Salam pembuka bicara
semua..
Sedar x sedar minggu ni
dah sebulan FBI kat ipg ni tanpa blk umah..bukan xnak blk tp sibuk sgt dengan
aktiviti-aktiviti kat sini..
Bermula dengan minggu
pertama selepas raya,
BIG (Bina Insan Guru )
Siri 4
Bina Insan Guru merupakan
aktiviti wajib yang perlu kami lalui setiap semester di Institut Pendidikan
Guru..Jadi, segala perancangan program dibawah tangungjawab kami. BIG siri 4
ini adalah bertemakan khidmat masyarakat. Pihak IPG memberi kebabasan kepada kami
memilih sebarang aktiviti tetapi mesti melibatkan aktiviti bersama masyarakat
setempat..Akhir sekali kami memilih untuk melaksanakan program anak angkat.
Berbeza dengan tahun
sebelumnya, program anak angkat kali ini diadakan di Kampung Minda & Telung
iaitu dalam daerah Dungun, Terengganu.
Di sana, hanya line maxis saja boleh digunakan, Celcom xde langsung…kalo naik
atas tangki air tu insyaAllah ade satu bar.
Sepanjang berada 3 hari 2
malam di sana, seronok sgt bersama masyarakat kat sana..Main bola sama2, main
bola tampar sama2, semayang berjemaah sama2, gotong royong kenduru kahwin
sama2,…hampir semua aktiviti di kampung tersebut dibuat secara gotong-royong..mereka
seolah-olah satu keluarga..
Lukisan Cahaya :
|
Majlis penyerahan anak angkat |
|
Gotong-royong sembelih kerbau_Utk Kahwin |
|
Jong Kakoo |
|
Senaman pagi |
|
Khidmat bakti_bersih masjid |
|
Sukaneka pagi |
|
Friendly bola sepak dengan penduduk tempatan |
|
Mak angkat n anak angkat...ayah kerja |
|
Nak balik dah |
|
Selamat Tinggal Kg Minda & Kg Telong |
Walaupun hanya 3 hari
kami berada di sini, tp suasana masyarakat di kampung ini sangat
menyeronokkan dan meninggalkan memori indah kepada kami..Semoga saya berpeluang lagi ke sini suatu hari nanti..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan