Minggu ni boleh katakan semua kawan2 pulang bercuti sbb Ahad nanti Terengganu cuti sempena kemenangan SUKMA di Pahang..Pastu tempias tu dapat la jgk kat kitorang yang belajar kat negeri Sang Penyu ni..
Tapi tu semua alasan ke dua je kot..Alasan pertama balik ni mestinya nk jumpa family + permulaan/pembukaan puasa ahad ni..boleh la merasa berpuasa bersama family sehari b4 melalui puasa di IPG buat kali 3 tahun ni.
Semoga Puasa tahun ini akan lebih bermakna kepada kita semua dengan memperkemaskan amalan wajib dan memperbanyakkan amalan sunat..
Bila masuk bulan puasa ni ingat pulak kenangan awal2 masuk IPG dulu, selalu saja g pasar ramadhan pusing2 tgk makanan, tgk2 lagak orang membeli :)..walaupun g jalan kaki tp semua semangat sbb nk tahu pasar ramadhan kat Terengganu..tp skrg ni kurang dah pergi kat sana walaupun dah ada motor..
Bila difikir balik baik buka puasa kat Balai Islam je sbb lebih banyak kebaikan :
1) Kelebihan berbuka puasa berjemaah
2) Semua akan sertai tahlil ringkas dalam 15 sebelum berbuka puasa
3) Ada kesempatan memohon doa sebelum berbuka puasa
- Antara waktu paling mustajab meminta doa adalah sebelum waktu berbuka puasa
-Tidak dinafikan walaupun berbuka di bilik pun dapat berdoa, tp berbeza bila kita berada dalam
suasana agama tersebut akan mendorong kita lebih peka untuk berdoa disamping dapat mempengaruhi
orang lain untuk sama2 memohon doa kepada Allah swt.
4) Selepas berbuka puasa dapat solat maghrib secara berjemaah
-kalo duk kat bilik mungkin kita kena makan cepat untuk mengejar waktu solat maghrib berjemaah..pastu
kalau iman tu lemah ckit, terus semayang sorang2 je kat bilik..walaupun pahala dapat tp rugi la 27 kali
ganda :)
5) Lepas solat maghrib berjemaah dapat plak baca Al-Quran sehingga waktu isyak..dalam waktu ni
insyaAllah sempat habis 1 juz Al-Quran..kalo kita xbercakap dengan sape2 antara waktu isyak tu lagi la
berganda2 pahala Allah kurniakan..pahala iktikaf lg..
6) Pastu bila masuk waktu isyak dapat solat berjemaah, takbiratul ula..
7) Sambung terus dengan solat Tarawih..InsyaAllah tahun ni imam begus2 semua..kalau ade kekurangan
tu perkara biasa sbb kita semua di IPG ni dalam pembikinan untuk menjadi yang terbaik..Jika disini
pengalaman menjadi imam/bilal tarawih tu semua tidak diperolehi, di mana lg?maka terimalah peluang
diberikan untuk kebaikan diri..
8) Lepas tarawih plak ade moreh (makan2 ringan) :)
Lepas tu boleh laa sambung urusan duniawi..asignment,facebooking,blogging,talking,gaming or anything else..
Dalam satu hadis, Rasulullah saw menyatakan bahawa selepas waktu isyak manusia ini akan dibahagikan kepada 3 golongan :
1) Selepas waktu isyak, dia tidur..maka tiada apa2 baginya samada dosa mahupun pahala
2) Selepas waktu isyak, di melakukan amal kebaikan,ibadah dan sebagainya, maka malamnya merupakan
bisnes paling lumayan utk bekalan akhiratnya
3) Selepas waktu Isyak, dia melakukan maksiat dan perkara terkutuk..maka malam mereka menjadi malam
yang membinasakan dirinya..nauzubillahiminzalik
Semoga kita semua dikurniakan akal untuk berfikir,,pilih la jalan terbaik
Selamat Berpuasa Semua
:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan