Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Ahad, 30 Januari 2011

Kisah Uthmah Ibn Affan rah.

KISAH SAHABAT
Uthman takluk jajahan Rom, Parsi, Turki


Keperibadian dan Perjalanan Hidup Saidina Uthman adalah seorang yang bertakwa, warak dan menghabiskan waktu malam dengan beribadat seperti mengaji al-Quran manakala setiap tahun menunaikan ibadat haji.

Bila sedang berzikir air matnya mengalir. Dia selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat. Dia juga dermawan dan penuh belas kasih. Dia melakukan hijrah sebanyak dua kali, pertama ke Habsyah dan yang kedua ke Madinah.

Laknat dan kutukan Allah bagi siapa saja yang membenci Uthman.

Uthman dan perluasan Dakwah Islamiah

Pada masa khalifah Uthman perluasan wilayah dakwah Islamiah mengalami zaman keemasan. Pada tahun ke 24 Hijrah, Uthman mengirim pasukan tentera yang berada di bawah pimpinan Al-Walid bin Aqobah menuju Azerbaijan danArmenia kerana kedua negeri itu membatalkan perjanjian yang dibuat dengan kaum muslimin pada masa khalifah Umar. Penduduk Azerbaijan dan Armenia yakin mereka akan dikalahkan pasukan tentera Uthman. Oleh itu, mereka kembali sepakat akan memenuhi perjanjian yang dibuat oleh Huzaifah Ibnul Yaman sehingga tentera kaum muslimin pulang tanpa melakukan pertempuran.

Pada 25 Hijrah penduduk Iskandariah membatalkan perjanjian kerana mereka dijanjikan mendapat bantuan daripada kerajaan Romawi. Namun, negeri ini segera tunduk dan kembali dikuasai dengan damai oleh kaum muslimin selepas pasukannya menyerbu negeri ini.

Pada tahun 26 Hijrah panglima tentera muslimin yang terdiri daripada 3,300 orang di bawah pimpinan. Uthman bin Abil Aash dapat menguasai Sabur dengan damai. Lalu pada 27 Hijrah. Uthman menguasakan Abdullah bin Saad bin Abbi Abi Sarah (Gabenor Mesir menggantikan Amru Ibnul Aash) untuk menyerbu Afrika. Tentera muslimin seramai 20,000 orang (termasuk Abdullah bin Umar dan Abdullah Ibjnu Azzubair) berhadapan dengan kaum Barbar seramai 120,000 orang. Mereka di bawah pimpinan rajanya sendiri, yang bernama Jarjir.

Abdullah Ibnu Azzubair berhadapan dengan Jarjir. Dalam peperangan itu, Jarjir dipenggal kepalanya oleh Azzubair dan dibawa dengan hujung tombak daam suatu pertempuran dahsyat di suatu tempat yang bernama Sabithalah (dekat kairawah). Selepas itu mereka menuju Andalusia (Sepanyol).

Pada 28 Hijrah tentera muslimin berada di bawah pimpinan Mu'awiyah bin Abi Sufyan dapat menguasai Pulau Siprus. Pada 29 Hijrah tentera muslimin yang berada di bawah pimpinan Abdullah bin Amir menguasai seluruh wilayah Parsi. Pada 30 Hijrah tentera muslimin yang dipimpin Said Ibnul Aash menguasai Tibristan dan pada 31Hijrah terjadi peperangan Dzatish-Shawari yang terkenal dahsyat. Pada 32 Hijrah, Muawiyah bin Abi Sufyan menyerbu wilayah jajahan Romawi sampai ke Konstantinopel.

Pada tahun sama tentera yang dipimpin Ibnu Aamir menguasai Marwarrauz, Thaliqon, Fariab, Jauzjan dan Thakharstan.

Ahli sejarah menganggap masa Uthman sebagai zaman kemenangan kaum muslimin dan zaman penaklukan kekuatan Romawi, Parsi dan Turki.

Fitnah Besar dan terbunuhnya Uthman

Pada akhir tahun 34 Hijrah, daulah Islam mulai dilanda fitnah yang menjadi sasarannya adalah Uthman sampai mengakibatkan beliau terbunuh pada tahun berikutnya.

Fitnah keji datang dari Mesir, iaitu tuduhan palsu dibawa oleh orang yang datang hendak mengerjakan umrah pada bulan Rejab.

Ali bin Abi Thalib mati-matian membela Uthman dan menyangkal tuduhan mereka. Ali juga menanyakan keluhan dan tuduhan mereka, tetapi mereka menjawab, "Uthman membakar mushaf, solat penuh (tidak qasar) di Makkah, mengkhususkan sumber air untuk kepentingan dirinya sendiri dan mengangkat pegawai daripada golongan muda. Ia juga mengutamakan segala kepentingan untuk Bani Umayyah (golongannya) melebihi orang lain."

Pada Jumaat, Uthman berkhutbah dan mengangkat tangannya seraya berkata, "Ya, Allah aku beristighfar dan bertaubat kepada-Mu. Aku bertaubat atas perbuatanku." Saidina Ali menjawab, "Mushaf yang dibakar ialah mengandungi perselisihan dan yang ada sekarang ini adalah disepakati bersama kesahannya. Adapun solat penuh (qasar) yang dilakukannya di Makkah adalah kerana dia berkeluarga di Makkah dan dia berniat tinggal di sana.

Oleh kerana itulah solatnya tidak di qasar. Sumber air yang dikhususkan itu adalah untuk ternak sedekah sampai mereka besar, bukan untuk ternak unta dan kambing miliknya sendiri. Umar juga pernah melakukan ini sebelumnya.

Uthman mengangkat pegawai daripada golongan muda kerana orang itu memang sudah sepantas jika dilihat daripada kemampuan dan sifat yang dimilikinya.

Kemudian Ali menyarankan kepada Uthman agar ia berbicara di hadapan rakyat untuk meminta maaf atas perbuatannya dalam mengutamakan kedudukan bagi keluarganya dengan mengemukakan alasan.

Uthman menangis tersedu-sedu sehingga seluruh yang hadir pun ikut menangis. Sesudah itu rakyat sangat bersimpati kepada imam mereka, Uthman berjanji akan memperbaiki kesalahan yang lalu. Setelah itu dia turun dari mimbar dan memimpin solat, lalu dia pun pulang.

Rakyat pulang dengan rasa puas, tetapi peniup api fitnah terus melangsungkan rencana jahatnya. Antara mereka ada yang menyebarkan tulisan dengan tandatangan palsu daripada sahabat terkemuka yang menjelekkan Uthman. Mereka juga menuntut Uthman supaya dibunuh.

Uthman masih tetap mengimamkan solat dan ketika sedang berkhutbah Jumaat, dia dipaksa turun dari atas mimbar. Lalu dia dianiaya sampai beberapa tulangnya patah dan kepalanya retak, maka dia segera diangkat ke rumahnya.

Keadaan semakin parah dan Uthman dikepung di rumahnya lebih dari sebulan. Dia hanya boleh berdiam diri di rumah dan tidak pergi ke masjid.

Pada suatu hari golongan pembangkang dan penderhaka menyerbu rumahnya lalu membunuhnya. Mereka tidak menaruh sedikitpun belas kasihan kepada Uthman.

Uthman memangku jawatan khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Ia meninggalkan seramai 16 orang anak iaitu sembilan lelaki dan tujuh perempuan.


Ibnu Abidunia menyampaikan kisah dari Abdullah bin Salaam "Aku pergi ke rumah Uthman ketika dia sedang dikepung di rumahnya dan aku bertemu dengan dia. Lalu dia berkata "Selamat datang saudaraku, aku bermimpi bertemu dengan Rasulullah Saw di suatu lorong yang sempit ini dan beliau berkata: "Ya Uthman mereka mengepung kamu?"

