Guru
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema hari guru tahun ini mempunyai maksud yang
mendalam dan bermakna. Ilmu dan akhlak menjadi tunjang utama dalam membentuk
anak bangsa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Alhamdulillah tahun
ini merupakan sambutan hari guru pertama setelah memegang jawatan sebagai
pengawai pendidikan secara rasmi 29 Januari 2015 lepas.
Dunia pendidikan masa kini sangat mencabar. Apa
yang perlu adalah ikhlaskan niat bekerja untuk menyumbangkan ilmu dan mencari
rezki halal untuk keluarga tersayang. Saya bangga menjadi guru. Murid degil itu
mmg sikap mereka, saya hanya menegur sekadar yang mampu, selebihnya terserah
pada ibu bapa mereka dan pihak pentakbir. Sedih dengan peraturan pendidikan
sekarang kerana tiada lagi istilah hukuman, denda, memalukan murid, tengking
murid dan seangkatan dengannya. Sekarang saya tak denda murid, tapi record “black
and white” kesalahan tingkah laku untuk bekalan seandainya ada ibu bapa datang
ke sekolah. Beginilah gaya mengajar di bandar. So far saya gembira bertugas di
SK Taman Bukit Indah..Suasana sekolah mendamaikan di puncak bukit, guru-guru
yang hebat dan murid-murid yang krik2 haa..
Selamat Hari Guru 2015
Akhir
kata. Tugas dan Tanggungjawab sebagi
guru berat, jika dianggap berat. Mudah, jika mengambil mudah. Mulia, jika
dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.
Gambar Kenangan Mendaki Bukit Indah
Dalam bilik darjah
Kem Kepimpinan Pengawas
Minggu keusahawanan
ibu-ibu macam budak sekolah |
Setiap hari, aku lontarkan senyuman agar semua bisa berbicara tenang denganku. Usah dibawa masalah dalam pekerjaan. Letakkan masalah sebagai ujian dan usaha mengembirakan hati. Alhamdulillah mempunyai isteri, keluarga dan rakan2 yang sentiasa memberi sokongan.