Assalamualaikum pembuka bicara..
Lama dah rasanya fbi x mencoretkan cerita ataupun puisi pujangga dalam blog ni..
Bukan x sempat, tapi malas coz ada xde idea menarik..Jadi, kali ni fbi nk share cerita mengenai aktiviti yg sempat dicoretkan sebagai kenangan hari ni yang bermula dari pagi sampailah ke malam.
Hari ni masih 24 November bersamaan 10 Muharram..
Bermula dari pagi, FBI sempat g tgk adik dlm program berkhatan secara beramai-ramai di Ibu Pejabat Telekom Malaysia Kota Bharu..Peserta melibatkan anak2 staf Tekekom Malaysia BHD bersama anak yatim.
Tengah hari plak FBI pergi ke Terminal Makanan Negara (TEMAN)..
kat sana plak ada program kacau bubur assyura secara beramai-ramai. Program ni telah memecahkan The Malaysia Book Of Records kerana melibatkan 250 kawah. 250 ni melibatkan wakil taman/kampung yang aktif di seluruh negeri Kelantan..Dalam pertandingan ni, KRT Taman Bakti Mesra mendapat johan dalam kategori kreativiti :)
KRT Bakti Mesra |
Sebenarnya majlis mcm ni bukanlah kita target nk menang sgt, tapi yang lebih penting adalah untuk mengeratkan ukhuwah antara penduduk taman/kampung.
Proram petang sekitar perkarangan Stadium Sultan Muhamad 1V
Persiapan Majlis Berbuka Puasa Perdana Bersama MB Kelantan |
Kereta Drift |
Jualan Jersi The Red Warrior |
Pertandingan Pro Evolution Soccer (PES) |
Gendang TRW Team |
Dikir Barat |
Malaysia Negaraku..Kelantan Negeriku..
Biar apapun orang kata, tapi aku bangga melihat budaya negeriku,
Seni budaya tersimpan rapi, dikir barat penghibur hati,
Pemimpin bijaksana pilihan rakyatnya, Agama menjadi asas utama,
Menyusuri sunnah baginda tercinta, untuk diamal setiap masa.
AKU BANGGA MENJADI RAKYAT KELANTAN
Bendera Kelantan |