Assalamualaikum..
Sedar tak sedar hari ni merupakan hari terakhir
cuti sekolah selama 2 minggu Sempena Hari Raya AidilFitri..
Esok akan bermulalah sesi persekolahan..Maka
automatiklah tugasku sebagai guru praktikum akan kembali sibuk..huu.. 5 minggu
berbaki diharap dapat dilalui dengan semangat yang tabah dan penuh dedikasi..
Ramadhan
Ramadhan kali ini amat mencabar bagiku jika dibandingkan dengan tahun-tahun
sebelumnya. Praktikum di sekolah pada bulan Ramadhan. Dengan jadual
harian yang sangat sibuk membataskan waktu untuk saya meluangkan masa untuk
mempertingkat amal fardhi. Untuk menghabiskan satu juz Al-Quran sehari itu pun
memerlukan satu pengorbanan yang sangat besar dalam diri dengan mencari ruang
waktu yang terluang. Walaupun diri letih selepas sesi persekolahan, waktu perlu
juga dicuri untuk amal Fardhi kerana waktu malam pula perlu diluangkan untuk
Tarawih, RPH, BBM dan lain2 lagi..Bila je balik ke asrama pada hujung minggu,
alangkah nikmatnya saya dapat lihat adik2 dapat meluangkan banyak masa di Balai
Islam utk majlis berbuka puasa beramai-ramai, membaca Al-Quran, Zikir dan Tazkirah..Saya
tahu tempat lain pun boleh nk membaca Al-Quran, Zikir dan buat amal Fardhi
lain. Tapi bagi saya yang iman tidak kuat ini, bila berada dalam rumah Allah , suasana
agama itu memeberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah..Walaupun begitu,
Alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada saya mengkhatamkan Al-Quran
pada bulan Ramadhan kali ini walaupun kesuntukan waktu..:Aku tahu Ya Allah,
seandainya bukan dengan rahmatmu, aku pasti tersungkur dengan lakonan dunia
sehingga tidak mampu memanfaatkan ruang waktu untuk mempertingkatkan amal pada
bulan Ramadhan yang mulia..Syukur padaMu Ya ALlah
p/s : terima kasih abah kerana hadiahkan
Al-Quran digital untuk Ramadhan kali ini
J
AidilFitri
2013
Tidak banyak bezanya dengan Raya tahun
lepas..ahli tetap tak cukup pada hari Raya pertama..huu..Kakak yang ke-3 beraya
kat umah suami dia pada raya pertama..Bila dia mai umah pada raya ke-2, kakak
yang kedua pula xde sbb dah balik ke Kedah J ...Beginilah jadinya bila kakak2 dah kahwin..nanti saya pula
kahwin J..Kalo nak berkumpul semua kena tunggu cuti
sekolah panjang lah nampaknya..
Duit Raya..sedih rasanya
tahun ni..duit Raya tak mencecah RM200 pun..Semakin bertambah anak buah,
semakin berkurang duit raya dapat daripada kakak..haaa..Takpe,, sedarlah kita
ni semakin dan dewasa..
Apa yang bezanya Raya tahun ini adalah, x beli baju raya tapi jahit sendiri kaki n tangan jubah sahaja..Walapun tak pandai sangat tapi begitulah hasilnya..hee
Gambar raya
Tgk pudar je eh..nk terang mai jalan umah..hee |
Anak saudara yang paling susah untuk dipeluk
with Haiqal |
Perkahwinan
Wafiyuddin dan Afifah
Barakallahulakuma wabarokah alaikuma..semoga bahagia dan kekal ke hingga anak cucu..
Seronok tgk kawan-kawan yang muda-muda dah
menjejak pelamin..Semoga Allah permudahkan juga jalan kepadaku agar bertaut
dengan serikandi pilihan hati tepat pada masa dan keadaan..Seandainya jodohku
itu bermula dengan perkenalan, semoga perkenalan sebelum ikatan yang sah itu
tidak membawaku kepada maksiat yang merosakkan hati daripada merasai kemanisan
iman..Amiin
IPG
Mari , Umah Sewa mari, Sekolah Mari
Alhamdulillah baru sekejap tadi saya dah
selamat sampai ke Terengganu..Sambil menunggu masa nak pergi umah sewa.. So,
buat latihan tangan ckit dengan post entry yang entah apa2 ni..Petang ni sy
usahakan jgk buat entry ni walaupun xda manafaat sangat kat pembawaca..huu..Tapi
suka hati saya la nak tulis ape pun sbb blog saya kan.. :P
Bila dah start sesi persekolahan esk, masa free
dah xde utk sembang2 kosong..Dengan esemen yang menggunung tak disentuh dan RPH
yang menanti utk dibuat..yang paling penting murid-murid yang nakal dan sukar
dibendung akhir-akhir ni mesti akan minta duit raya..xpe2..nanti saya print
duit palsu pastu bagi sekeping sorang..harap2 diorang x guna duit tu p membeli
kat kedai makcik depan sekolah..Kesian laa nanti makcik tu tertukar nanti ngan
duit betul...huu
Akhir
kata..
Sometimes you have to
forget whats gone,
You don’t need someone
to complete you. But, you only need someone to accept you completely
mfbi14
Tiada ulasan:
Catat Ulasan