Aku menjawab, "Ya" Nabi bertanya lagi, "Dan mereka membuat kamu haus?"

Aku menjawab. "Ya."

Kemudian Nabi SAW memberiku baldi berisi air dan aku minum sampai puas dan aku rasakan dinginnya air pada dada dan pundakku, lalu beliau berkata, "Kalau kamu menghendaki, kamu di menangkan dan kalau kamu mengkehendaki berbuka puasa di tempat kami"

Ketika itu Uthman dalam keadaan berpuasa. Uthman berkata, "Aku memilih berbuka puasa di tempat Nabi Saw," . Tepat pada petang hari itu, Uthman dibunuh. Ia dimakamkan di semak-semak bukit sebelah timur perkuburan Albaqii, pada 35 Hijriah (tanggal 17 Dzulhijjah) pada usia 80 atau 82 tahun.

Uthman memangku jawatan khalifah selama 11 tahun 11 bulan dan 14 hari. Ia meninggalkan seramai 16 orang anak iaitu sembilan lelaki dan tujuh perempuan.
-- 
"Manusia yang rugi hidupnya ialah manusia yang dikurniakan akal, tetapi tidak mahu berfikir mengenai kebesaran Allah. Dikurniakan penglihatan, tetapi tidak mahu melihat kebaikan. Dikurniakan pendengaran, tetapi tidak mahu mendengar nasihat dan dikurniakan hati tetapi tidak mahu menghayati kebesaran Allah."

Khamis, 6 Januari 2011

Sabar dan Jangan Bersedih


Allah Subhanahu Wa Taala berfirman: Dan sesungguhnya telah Kami buat dalam Al-Quran ini segala macam perumpamaan untuk manusia. Dan sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu ayat, pastilah orang-orang yang kafir itu akan berkata: Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka. 
Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang tidak (mahu) memahami. 
Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak meyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.
(Surat 30 Ar-Ruum (Bangsa Romawi) Ayat 58-60)


Kandungan Ayat:

- Ayat ini adalah seruan untuk seluruh manusia tanpa pandang agama, suku, ras, warna kulit dan bangsa.
- Ayat ini sama dengan ayat-ayat sebelumnya tentang perumpamaan-perumpamaan yang Allah berikan kepada manusia untuk mendekatkan dan memudahkan dalam memahami sesuatu.
- Orang-orang kafir telah tertutup hatinya sehingga melihat kebenaran sebagai kabathilan dan melihat kebathilan sebagai kebenaran.
- Mereka selalu mengganggu dan menyakiti dengan ucapan buruk dan perbuatan jahat setiap orang yang berusaha untuk mengamalkan ajaran agama.
- Mereka adalah orang-orang yang kebodohannya telah melampaui batas dan jauh dari kebaikan.
- Kita harus bersabar dalam berdakwah apabila menjumpai orang-orang semacam itu, karena mereka selalu ada dan pasti ada. 
- Kita harus meyakini bahwa janji Allah adalah benar dan semua usaha kita tidaklah sia-sia bahkan Allah pasti membalasinya dengan sempurna.
- Apabila kita meyakini ini maka semua rintangan yang menghadang kita di medan dakwah adalah ringan dan menjadi mudahlah semua kesulitan.
- Janganlah orang-orang yang lemah iman dan keyakinannya itu menjadikan kita gelisah, karena apabila kita gelisah dan terpengaruh olehnya maka hal ini akan melemahkan semangat kita dan menimbulkan kegoncangan dalam jiwa yang mengakibatkan kita putus asa dan meninggalkan medan dakwah.
- Apabila terjadi demikian mereka semakin senang dan bertambah mengolok-olok kita karena dianggapnya kita tidak istiqomah dan tidak mempunyai prinsip dan inilah sebenarnya yang mereka cari.
- Orang mukmin yang berkeyakinan kuat dan berakal cerdas adalah mudah bagi mereka untuk selalu bersabar.
- Orang yang lemah iman dan keyakinannya adalah sulit bagi mereka itu untuk bersabar.

Sabtu, 11 Disember 2010

Coretan cuti sekolah

Assalamualaikum..
lamanya rasa x berceloteh dalam blog ni..
tp keboringan malam ni i'm gonna trying to write  a little bit what i have done 4 this holiday with my friends

05-12-2010 (Ahad)
-lebih kurang kul 10.00 aku ngan kawan aku naim bertolak ke Butterworth utk makan angin..
 perancangannya nk makan angin ni lebih kurang 3 hari 2 mlm ja la nk pusing2 penang
-kami sampai kat Butterworth lebih kurang kul 4.13 am and sampai kat umah Faris lbh kurang kul 4.30 am
-lebih kurang kul 08.00 kami ke destinasi pertama iaitu MRSM KP ambil sijil SPM..
-sebab xde matlamat tempat nk pergi ag..kami pun pergi lah window shopping kat QueensBay Mall..
 ni lah tempatnya..
                        
-lbh kurang sejam pusing2 dlm tu..teringat la plak nk p lunch kat McD..untung la jgk tgh hari tu..blh minum air bnyk ckit kat ctu,,.blh refill la katakan..
-bila kenyang da semua,,kami pun ke Air Terjun Taman Botani, Penang...main2 ngan monyet kejap kat ctu..pastu g tmpt lain plak sbb hujan da turun..
-lps tu p Burney Mall...kat cni kami x p window shopping..tp teman sorang kwn kami tu nk p toilet..tp bila msk toilet tu dia kata xjadi nk melepas hajatnya sbb apa korang nk tau?sbb toilet tu xde wayar...hu2..negara da maju la katakan..langkah penjimatan air..'Satu Malaysia'
-next p kat jetty sbb nk jimatkan minyak kereta..maka naiklah kitorang ferry tuu...sesi bergambar kenagan pun bermulaaaaa laaaa...




-hari pertama ni sampai di sini ja dulu sbb letih sangat badan..p blk umah rehat2

06-12-2010 (Selasa)
-10.00 am ..hari ni lewat ckit kami p jln sbb dari pagi lagi hujan turun suh kami rehat kat umah dulu sambil main PES 2011..
-lepas zohor tu kami mkn lu..lps tu kuar lah dari rumah tu utk merayap sekitar pulau pinang ni..
-1st aku ngan naim dpt kwn baru hari ni iaitu Syukri n Afif..masing2 dr IPG Penang n IPG Perlis ..hari ni kami berlima ke Pantai Merdeka dulu..tgk2 permandangan kat sana,,rasa rugi plak x bawa baju mandi sbb pantai kat ctu x dalam sbb kedudukan dia tu kat teluk..so ambak kurang lah..
-kemudian kami di bawa ke pekan Kuala Muda..nk tgk rmh2 yg kena Tsunami baru2 ni..nampaknya rmh yg musnah tu x dirobohkan sbb kerajaan Kedah jadikan bukti sejarah kpd negeri Kedah..siam buat paar lagi mcm nii..



    Ni adalah sebahagian bot2 yg rosak yg dijadikan tanda mercu pekan Kualan Muda yg ditimpa Tsunami

-mlm ni kami pergi mkn nasi Kandaq kat satu kedai yg famous kat Penang ni..dpn Perangin Mall
-lps tu blk umah lahh

07-12-2010 (Rabu)
-ini adalah tujuan asal si bdk naim ajak aku ke Penang iaitu utk ke Bukit Merah Lake Town Resort..
-lbh kurang kul 08.00 am Faris p amik Gurun yg baru tiba d stesen bas..aku plak main PES 2011 ngan adik Faris lu (Taufiq)
-lbh kurang kul 08.30 kami pun bergera utk ke destinasi tuu..first tu p amik lu Afif wat teman utk cukupkan kereta seramai 5 org..
-sampai kat sana p beli tiket lu RM27 sorang
-bila masuk dlm tu..beginilah sedikit aksinya...
                                                  
                                                                   View Pintu masuk



      


















Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari