Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 28 Jun 2012

Baiti Jannati 2 _ Cermin kehidupan

Bismillahirahmanirrahim..

Minggu kedua sesi kuliah semester 4 telah berlalu..minggu FBI balik lg ke rumah tercinta jumpa2 family n kwn2 kat umah..
Kadang-kadang masa ni dirasai cepat saja berlalu jika waktu itu kita dapat penuhi dengan aktiviti berfaedah, pengalaman2 bermakna dan juga dalam usaha untuk mencapai hasrat yang tak kesampaian..
Kadang-kadang masa juga kita dapat rasakan seolah-olah sangat lambat bergerak dalam keadaan tertentu..Contohnya :
1) masa FBI sekolah2 dulu nakal "cikit" jadi bila kena denda kat cikgu dalam kelas tu masa ni seolah-olah seminit mcm satu jam.."bila laa nk habis masa cikgu nii"..
2) masa saat kesukaran kehidupan seorang remaja..seandainya berlaku pentengkaran lidah, iri hati, sakit hati, cemburu, dan seangkatan dengannya antara 2 pihak.."bila lah agaknya aku nk habis bljr kat sini ni, xnk jumpa dia ni lg" ayat biasa bg sesetengah org..
3) masa bulan puasa, situasi sama yang semua rasai..lamanya masa bergerak semasa nk berbuka, jam tu seolah-olah tak bergerak..hu2..
Jadi, Ramadhan tinggal 22 hari je lg termasuk hari ni.."panjangkanlah umurku untuk bertemu Ramadhan tahun ini".

Kadang2 masa ni juga dirasakan seolah-olah sangat pantas berlalu..Contohnya :
1) bila hari ini kita mengenangkan kisah suka duka masa lampau..Kecik2 dulu boleh main lumba2 lari, kejar2, dan lain2 lg.."cpt nya masa berlalu..sekarang umur dah twenty something..dah remaja rupanya ey FBI skrg ni..blh kahwin dah...tp bila?..bljr dulu :)
2) bila silap "timing" nk siapkan kerja sekolah ataupun assignment...masa ni mmg cepat la dirasakan bergerak menghampiri due date.. org lelaki je kot mcm ni..xtau la kalo pompuan pun mcm ni jgk..he2
3) bila duk kat umah mcm skrg ni..cuti 2 hari mmg sgt cpt kalo kat umah..kalo kat maktab mmg lama laa kalo duk saja2 dlm bilik, tp kalo musim assignment tu kira kategori lain lah :).. home sweet home


Alhamdulillah kul 6.15 tadi dah sampai kat umah..tenang je hati selamat sampai tanpa sebarang masalah..
Sebabnya hati sgt bimbang masa memandu tadi..difikirkan balik dah 2 hari hati berdebar x tentu pasal, bimbang jika Allah datangkan petanda awal musibah akan berlaku td..tp Alhamdulillah selamat perjalanan tadi..

Betul ke kata hati? hati ni ni sgt kuat berbicara sendirian,,cepat membuat andaian, menghuraikan pandangan, tidak lupa mengingat dan memuji keesaan Allah swt..
Ya Allah ampunkanlah dosaku..kenapa la hati ni sgt kuat mengatakan bahawa mungkin ada sekeping hati hati manusia ciptaan ilahi yang telah aku sakiti..tapi siapa? ibu bapa? adik-beradik? kawan? atau hanya prasangka diri? Kalau family insyaAllah x,, mungkin kwn2 kot,, tp siapa? hari ni mane la ada FBI kacau sape2, jauh sekali mempermainkan hati org,,,kalo sebelum ni ada sakitkan hati org, sape plak? xda rasanya kalau dalam sedar...kalau kwn2 sekelas nk sembang lebih2 pun x sempat lg sem ni, lg lah nk sakitkan hati diorang....Sudah lumrah manusia ni kan mmg x terlepas dari kesilapan..
kalau saya bersembang dan bergurau dengan sapa2 skali pun mesti FBI minta maaf pd akhirnya..
Apepun saya MUHAMMAD FATHUDDIN ikhlas dari hati memohon ampun maaf seandainya ada kekhilafan dalam pergaulan, penulisan, perkenalan, penglihatan, pendengaran..dan apa ajelah kpd mereka yg terlibat..I'm Sorry
Ade org kata, jika kita bercakap dengan hati lebih terkesan drpd kita bercakap secara luaran..kerana apa?,,kerana hati2 ini mempunyai hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Rab nya..

kesimpulannya ,

"biarlah diri yang menghuraikan kata hati"
"yang benar dijadikan motivasi"
"yang buruk berusaha dihindari"
"semoga hidup sentiasa diberkati"

gambar tiada kaitan pun :)
Assalamualaikum..

"Jangan selami hidup kita dengan kesedihan"
"Hiasilah ia dengan keindahan kehidupan"
"Manakan masalah tiada penyelesian"
"Kerna DOA senjata orang beriman"





  

Isnin, 25 Jun 2012

Kemenangan Ikhwanul Muslimin Mesir

Alhamdulillah, perancangan komplot USA-Israel-pengikut Hosni Mubarak untuk menggagalkan kemenangan calon daripada Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) telah digagalkan oleh Allah. Insya-Allah dunia Islam akan kembali bersinar terutama bumi berkat Mesir.

Dr. Muhammad Morsi satu-satunya Presiden Mesir yang menang melalui pilihanraya sejak Republik Arab Mesir ditubuhkan.

Dr Muhammad Morsi




Ucaptama Dr Muhammad Morsi

"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!

Tahukah Anda? Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Hebat!
sumber 


SEJARAH IM & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam   yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM  tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah



"Semoga kemenangan peringkat pertama ini akan menjadi titik permulaan kepada kemenangan Islam dan kemenangan rakyat di Mesir seterusnya ke seluruh pelusuk dunia, termasuk Malaysia"

Jumaat, 22 Jun 2012

Baiti Jannati

Semester 4 baru seminggu membuka tirai..tapi hari ni FBI dah balik umah utk cuti hujung minggu..
Mase g smayang kat surau, dari jauh lg pakcik2 tgk senyum2..."bakpo balik dah ni?bukan ke baru g"
pastu jwpn plg sesuai kasi kat diorang "rindu kat mak ayah pakcik..he2"..Hidup ni mcm tu lah, yang tua dihormati, yang muda disayangi..

Tapi tujuan utama balik umah ni sbb boring sgt kat maktab awal2 sem ni + nk jahit seluar pengakap yang labuh..Awal2 semester ni biasal la asignment pun xda lg, padang bola pun kosong lagi, duit pun semakin mengosong, program&aktiviti2 pun kosong lagi..Hujung minggu ni ade program jgk sebenarnya "Kursus Pra Perkahwinan" tapi FBI x join sbb xdpt maklumat mase pendaftaran dulu..xpelah insyaAllah kalo diberi masa blh masuk untuk semester2 akan datang..Selamat memahami dunia pra perkahwinan kpd semua peserta kursus :) 

Mase tgh baca artikel kat internet dlm blk smlm..umi pun masuk bilik dan tanya result exam mcm mana semester lepas?ok or ko? "ko Umi, xdpt anugrah pengarah dah semester ni" kataku senyum + tutup mata takut umi wat muka kecewa..tapi "takpe la dah usaha kan, janji kita adalah antara yang terbaik :) " pastu lega rasa hati bila umi kate macam tu..ingatkan nk marah dah sbb sll main game n tdr kat umah..I Luv U Umi..



Semalam masa duk saja2 tu..best plak dgr lagu in-team yang lama2..teringat kenangan masa zaman sekolah rendah dulu sbb pagi2 sekolah pasang lagu intem sblm kelas bermula..lagu yang tersohor masa tu Rabiatul Adawiah  & Kasih-kekasih...Tapi bila dgr smlm best plak selami lirik lagu Impian Kasih..he2

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih


Selasa, 19 Jun 2012

1 Hal yg membuat kita ____


1 hal yg membuat kita BAHAGIA adalah KASIH SAYANG
1 hal yg membuat kita DEWASA adalah MASALAH
1 hal yg membuat kita HANCUR adalah PUTUS ASA
1 hal yg membuat kita MAJU adalah USAHA
1 hal yg membuat kita KUAT adalah DO'A
...
Jadi agar hari ini lebih INDAH...
Sebarkanlah KASIH SAYANG kepada sesama,
Bersahabat dengan MASALAH,
Tidak PUTUS ASA, terus berUSAHA...
dan selalu berDO'A kepada yang Maha Kuasa

Jumaat, 15 Jun 2012

Malam terakhir dirumah cuti ni..

3 Minggu cuti sudah menghampiri pengakhiran..
Esk dah jadi sabtu terakhir di rumah pada cuti ni..

Jadi mlm terkahir ni sempat jgk g dgr forum mengenai "pengaruh golongan ke-3 dalam PRU 13"

Antara panel2 nye :




Panel dlm forum ni terdiri drpd Dato Nik Amar, Exco Kerajaan Negeri Kelantan Kelantan, Dr Yusri, bekas Pengerusi ABIM, Utz Fauzi, NP ISMA, Dr Nazri, Pensyarah UIAM..moderator..x ingat namanya..

Forum ni pada asalnya ingin melihat pendapat panel2 yang merupakan terdiri drpd org Akademik, NGO, dan ahli politik..Jadi ramai org datang ni nak lihat hebatnya Forum yg terdiri dprd org hebat..

Pada permulaan forum yang diulas oleh Dato Nik Amar sangat menarik dan menghangatkan suasana forum malam ni..Tetapi suasana gemuruh sunyi sepi bak diulik mimpi apabila gaya seorang pengarah pengurusan strategik mula berbicara..saya yang merupakan salah seorang hadirin yang hadir sangat sedih dan membuang masa bila mendengar seorang ahli akademik bercakap seolah-olah tidak kenal "akal kepala"..Bagaimana seorang panel ahli akademik yang menjawat jawatan sebagai pengarah plannning strategic sebuah Universiti bercakap seperti seorang yang sangat cetek ilmunya..Soalan yang dikemukakan langsung tidak berjawab..

secara ringkasnya, apa yang kita nampak hari ini organisasi pergerakan islam yang ada di Malaysia seperti ISMA banyak mengeluarkan artikel-artikel mengenai kelemahan PAS..Namun, malam ini utz Fauzi memberi penerangan bahawa mereka bukan sahaja mengeluarkan artikel kritikan terhadap PAS, malah artikel2 mereka juga turut membuat kritikan terhadap UMNO,,tetapi artikel mereka telah dimanipulasikan oleh akhbar..sebaliknya artikel kritikan terhadap PAS diangkat oleh akhbar2 tempatan utk tatapan umum..Itulah masalah negara kita sekarang ini..

Cukup lah dulu disini..lain kali sambung lagi kalo ada peluang..

Jumaat, 8 Jun 2012

Program Merdeka Rakyat

Bismillah..

Alhamdulillah semalam FBI berpeluang pergi ke Program Merdeka Rakyat yg diadakan di Majlis Perbandaran Ketereh..
YB yang datang semua yang hebat .. DSAI, Tan Sri Khalid, Ckg Badrul, Rafizi dan Cik ...

Walaupun semalam, 8 Jun 2012 penuh dengan program lain, Bola Kelantan VS ATM, Malaysia VS Singapore, dan Pembuaan EuRO 2012..Tapi kehadiran penyokong semalam sangat ramai memenuhi Stadium mini Majlis Perbendaran Ketereh..

Semalam hanya beberapa isu masa kini didedahkan utk pengetahuan umum rakyat...

