Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Sabtu, 29 Jun 2013

Permulaan semester 6

Basmalah pembukan bicara..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah swt kerana masih memberi peluang kepada kita untuk hidup pada hari ini..
Sedar tak sedar sesi kuliah minggu ke-3 akan membuka tirai esok pagi bagi semester 6 tahun 2013..

Masa sangat pantas berlalu,

Kata Sayidina Ali R.A
“Masa itu umpama pedang, jika kamu tidak memenggalnya nescaya ia akan memenggal lehermu”

Jadi kita perlu menggunakan ruangan masa ini sebaik mungkin. Sangat beruntung bagi mereka yang sentiasa melakukan kerja buat yang dapat menghampirkan mereka kepada Redha Allah swt

Sepanjang 2 minggu mengharungi semester 6 ni..
Aktiviti di IPG penuh bermula dari minggu pertama & kedua
Minggu ketiga pula menanti esk pagi
...

Minggu Pertama

Rakaman Bicara Siswa di RTM Angkasapuri, Kuala Lumpur.


Minggu Kedua
Kursus Pra Perkahwinan Islam


Jadual kursus



(Sijil kahwin)



Alhamdulillah dah dapat sijil kahwin J

Kursus ni diadakan kepada guru pelatih sebagai persediaan kepada kami sebelum memasuki gerbang perkahwinan nanti..hee
Bila saya post je gambar ni kat FB, Instagram dan lain2..
Kawan-kawan lama laju je like dan ayat yang kebanyakan ditulis  “Jangan lupa ajak makan nasi minyak nanti”
Mesti kawan-kawan ingat saya ni dah pergi kursus dengan serikandi yang bakal menjadi peneman hidup nanti..Ye la kan sebab biasanya orang lain pergi kursus kahwin ni dengan pasangan masing2..huu
Betul lah tu saya pergi berpasangan..tapi berpasangan dengan romet je lah sebagai peneman..Alang-alang ada masa free ni, baik join terus..lain kali mungkin dah sibuk, dan harga kursus pun bakal naik..

Bila soalan diajukan mengenai kehendak berpasangan?
Tipu rasanya jika jawapan yang saya berikan adalah tidak mahu. Sudah lumrah keinginan Lelaki suka kepada wanita dan Wanita suka kepada lelaki..

Kehendak hidup berpasangan

Ikhlas saya katakan, jihad paling besar bagi saya dalam menempuh zaman remaja adalah jihad melawan nafsu..Sungguh banyak dugaan, cabaran dan pengalaman untuk meneruskan kesinambungan kehidupan seorang muslim..Setinggi mana imanmu, setinggi itulah cabaran datang. Seandainya Allah s.w.t tidak menjaga imanku, nescaya rapuh sifat taqwa dalam diri dek terpesona hamparan hiasan dunia.

Sahabat..
Pilihlah pasangan yang benar-benar mencintai kamu..
Usah labuhkan cinta pada yang tak sudi..
Kerna sukar bersatu dua jasad tanpa tautan kasih..

Kadang-kadang..
Kita bertemu seseorang yang sangat berarti dalam hidup kita hanya untuk menyadari pada akhirnya kita harus melepaskannya.

Apa yang perlu..
Yakin dan percaya Allah swt telah menetapkan jodoh dari awal lagi,
Hanya tinggal usaha, doa dan tawakkal..




Minggu Ketiga

Pangjangnya entry kali ni..
 Entry jadi panjang ni sebab entry lepas tu xsempat nk post walaupun dah siap ditaip..
Jadi rangkuman ketiga-tiga minggu disatukan di sini..huu

Tapi ini baru permulaan minggu ketiga..
Post yang special untuk minggu ketiga InsyaAllah akan dibuat akan menyusul pada hari minggu nanti..

Untuk permulaan minggi ke-3 ni..

Percutian
Cameron Highland

Gambar-gambarnye next week
Untuk kali ni..pokok ni je lah yang nak tunjuk
J



Aku meminta dari Allah setangkai bunga segar
Tetapi diberikannya kaktus yang berduri
Aku meminta kupu kupu, tetapi diberikannya ulat

Aku kecewa dan sedih, tetapi tetap bersabar
Namun tidak lama kemudian
Kaktus itu berbunga indah
Dan ulat itu menjadi kupu kupu yang sangat cantik.

Begitulah cara Allah mengasihani umatnya. Akan diberikannya nikmat bila tiba masanya
Oleh itu sentiasalah kita bersangka baik padaNya
Maha Pencipta, Allah swt .....


8 ulasan:

Unknown berkata...

nk kaktus 1..

fath2din berkata...

Lepas raya eh.. :)

Unknown berkata...

tuntut btul2 nnt bru tau..

fath2din berkata...

boleh jee..cuma takut je nk kasi kat kanak2 ribina jaga..bimbang tercocok tangan :P

Unknown berkata...

oo ye ke...xpela klau mcm tu..ad 4 da pokok kaktus comel yg sy jaga kt maktab ni..oke je...huhu

fath2din berkata...

baru je nk bg.huu.bnyk nya kektus dia..jaga elok2 laa biar berbunga..yg berduri itu cantik bila berbunga..i hv one :)

Unknown berkata...

blh je kalau nk bg lgi pn..hehe..brgurau je..cukupla 4 jenis tu..kaktus sy xb'bunga..yg biasa je...^^

fath2din berkata...

jaga lah elok2..kalo berbunga post kat blog..huu

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari