Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 14 Mac 2013

KOT 13 IPG KDRI

Bismillah..

Salam pembuka bicara..
pejam celik dah tinggal seminggu je lagi kami pelajar PISMP sem 5 akan meneruskan sesi kuliah..
lepas ni dah kena p praktikum..Mampukah aku menggalas tugas sebagai guru pelatih selama 20 hari di SK Batu 48 nanti? Ya Allah permudahkanlah urusanku..

Hari Rabu dan Khamis semalam maktab ade anjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2013. Jadi, kami pelajaran PISMP sem 5 menjadi pegawai kejohanan meliputih pegawai teknikal, pegawai kejohanan, hakim, referee dan lain2 lagi..

Pengalaman pertama mengurus kejohanan dlm bidang pegawai kejohanan amat menyeronokkan..lagi2 laa kena urus murid-murid SK IPG plak yg comey2...ai bila la nk dpt ank sendiri plak ni..huu
Jauh lagi semua tu..Semoga Allah terbitkan rasa cinta dihati ini pada serikandi yang sudi menerima cintaku...wahhh ..."Semoga dengannya imanku semakin bertambah" :)


Acara Murid-Murid Tahun 1_Rebut Coklat





Perlawanan Jemputan 4 kali 400 meter

Peserta yang kepanasan

Merah,Biru,Kuning,Hijau


Kejohan Olahraga Tahunan
2013   

meninggalakan kenangan pahit dan manis 
ini mungkin kejohanan terakhir yang mampu disertai oleh kami PISMP SEM 5
tahun depan mungkin dah praktikum

Kenangan Kejayaan Sepanjang KOT13 dan Merentas Desa IPG KDRI 13

28 minutes for 7.5km

catatan 1 minit 8 saat...huu..jauhnya ngan zaman sekolah dulu

zaman kegemilangan sukan sudah kian hilang
cukuplah ini sekadar yang mampu
:)

Good Luck Adik2
Teruskan kegemilangan sukan di IPG KDRI
Jangan lupa
 ayuh bersama kita menutup Aurat ketika bersukan








Ahad, 3 Mac 2013

Buat Temanku




Teman ,
Andai percintaan itu indah ,
Indah lagi persahabatan kau dan aku ,
Andai bintang menyinar kerana cahayanya ,
Persahabatan kita menyinar kerana utuhnya ukhuwah ,
Andai bunga itu indah kerana harumannya ,
Hubungan kau dan aku indah kerana jalinannya ,

Andai awan bisa melakar ,
pasti tercoret kisah kau dan aku ,
kerana kisah kita tiada akhirnya .
Andai Muhammad sebuah kisah kesempurnaan ,
Andai Laila Majnun sebuah kisah percintaan ,
Andai Umar sebuah kisah pemerintahan ,
Maka kau dan aku ,
Sebuah kisah persahabatan .

Teman ,
Andai persahabatan ini terurai ,
Takkan mampu aku harungi ,
Semua dugaan yang mendatang ,
Takkan mampu aku berdiri ,
Seteguh ini !

Biarlah persahabatan kita ,
Tetap utuh walau badai melanda ,
Biarlah persahabatan kita jua ,
Tersergah di mata dunia ,
yang penuh warna warni .

Perjuangkanlah persahabatan kita ,
Yang telah lama terjalin ,
Biarlah antara kita ,
Umpama ombak dengan pantai ,
Yang sering berhempasan ,
Tetapi sentiasa bersama .

Indahnya persahabatan kita ,
Tidak terucap dengan kata - kata ,
Hanya kita yang tahu ,
Andai aku bisa laungkan ,
Ingin aku menggegarkan dunia ,
Tentang persahabatan kita berdua .

Andai ini adalah persahabatan ,
Akan aku menjadikan persahabatan ini ,
Seperti cinta Romeo dan Juliet ,
Jika aku , kau lukai ,
Akan ku kesepian selamanya .

Teman ,
Andai aku sahabat sejatimu ,
Janganlah kau berpaling dariku..
Sesungguhnya aku sangat memerlukan sahabat
SEPERTIMU..

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari