Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Jumaat, 9 September 2011

Kehidupan


apa artinya sebuah kehidupan
tanpa permasalah yang ada menemani kita
permasalahan yang mampu membuat kita
belajar banyak tentang arti kehidupan

bersyukurlah kita jika kita memiliki permasalahan dalam hidup
karena disitulah kita mampu untuk melatih iman kita
kehidupan sekarang ini yang penuh dengan lika-liku
jangan membuat kita getar dan membuat kita menjadi lemah

memang permasalah itu begitu banyak sekali
mulai dari permasalahan pribadi, keluarga, karir, cinta, masyarakat, politik, ekonomi, agama dan unsur-unsur yang lain
tapi apakah dengan semua masalah itu hanya membuat kita terpuruk
hanya membuat kita menjadi lemah dan down ???

sayang sekali yee,
padahal kita memiliki Iman
kita memiliki kepercayaan kepada pencipta kita
ya.. Dialah Tuhan yang Maha Mengetahui
kelemahan dan kekuatan kita sewaktu kita di ciptakan

Dia telah mempersiapkan kita untuk mampu menghadapi semua persoalan dalam kehidupan
Dia Maha Mengerti tentang apa yang kita alami
dan Dia Mampu dan Mau untuk membantu kita
walau kita kadang jauh dari pada-Nya.

Khamis, 8 September 2011

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain

Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.
Membina dan Meroboh


Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.

Selasa, 6 September 2011

PBS sem 2 2011 Part 1

Alhamdulillah hari ni dah selesai 3 hari PBS d SK Kem Pengkalan Chepa,

selama 3 hari ni saya telah merasai pengalaman mengawal 3 tahap kelas yg berbeza utk satu batch yg sama..
Darjah 5&6 tu mmg dh blh kacau la sbb diorang nk exm..
So, dpt la masuk kelas darjah 3 Delima(3rd) dan Firus(2nd) utk hari yang kedua..
Ya Allah pening kepala nk control bdk tu..kejap2.."Ckg, nk pegi tandas".."Ckg, nk htr botol air kat abg".."Ckg, nk htr buku karangan"..begitulah kerenah yang entah pape bdk2 tuu..Tp bila ja ajak main teka-teki lawan antara group, terus ja semangat..Ckg kata diam,terus diam..Wau..begini rupanya kanak2 nakal ni..kena main lawan2 baru semangat..Akhirnya,semua pasukan dpt markah sama..hua2..sengaja je bg sama sbb xnak bg diorang ni dengki la ngan kawan2 yg menang..bila sama menang dpt tepuk kat diri sendiri sebagai penghargaan atas kerjasama.. :)

Salasa..
Hr ni dpt ganti PK1 masuk kelas 3 Mutiara..First class..
Ckg lalu ja depan kelas semua mata tumpu..
masuk je kelas semua bangun " Assalamualaikum ckg"
Doa....
Bila suh duduk..terus duduk dan semua diam..ha2..
"Skrg masa matematik kan?, jadi kalo ade kerja2 math yg x ciap lg tu blh keluarkan dan buat latihan..kalo ade pape x faham tanya ckg yaa" maklum la dalam kepada masa tu No Idea Anymore To Teach..hua2
Lebih kurang dalam setengah jam nk habis masa mcm tu ade la sorang pljr panggil nk suh check jawapan dia.."salah ni..jawapan dia mcm ni.." kejap ja penuh mai keliling nk tgk cara ckg fath2din ni nk ajo..ha2..
lepas pada tu bynk la plak soalan yg d tanya..So,baru la rasa nikmat jd ckg kejap dpt kongsi ilmu kat diorang..
Tp ade la sorang bdk pompuan ni..dia malu2 kucing la plak..suh kwn dia tanya,,bila tanya mana buku awk..dia sorok bawah meja..entah pape..nasib baik pandai...

Keseluruhannya mmg berbeza la murid2 kelas pertama ni dengan kelas2 yg d bawah dia..mula dengan sikap, kesantunan bercakap, pakaian, anak mata, air muka, cara gelak pun ckit2 je, senyum plak...fuh, friendship antara classmate dan bnyk lg la ..

Masa nk blk tu sempat la bergambar kejap ngan murid2 tu..



Yang ni plak 2org bdk pompuan  yg malu2 xnak masuk gambo..hai2 laa..diorang ni top 3 dlm kelas..tp yg  1st llk :)



Jd mmg lah backgroud keluarga sgt mempengaruhi perkembangan kanak2
disamping faktor baka yg menjadi faktor utama kekuatan daya pemikiran kanak2..
Melalui aktiviti memperkenalkan diri yg dibuat, sy mendapati hampir keseluruhan ibu bapa murid kelas ni mempunyai latar pendidikan yg tinggi dan menjadi sebagai tenaga kerja profesional..Ibu bapa mereka juga sll mengajar ank2 mereka d rumah...

Jadi mungkin sampai di sini lah dahulu utk hari ni..InsyaAllah kalo ade masa dpt jumpa lg

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari