi tips utk urusan
surat menyurat semua tu.. Terima kasih En Mutalib dan Puan Shamsiah :)
Total perbelanjaan kitorang
secara individu lebih kurang RM1400.. Untuk percutian ni, kitorang just amik ground
kat sana dengan Al-Quds Travel = RM330 (Hotel, Pengangkutan, Makan dan Minum)..bagi siapa
yg dh ada passport n visa, jimat lah RM200..yang selebihnya tu kos tiket n duit
lebih utk beli cenderahati kpd classmate yg x dpt join dan pensyarah2 jabatan math ..
Ceritanya Kami Bermula disini..
26
November 2013 ( Selasa )
Kitorang semua diminta berkumpul di LCCT pukul pukul 3 petang.. flight ke Beijing dijadualkan pukul 7.10 malam.
Jadi, yang jauh
tu p awal lah ckit.
-
Hari tu, flight
saya dijadualkan jam 1500 dr KB ke LCCT. Kawan2 semua risau jgn sampai lambat..mmg amik risiko je masa tu sbb tiket RM0..Masa duk kat tempat menunggu tu tiba2 announce flight
delay 25 minit sbb traffic
problem kat LCCT katanya..Dalam hati dah berdebar sbb kul 5 semua dah kena
check in kat sana. Disebabkan kitorang ni tiket yang group, jadi kena check in sama2..Alhamdulillah
walaupun flight delay, saya sempat sampai sebelum kul 5 kat sana. 45 Minit je dr KB ke LCCT :)..Masa sampai
tu, kawan2 semua dah drob luggage. So, saya sorang2 la beratur drob luggage kat
ctu..Badan dah berpeluh sbb main DRIFT
dengan bag tayar dr flight ke
tpmt drob luggage LCCT tu..huu..
-
Bila dah masuk
kat tempat menunggu tu baru lega hati..Pastu solat asar kejap sbb dr KB tu baru
solat zohor..
-
Ni
gambar-gambar orang yang excited nak fly jauh..
Gambar kat airport
Walaupun xdibenarkan bergambar di kawasan ni..tp inilah jadinya bila terlampau excited |
Gambar dlm flight
Xdpt duk tepi tingkap..huu |
27
November 2013 ( Rabu )
-
Alhamdulillah
tepat jam 0131 minit pagi, Flight D7316 selamat mendarat di
Beijing International Airport selepas perjalanan jauh selama 6 jam.
6 jam dalam
flight mmg membosankan.. badan letih sbb xtau nak buat apa..just duk atas
kerusi. Jalan p kacau kawan, p toilet , Capture2
gambar dalam flight n Usha
peramugari jarang2..hee..”gurau jee”
-
Bila sampai je
kat airport tu..Hati ni gembira sangat sebab tercapai juga hasrat nak melancung
ke negara orang pada musim sejuk. Sebelum ni dengki je tgk kawan-kawan yang belajar
kat luar negara.
-
Skrg kitorang
ni excited sgt nak merasa sendiri mcm mana rasa sejuk yang dikatakan sebelum
ni.
-
Mase kitorang
kuar dari pintu flight tu ada la rasa ckit udara sejuk dari luar, tapi kejap je
sbb kitorang jalan terus masuk ke dalam airport melalui terowong yg disediakan.
-
Lebih kurang satu jam kitorang
duk dalam airport tu tunggu bag and check imigresen apa semua.
I'm Foreigners now |
-
Alang2 tu ada
yang bergambar sakan (almaklumlah org yg terlampau gembira)..Apa saja signboard
yg ada tulisan china, mesti capture..terutama golongan perempuan..heee
-
Kejap lepas tu
kitorang nampak ada sorang lelaki cina angkat bendera Malaysia dan tertera
tulisan AL-Quds Travel..Bila kitorang lalu kat dia, dia terus bagi
salam,... ramah orangnya menggunakan bahasa indonesia..
-
Dia
memperkenalkan diri sebagai AH MING ..
-
Jadi, dia yang
incharge kitorang sepanjang berada di Beijing 6 Hari 5 Malam tu.
-
Masa borak2
ngan dia dalam airport tu, ye bagi tau “nanti mahu keluar dari airport kamu harus
pakai baju sejuk siap2 yee sbb suhu diluar sejuk sekali buat kamu”. Indon
version..
-
Tapi,
sesetengah kitorang termasuk saya dan pensyarah, En Mutalib ni berlagak
laa..takpe kot xpakai baju sejuk sbb kiroang dah pakai sweater dan seluar
jean..”dah tebal la kononnya”..huu..Ego
lelaki
-
Bila buka je
pintu sliding airport...masyaAllah mcm jarum cucuk2 kat badan sbb udara diluar sejuk
sgt.. saya yang pakai seluar jean tebal tu rasa macam tak pakai seluar. Udara
sejuk masuk kat celah kain..Ya Allah sejuk sgt..Masa tu suhu -5 darjah celcius...
-
Sebab sejuk
sangat, kitorang lari tarik bag masuk dlm airport. Pastu pakai baju
sejuk(tebal) huu..tangan xyah citer laa..menggeletar..kali ni Ego lelaki tewas dengan
kesejukan melampau tu..huu
yang x pakai baju sejuk,,semua dh pakai..heee |
-
Lepas letak
barang dalam bas,,kitorang terus dibawa ke Hotel..
-
Dalam
perjalanan tu, Ah Ming menceritakan tentatif program untuk pagi nanti..
-
Kiorang diminta
rehat secukupnya sebab pagi nanti kitorang perlu guna bnyk tenaga utk jalan2 n enjoy..
-
Antara tempat
lawatan hari pertama...
View dari hotel..pukul 7 pagi |
Struktur ni berada di Utara kota Beijing. Lubang2 tu ialah tmpt tentera pemanah yang mempertahankan Beijing drpd serangan tentera Monggol
Pintu utara Beijing |
Kedai perusahaan Sutera..ni tempat wajib yang korang akan pergi jika guna travel agent kat sana..hee
Kedai perusahaan sutera |
xde duit nk beli..duk saja pun jadilah..hee |
skrg lebih kurang -5 darjah celcius..sejuk sgt |
gambar poyo skali.. |
Puan Samsiah..Full protection |
Memorial room |
Gambar dengan bas pun nak amik jgk |
Sembahyang di Masjid..
Setiap hari, kami akan singgah di Masjid yang berada di Kota Beijing..Masjid2 kat sini semua berumur ratusan tahun..Kita semua tahu kan..Islam sampai di China..Islam di negara kita pun sampai disebabkan berlakunya aktiviti perdagangan dengan China di Melaka suatu ketika dahulu..Namun, saya sangat bersyukur kita berada di Malaysia yang agama rasmi adalah Islam..Setiap hati kita mampu dengar orang azan dan solat secara berjemaa..Di Beijing ni, saya xpernah dgr pun Azan dilaungkan, masjid tidak diimarahkan seperti di negara kita..Sedih rasa berada disana bila lihat masjid yang kekurangan makmum..
Lupa nama masjid ni..telah dibina lebih 500 tahun |
Tok Siok masjid |
dlm masid |
Theater
satu basikal 10 orang |
Makan malam |
Penutup malas dengan makan malam..
Pada musim sejuk, malam lebih lama daripada siang. Bayangkan pukul 5 petang tu dah magrib kat sana..Jadi, makan malam kitorang pukul 6.30 mcm tu lah..Sebab pukul 8.30 kedai2 semua dah tutup..
Cuaca waktu malam lagi sejuk dari waktu siang..Kalau xpakai glove xyah nak berlagak ego laa jalan malam..memang beku laa tangan korang..Kalau waktu tengah hari yang ada matahari tu pun dah capai -5 darjah celcius. Bayangkan laa malam berapa darjah celcius..Bangun pagi esk ikan dalam kolas berenang, atas permukaan air ada air batu..menakjubkan..Saya try celuk tangan..Fuhh memang sejuk
Cukup disini dulu sharing2 cerita di Beijing..panjang sangat dh entry ni..heee
InsyaAllah next entry akan datang sehari dua lagi..nanti saya ada cerita best nak share ngan korang bagi sape2 yang berhajat nak melancung ke Beijing..Ingat ye..melancung menyeronokkan jika kita ada ilmu..
mfbi14
5/12/2013
18.32
Tiada ulasan:
Catat Ulasan