1)tayangan video mengenai BERSIH 3.0_ antara Realiti dan Fantasi..
Rakaman penuh BERSIH 3.0 memaparkan bagaimana program himpunan rakyat yang harmonis ini telah dimanipulasikan..
Sebilangan kumpulan yang mula mencetuskan huru-hara telah seolah telah dirancang oleh pihak tertentu..
Kemudian video tersebut juga merakam tindakan biadab polis yang sanggup menghalang masyarakat awam yang memakai baju kuning utk menunaikan solah di Masjid pada hari tersebut..
Video ini lagi sangat jelas mencemarkan imej2 Polis Diraja Malaysia yang sanggup mengenepikan agama demi arahan ketua parti politik..Kesian nya aku tgk pada polis2 tu sbb mereka ni dah seolah-olah seperti anjing-anjing kerajaan..Mereka buat tu sbb terima arahan katanya..
Sedih aku dengan mentaliti masyarakat..cukup la disini sbb nak tau kena tgk sendiri video tu

2) Penerangan mengenai isu rasuah pembeliah kapal selam Scorpene..


- isu rasuah ini sudah tidak boleh lagi diselesaikan di mahkamah malaysia kerana umum sudah mengetahui mahkamah kita sudah tidak adil lagi kerana semua sistem pentadbiran negara kita sudah dimanipulasikan oleh parti politik manusia berhati syaitan..
-Kes rasuah ini dipanjangkan ke Mahkamah Perancis kerana mahkamah mereka lebih adil..
http://idhamlim.blogspot.com/2011/06/scorpene-mahkamah-perancis-temui-bukti.html ..
Baca sini utk maklumat lebih..aku x berani nak komen lebih..nanti kena saman

Tgk yang ni gambar ni melambangkan keadilan mahkamah 1 Malaysia


3) Isu Pendidikan Percuma sekiranya Pakatan Rakyat dapat menawan Putrajaya pada PRU
4) Isu PTPTN di KUIS n UNISEL
-isu ini paling melucukan dan melambangkan kebodohan Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Khalid Nordin
-Semalam penerangan oleh MB Selangor sangat jelas dengan fakta yang nyata..
-Mereka membuat tindakan ni sbb ingin mencabar PR dan menjanjikan pendidikan percuma seandainya menang PRU kali ini..Satu lagi sbb mereka sakit hati sangat kerana Rafizi Ramli memaksa Khairy Jamaludin diam x terkata dengan pertanyaan rekod pengeluaran wang pendidikan semasa pemerintahan . . . . . debat tersebut diadakan dalam dewan tertutup..tapi bleh tgk kat sini..Debat ini sangat menarik sbb dua2 ni org yang hebat..

- dalam isu sekatan PTPTN ini..Tan Tri Khalid Ibrahim kata mereka sebenarnya silap orang untuk mencabar..Selangor adalah negeri yang terkaya di Malaysia, kos perbelanjaan pendidikan pelajar 2 universiti ini tidak sampai 30 juta , sedangkan pendapatan kerajaan selangor meningkat daripada 400 juta kepada 1600 juta selepas 3 tahun PKR memerintah selangor..Kalo laksana pendidikan percuma di Selangor, bukan tunggu pilihan raya tp skrg ni pun Selangor mampu untuk memberi pendidikan percuma kepada semua penuntut UNISEL n KUIS ni..Tapi belum lagi Tan Sri Khalid nk umum mereka dah tarik balik.. Lepas tu kuar lah plak Khairi kat sidang akhbar, kononnya dia  lah yang berusaha memohon sekatan ini ditarik balik demi kepentingan pelajar..ha2

Rakyat Selangor baca ni..

PENDAPATAN Selangor Bertambah Sebab Tiada 'PENYAMUN' Di tengah Jalan






Jadi Masalah Sekarang Adalah



Kenapa mereka takut..sbb tgk ni

 dibayar? x

VS

 dibayar?ya  
ni paling ramai gambar dlm internet
 

mereka dibayar, tp diberi kupon..kata Dato ___






Ahad, 3 Jun 2012

Pagi Jumaat di Kota Bharu

Assalamualaikum..
Syukur nya FBI sbb dilahirkan di negeri Kelantan..

