Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 28 Jun 2012

Baiti Jannati 2 _ Cermin kehidupan

Bismillahirahmanirrahim..

Minggu kedua sesi kuliah semester 4 telah berlalu..minggu FBI balik lg ke rumah tercinta jumpa2 family n kwn2 kat umah..
Kadang-kadang masa ni dirasai cepat saja berlalu jika waktu itu kita dapat penuhi dengan aktiviti berfaedah, pengalaman2 bermakna dan juga dalam usaha untuk mencapai hasrat yang tak kesampaian..
Kadang-kadang masa juga kita dapat rasakan seolah-olah sangat lambat bergerak dalam keadaan tertentu..Contohnya :
1) masa FBI sekolah2 dulu nakal "cikit" jadi bila kena denda kat cikgu dalam kelas tu masa ni seolah-olah seminit mcm satu jam.."bila laa nk habis masa cikgu nii"..
2) masa saat kesukaran kehidupan seorang remaja..seandainya berlaku pentengkaran lidah, iri hati, sakit hati, cemburu, dan seangkatan dengannya antara 2 pihak.."bila lah agaknya aku nk habis bljr kat sini ni, xnk jumpa dia ni lg" ayat biasa bg sesetengah org..
3) masa bulan puasa, situasi sama yang semua rasai..lamanya masa bergerak semasa nk berbuka, jam tu seolah-olah tak bergerak..hu2..
Jadi, Ramadhan tinggal 22 hari je lg termasuk hari ni.."panjangkanlah umurku untuk bertemu Ramadhan tahun ini".

Kadang2 masa ni juga dirasakan seolah-olah sangat pantas berlalu..Contohnya :
1) bila hari ini kita mengenangkan kisah suka duka masa lampau..Kecik2 dulu boleh main lumba2 lari, kejar2, dan lain2 lg.."cpt nya masa berlalu..sekarang umur dah twenty something..dah remaja rupanya ey FBI skrg ni..blh kahwin dah...tp bila?..bljr dulu :)
2) bila silap "timing" nk siapkan kerja sekolah ataupun assignment...masa ni mmg cepat la dirasakan bergerak menghampiri due date.. org lelaki je kot mcm ni..xtau la kalo pompuan pun mcm ni jgk..he2
3) bila duk kat umah mcm skrg ni..cuti 2 hari mmg sgt cpt kalo kat umah..kalo kat maktab mmg lama laa kalo duk saja2 dlm bilik, tp kalo musim assignment tu kira kategori lain lah :).. home sweet home


Alhamdulillah kul 6.15 tadi dah sampai kat umah..tenang je hati selamat sampai tanpa sebarang masalah..
Sebabnya hati sgt bimbang masa memandu tadi..difikirkan balik dah 2 hari hati berdebar x tentu pasal, bimbang jika Allah datangkan petanda awal musibah akan berlaku td..tp Alhamdulillah selamat perjalanan tadi..

Betul ke kata hati? hati ni ni sgt kuat berbicara sendirian,,cepat membuat andaian, menghuraikan pandangan, tidak lupa mengingat dan memuji keesaan Allah swt..
Ya Allah ampunkanlah dosaku..kenapa la hati ni sgt kuat mengatakan bahawa mungkin ada sekeping hati hati manusia ciptaan ilahi yang telah aku sakiti..tapi siapa? ibu bapa? adik-beradik? kawan? atau hanya prasangka diri? Kalau family insyaAllah x,, mungkin kwn2 kot,, tp siapa? hari ni mane la ada FBI kacau sape2, jauh sekali mempermainkan hati org,,,kalo sebelum ni ada sakitkan hati org, sape plak? xda rasanya kalau dalam sedar...kalau kwn2 sekelas nk sembang lebih2 pun x sempat lg sem ni, lg lah nk sakitkan hati diorang....Sudah lumrah manusia ni kan mmg x terlepas dari kesilapan..
kalau saya bersembang dan bergurau dengan sapa2 skali pun mesti FBI minta maaf pd akhirnya..
Apepun saya MUHAMMAD FATHUDDIN ikhlas dari hati memohon ampun maaf seandainya ada kekhilafan dalam pergaulan, penulisan, perkenalan, penglihatan, pendengaran..dan apa ajelah kpd mereka yg terlibat..I'm Sorry
Ade org kata, jika kita bercakap dengan hati lebih terkesan drpd kita bercakap secara luaran..kerana apa?,,kerana hati2 ini mempunyai hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan Rab nya..

kesimpulannya ,

"biarlah diri yang menghuraikan kata hati"
"yang benar dijadikan motivasi"
"yang buruk berusaha dihindari"
"semoga hidup sentiasa diberkati"

gambar tiada kaitan pun :)
Assalamualaikum..

"Jangan selami hidup kita dengan kesedihan"
"Hiasilah ia dengan keindahan kehidupan"
"Manakan masalah tiada penyelesian"
"Kerna DOA senjata orang beriman"





  

Tiada ulasan:

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari