Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Isnin, 25 Jun 2012

Kemenangan Ikhwanul Muslimin Mesir

Alhamdulillah, perancangan komplot USA-Israel-pengikut Hosni Mubarak untuk menggagalkan kemenangan calon daripada Ikhwanul Muslimin dan Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) telah digagalkan oleh Allah. Insya-Allah dunia Islam akan kembali bersinar terutama bumi berkat Mesir.

Dr. Muhammad Morsi satu-satunya Presiden Mesir yang menang melalui pilihanraya sejak Republik Arab Mesir ditubuhkan.

Dr Muhammad Morsi




Ucaptama Dr Muhammad Morsi

"Saya telah diberi kuasa memerintah kamu, tetapi saya tidak terbaik dari kalangan kamu. Jika saya berbuat baik, maka bantu lah saya dan jika saya lakukan kesalahan, perbetulkanlah saya, serta taatlah kamu kepada aku selagi aku taat kepada Allah dan Rasul-Nya, tetapi jika aku menderhaka kepada Allah atau RasulNya, kamu berhutang kerana saya tidak taat. "

Ucapan pertama Presiden Dr.Muhammad Mursi yang baru, adalah seperti ucapan yang sama pertama kali apabila Abu Bakr r.a menjadi khalifah. Ya Allah, berikan dia & kita ikhlas, menjadikan perkataan beliau & kita kepada tindakan, dan memberikan semua pemimpin negara kita yang benar!

Tahukah Anda? Dr Muhammad Mursi, pemimpin negara ke-2 dalam dunia moden kini yang menghafal 30 juzuk Al-quran selepas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah. Hebat!
sumber 


SEJARAH IM & PENGASASNYA

Ikhwanul Muslimin (IM) adalah satu gerakan Islam   yang mengajak dan menuntut agar tertegaknya syariat Allah, hidup di bawah naungan Islam, seperti yang diturunkan Allah kepada Rasulullah SAW , dan diserukan oleh para salafus-soleh, bekerja denganNYA dan untukNYA, keyakinan yang bersih yang berakar teguh dalam hati, pemahaman yang benar yang akal dan fikrah, syariah yang mengatur al-jawarih (anggota tubuh), perilaku dan politik. Kini, gerakan IM  tersebar ke seluruh dunia.

Pengasas IM adalah Imam Hassan Al-Banna (HAB) yang dibunuh kerana membawa Islam. Meskipun beliau hanyalah seorang tukang jam, seorang guru dan seorang mujahid. HAB dilahirkan pada 14 Oktober 1906 di Mahmudiyah, Mesir. Beliau merupakan anak sulung daripada 8 adik beradik kepada pasangan Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna, seorang tukang jam dan Puan Fudhla seorang wanita yang pintar, peka, mahir dalam pengurusan rumah tangga serta tegas dan mempunyai kekuatan kehendak yang diwarisi HAB.

Bapa HAB merupakan ulama sunni berguru dengan Muhammad Abduh juga penyusun hadis imam 4 serta penulis buku hadis. Beliau mempunyai benyak koleksi kitab-kitab dan buku-buku dan sering bermusyawarah dengan ulama’ dan cendekiawan.

Pemikiran IM adalah berlandaskan syariat Islam serta amal berterusan iaitu : -

1. Baiki diri – 10 muwasafat
- aqidah sejahtera
- ibadah sahih
- akhlak mantap
- mampu bekerja
- berpengetahuan luas
- tubuh yang cergas
- sangat menjaga waktunya
- mujahadah li nafs
- teratur urusannya
- bermanfaat kepada orang lain

2. Baitul Muslim – didik keluarga dgn cara Islam & hormat fikrah Islam
- Dahulukan hak & Tanggungjawab

3. Bimbing Masyarakat -kembang aspek dan budaya Islam dlm msykt
- Amar Makruf Nahi Munkar

4. Kerajaan Islam

5. Bebas tanah air daripada kuasa asing

6. Satukan negara-negara Islam

7.Panji Islam kembali berkibar – satu suara, perpaduan ummah

MOTTO IM
-Allahu Ghayatuna
-Ar-Rasul Qudwatuna
-Al-Quran dusturuna
-Al-jihadu sabiluna
-Al-mautu fisabilillah asma’ amanina

Ruang lingkup dakwah IM
-Dakwah Salafiah
-Tariqah Sunniah
-Hakikah Sufiyah
-Hai’ah Siyasiah
-Jamaah Riyadiah
-Rabitah Ilmiah Thaqafiyah
-Syirkah Iqtisodiyah
-Fikrah ijtimaiah



"Semoga kemenangan peringkat pertama ini akan menjadi titik permulaan kepada kemenangan Islam dan kemenangan rakyat di Mesir seterusnya ke seluruh pelusuk dunia, termasuk Malaysia"

Tiada ulasan:

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari