CINTA
CINTA itu adalah perasaan yang
mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari
langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika
ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tatapi,
jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian cinta,
keihklasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Jangan kerana CINTA, kita gugur dari
perjuangan, dan jangan kerana CINTA juga, prinsip menjadi larut dan cair. CINTA
tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak
semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada perCINTAan. Kesetiaan akan
mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan CINTA. Sesebuah
perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.
Last entry b4
Seminar Penyelidikan Tindakan 2014
IPG Kampus Dato’
Razali Ismail
Kali ni ayat2 cinta
gtu ^_^
Dalam
menghuraikan cinta,
lidahku bisu
mengucapkan kata,
Biarlah hati yang
menerangkan apa itu cinta.
Andai Cinta
terbit dalam diri,
Lagi indah jatuh
pada yang membuka hati.
Ku temu walimu
sebagai bukti,
Cintaku bukan
mainan lelaki.
Akad ku nanti
seperti dijanji,
Memegang amanah
menjadi suami ^_^ .
Berdoalah wahai
puteri,
Agar perancangan
direstui Ilahi.