Assalamualaikum
Alhamdulillah
hari ni masih lagi mampu bernafas dan diberikan kasihatan oleh Allah swt. Aku
bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memeliharaku dalam iman.
Peperiksaan
Akhir Semester 7
Bercerita
tentang peperiksaan akhir Semester 7 yang akan bermula pada minggu hadapan.
Jadi, study week kali ni saya banyakkan berada di rumah tercinta. Selain dapat
menenangkan diri sbb dpt tgk muka parent setiap hari, kebajikan diri kat umah
pun lebih terjaga sbb makanan bnyk kat dapur utk santapan jasmani, surau pun
dekat ngan umah utk santapan rohani J .. Two
papers only for this semester on next Monday and Wednesday. Semoga Allah memudahkan
segala urusan dan persiapan dan sewaktu menjawab nanti. Doakan agar segala ilmu
yang dipelajari dapat digunakan sewaktu menjawab peperiksaan dan mampu
dipraktikkan dalam kehidupan harian. Saya doakan juga kejayaan kepada semua
rakan-rakan seperjuangan dan anak murid tercinta yang pernah mengenali cikgu
agar berjaya di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang diceburi.
Aminn..
Cerita
di rumah
Balik
umah baru ni terus cter kat abah n umi tentang tempat posting dah boleh diisi.
Saat nak mengisi ni fikiran jadi Blurr sbb xtau nk pilih negeri mana..Silap
pilih nanti x pasal dibuang ke Sabah n Sarawak..huu menangis x berlagu laa..
Sambil2
tunjuk sistem penempatan online tu saya bagi tau la parent tentang sistem kali
ini adalah mesra keluarga. Bagi yang dah berkeluarga mereka lebih diutamakan
utk mendapat tempat posting bersama dalam negeri dan daerah yang sama. Bagi
yang bujang, perlu kembara dahulu mencari pengalaman ke segenap negeri..heee ..This
story stop here when a son n his beloved father discussed more serius on that
topics..hee
Kata2 nasihat
Pakcik on the next day J
Kita
nak berkahwin ini perlu niatkan nak ikut sunnah Nabi saw. Sebabnya kalau salah
niat, perkahwinan kita itu akan jadi sia-sia. Kalau niatnya betul, perkahwinan
kita itu penuh dengan barakah.. Dalam perkahwinan itu, setiap pasangan pasti
mahukan zuriat. Dapat atau tidak itu soal kedua kerana itu rezeki daripada
Allah, yang penting ada kemahuan dan usaha. Rasulullah saw turut menggalakkan
perkahwinan supaya ummatnya berkembang.. Tapi, Rasulullah tidak mahu melihat ummatnya
berkembang ramai seperti buih-buih di lautan. Buih-buih ini mudah hanyut dan
berpecah bila ombak menghempas pantai. Tapi Rasulullah mahu ummatnya ramai dan
penuh dengan kalimah iman dan ilmu didada. Untuk itu, bakal ibu dan bapa ni
perlu persiapkan diri dari sekarang lagi supaya ada ilmu untuk membentuk
keluarga sakinah ini.
Dalam
mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkahwin dan membina hubungan antara
isteri/suami semata-mata. Hakikatnya, perkahwinan antara pasangan ini turut
untuk membina silaturahim antara keluarga dan masyarakat. Sebab itu, memilih
bakal pasangan ini perlu penelitian yang baik. Dasar cinta semata-mata antara
dua hati tidak mampu membina keluarga bahagia. Ia perlu menyeluruh..
Ramai
orang kata, perkahwinan suami isteri yang berbeza minat ini akan saling melengkapi.
Betul orang kata tu..Hakikat sebenarnya, kalau ada perbezaan minat dan
keinginan antara pasangan itu, ia tidak boleh terlalu jauh berbeza. Nanti akan
wujud persaingan antara mereka, kata Pakcik..huu.. Contohnya, seandainya suami
minat kepada agama, tetapi isteri tidak.. Jadi, untuk membina suasana agama dalam
keluarga itu akan menjadi sedikit sukar..Kata orang yang berpengalaman..saya
hanya mendengar dan senyum. Huu..
Seterusnya,
untuk memilih bakal isteri ini, kita perlu pilih bakal isteri yang mampu patuh
kata2 suami dan menjaga maruah di saat ketiadaan suami. Nak pilih isteri ni
biar kamu rasa yakin yang dia ini seorang yang boleh dengar dan patuh arahan
suami. Jangan pilih sembarangan takut nanti akan timbul masalah seperti orang
kata Queen control. Tapi nasihat plak kepada bakal suami, kalau dah dapat isteri
nanti, mentang2 la suami ni ada kuasa janganlah plak menjadikan isteri ini
sebagai hamba. Dalam memimpin keluarga, suami perlu ada prinsip. Ketegasan dan kelembutan
itu perlu ada supaya toleransi antara pasangan itu wujud..Suami perlu berani
tegur kesalahan isteri dan anak2 dengan cara berhemah supaya tidak menyinggung
perasaan..
Dalam
syarat memilih isteri, kita dah tahu ada 4 kriteria yang telah ditetapkan iaitu
rupa paras, harta, keturunan dan agama. Seandainya agama itu menjadi pilihan,
insyaAllah keluarga bahagia dan diberkati dapat dibina. Kelebihan lain yang
dimiliki itu adalah sebagai nilai tambah. Setiap orang mahukan pasangan yang
sempurna. Tapi tidak semua mendapat apa yang diingini. Kalau nak tunggu calon
pasangan itu sempurna 100% memang tak menikah ler jawabnya. Cuba kita buat
check list atau senarai semak tentang kriteria pasangan yang menjadi pilihan hati.
Seandainya seseorang yang kita minati itu sudah 70% menepati kriteria yang ditetapkan,
itu sudah dikira sesuai sebenarnya. Selebihnya itu berserah kepada Allah.
Selama
satu jam perkongsian idea dan nasihat. Banyak sangat ilmu yang saya perolehi ..
Untuk tulis semuanya di sini memang penuh laa.. Sampai di sini sahaja perkongsian
kali ini.. Selepas dgr nasihat panjang lebar ni..mai berfikir sorang2..huu
Adakah saya bersedia menjadi ketua keluarga seandainya
jodoh datang secara tiba2? lalala ... Seandainya jodoh dan takdir itu datang dan mampu
memberi kebaikan kepada diri saya, bakal isteri, keluarga dan masyarakat..Saya
terima dengan hati terbuka.. Kita memang merancang, tapi yang menentukan itu adalah
Allah swt.. Sekadar perkongsian cerita pakcik..
Study dulu.. Good Luck Everyone
Cuti nanti boleh bergembira..
1 Semester lagi berbaki..hee
Maaf jika ada salah silap dalam penulisan ini..Mohon teguran bermanafaat dan berhemah di ruang komen ini..
Assalamualaikum