Orang kata negeri ni :
 miskin..
 tak bertamadun..
 tak mau terima pembangunan..
 Pemikiran Sempit..
 n mcm2 lg..

Jadi Kita blh tgk hari ni..
Walaupun org kata org kelate ni miskin..
Rakyatnya masih mampu memenuhi Stadium Sultan Muhamad IV walaupun harga tiketnya adalah termahal di Malaysia


Ni ckit2 video The Red Warriors..Click kalo nk tgk
http://fath2din14.says.com/my/news/the-red-warriors-road-to-final

Walaupun org kata negeri kelate ni x membangun dari segi pembangunan & infrastruktur..
Tapi hari ni aku x dengar lagi rakyat kelantan mati x blh mkn sbb pusat membeli belah kurang..
Aku bangga sbb Pimpinan Ulama sekarang ini berjaya membawa pembangunan kepada rakyatnya dari segi nilai agama, sahsiah dan moral..

Menteri Besar Kelantan 1990-now

Tu semua muqaddimah je..yg nak diceritakan adalah suasana pagi Jumaat di Pusat Bandar, Kota Bharu, Kelantan..

Ni nak lah suasananya berhadapan dengan pejabat Pas Pusat Kota Bharu..

Kuliah Oleh Utz..x ingat dah

ni gambar org yg dtg..kat blkg ade ag
...
Kalo duk d Bandar Kota Bharu pagi Jumaat ni mcm dah kat Mekah..
Dengan bacaannya,
Suasana org yang Alhamdulillah smua menutup aurat,
AKtiviti jual beli rancak je..ade je duit org kelantan ni nk membeli walaupun orang kata kita ni negeri miskin..

Bila Tuan Guru mula start kuliah, aktiviti jual beli secara automatik akan behenti, kalo ade pun segelintir je sbb diorang lupe kot..Bila FBI ade kat majlis mcm ni, tenang je hati dan bangga pun ade dgn rakyat negeri kelahiran ni sbb ade lagi yang masih menjaga adab2 dan nilai2 agama..
Kadang2 tu bila berselisih dengan muslimah, sejuk ja mata memandang dengan pakaian tutup aurat, tatasusila terjaga rapi,..bukan nk intai sgt tp hati kecik ni rasa teruja bila dpt tgk pompuan berpakaian sopan dan tutup aurat..bila suasana mcm ni boleh berlaku pada setiap masa dan tempat..

Antara isi2 penting yg dicatat ketika kuliah :
- Jiran2 Allah ialah orang2 yang menghidupkan amalan2 dalam masjid.
- Sekiranya kamu bantu agama Allah, Allah akan bantu urusan kamu.
- Nama Abu Jahal ialah = Umar Bin Hisham.


Antara Penceritaan dalam kuliah :

- Sifat kasih sayang Nabi saw kepada cucunya..Kisah ni adalah bagaimana kasih sayang Rasullullah kepada cucunya Hassan n Hussin..Ketika Rasulullah sedang melaksanakan solat di rumahnya. Seaktu Rasulullah sujud, cucunya Hassan dan Hussin main menyorok di bawah perut baginda, lalu baginda mengangkat sedikit perut ketika itu bagi memberi laluan kepada cucunya utk menyorok di bawah perutnya..

- Kisah Abu Hurairah r.a
Suatu hari Abu Hurairah pergi ke sebuah pasar di mana orang sibuk membuat urusan jual beli. Kemudian Abu Hurairah mengumumkan kepada warga pasar bahawa terdapat pembahagian harta pusaka Nabi rasullullah.. Mereka dengan segera pergi ke masjid lalu menyatakan tidak terdapat melihat proses pembahagian harta pusakan rasulullah tapi hanya berlaku majlis agama saja dlm masjid...
Kemudain mereka balik kembali ke pasar utk menyatakan bahawa x terdapt org membahagikan harta pusakan nasib tp hanya majlis agama..Kamudian Abu Hurairah menjelaskan bahawa itu harta pusaka yang ditinggalkan oleh Rasulullah Alquran & Hadis..



Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari