Tatkala
negara semakin rancak membangun. Penggunaan teknologi semakin berkembang. Tenaga
kerja manusia sudah diringankan dengan bantuan robotik dan sistem elektronik. Walaupun
begitu, kadang-kadang tenaga kerja manusia diperlukan juga bila keadaan
memaksa.
Amboi
intronyee..mcm ni lah mengarut pada waktu mlm bila kebosangan melanda. Nak
tengok movie, xsiap download lg. FB pun dah habis menjelajah, nk chat pun xtau
ngan sape, last2 close je lah. So, mlm ni chating kat sini je lah sorang2 +
dgr2 lagu kegemaran. Nasib baik laa ada Blog ni boleh sharing2 utk kepuasan
diri sendiri. Agar pengalamanku tidak berkarat dimamah usia.
Kali
ni nak share ckit kisah Pisau dengan Itik (Maskobi).
Itik
maskobi ni warnanya putih dan cantik sangat masa zaman baby n remajanya. Tapi
bila umurnya semakin dimamah usia. Segala yang putih kembali pudar dan yang
tegang kembali kendur.. Samalah mcm kita.. Masa kecik2 dulu mesti comel2 semua
kan. Ayah saya kata saya pun comel jugak masa kecik2 dulu, tapi bila besar ni dah kurang comel
kayanya..huu..ye ke mcm tu eh... Biasalah kan semua yang kita ada di dunia ni
adalah milik Allah swt yang dipinjamkan kepada kita. Itu namanya nikmat. Semoga kita bersyukur
kerna bila tiba masanya segala apa yang dipinjamkan akan kembali kepada pemilikNya.
Apa yang perlu kita buat ketika hayat didunia ini adalah mencari ilmu dan
pertingkatkan amal sebagai bekalan di Akhirat kelak. Tazkirah kejap J
Sebanarnya
nak cter apa bezanya kita dengan itik? Kita manusia yang dianugrahkan dengan
akal dikiran utk bertakwa kepada Allah swt. Itik pula binatang yg ada otak tapi
xde akal utk berfikir. Ye xleh berfikir pun nak buang najis kat mana. Kat atas
tangga umah kita pun ye blh buang sambil senyum2 lagi. Tapi kita sbg org yang
dikurniakan akal fikiran, HARAM
bagi kita mengeluarkan perkataan sumpah laknat kepadanya walaupun ia seekor binatang. Apatah lagi sumpah laknat
dikeluarkan kepada manusia seperti “Celaka”, “Shit” dan sebagainya. Cukuplah
sekadar kita menghalaunya pergi. UAI
kata dlm ceramahnya smlm..
Alamak
ape lah susah sangat nk masuk intro Pisau dengan itik ni..nak cter itik kuar
ceramah plak..huu
Itik
dengan Pisau
Zaman
skrg ni kan jarang sangat kita makan ayam ke, itik ke yang dipelihara sendiri,
sembelih sendiri dan dimasakkan sendiri. J .. Biasanya kita p beli
kat pasar ataupun supermarket yg dah siap sembelih dan dibuangkan bulunya. Saya
pun selalu mcm kamu juga. Mana lah ada masa nak buat tu semua kan. Jangan kata
nak sembelih sendiri, nak pelihara binatang tu pun xde tempat kan bg org yg
tinggal kat bandar.hee
Jadi,
hari ni sy nk tunjuk cara nk menguruskan itik maskobi daripada mula sampai akhir dengan pisau sahaja tanpa menggunakan
mesin J . Mainan hari ni..heeee
Langkah
1 : Sembelih
dan Rendam itik yang dah mati dalam air panas yang menggelegak supaya kulitnya
jadi mengembang. Jadi, senang laa kita nak cabut bulunyee.
Cabut bulu |
peneman_Black |
Langkah
2 : Salarkan/Bakar
ckit itik ni atas api supaya bulu2 halus yang masih ada pada badan itik ni
hangus. Bila siap bakar, ye jadi licin dan cantik mcm kat bwh ni..heee
Langkah
3: Potong
kepala itik ni dulu. Pastu potong atas belakang sbb kat situ ada tulang lembut.
Seterunya patahkan tulang belakang tu dan buang perhiasan dalamannya elok2. Jangan
sampai pecah hempedu dalam badannye masa operation tu sudah laa..
potong n patahkan tulang belakang yee |
potong dua |
Langkah
4 : Potong
lah itik ni kecil2 supaya senang nak simpan n masak.
siap sudah :) |
Langkah
5 : Basuh sampai
cuci dan buang kotoran. Pastu ikut suka hati korang laa nk buat apa ngan daging
tu. Nak bakar ke, simpan dlm peti ais kee..umi sy nk buat Masak gulai
kutub..waahhh..yummyyy2 ..Bestnya duk kat umah..
Agak
pompuan zaman skrg pandai ke tak ye nak uruskan benda ni ?heee..
Cukup
lah pengisian utk hari ni. Nantikan banyak plak yang mengarut. Bantal pun sudah
memanggil utk tdr walaupun diri masih x mengantuk..
27/12/2013
(Jumaat)
02.02 a.m
"Anda
tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."
~
Albert Camus
mfbi14
2 ulasan:
wahhh hebatnya cikgu Fathuddin..advance drpd bdk pai ni..kitorg nnt sem 8 baru blaja amali sembelihan. ^_^
hee..gini lah kehidupan org yg dibesarkan di kampung :)
Catat Ulasan