Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha
pengasihani...
Ikhwah dan Akhawat yang di rahmati allah,
Maksud firman Allah "dan antara tanda-tanda
kesyukuran
Nya Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada
jenis sendiri supaya kamu cenderung kepadanya dan di
jadikan antara kamu rasa kasih dan sayang"
Kasih sayang sesama makhluk perlu di pupuk sekadar
menambah keceriaan hidup,ikatan yang jujur dan tulus
ikhlas yang akan menambah semangat perjuangan
islam,selain bekorban untuk mendapat kegembiraanNya...
Sahabat,
Percintaan di awal musim merupakan percintaan di musim
bunga yang penuh keindahan, tetapi apabila musim itu
berlalu dan kalian terlupa bersedia untuk menghadapi
musim luruh dan musim sejuk, maka kalian akan mati
kesejukan kerana terlalu memuja musim yang indah
itu...
Kalian yang di kasihi allah,
Bercintalah sekadar minum seteguk air di hari
kemarau. Dan meminumnya dengan penuh
kesabaran. Bercintalah sekadar menghirup wangian
kasturi tanpa memilikinya. Kerana dia milikmu selepas
nikah.
Bercintalah dan berkasih sayanglah kerana Allah dengan
memupuk dan menyuburkan ikatan itu dengan cara yang
matang dan dengan kawalan iman demi untuk
keizzahan islam tercinta..
ukhtukum fillah..
mfbi90..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan