Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Khamis, 14 Mac 2013

KOT 13 IPG KDRI

Bismillah..

Salam pembuka bicara..
pejam celik dah tinggal seminggu je lagi kami pelajar PISMP sem 5 akan meneruskan sesi kuliah..
lepas ni dah kena p praktikum..Mampukah aku menggalas tugas sebagai guru pelatih selama 20 hari di SK Batu 48 nanti? Ya Allah permudahkanlah urusanku..

Hari Rabu dan Khamis semalam maktab ade anjurkan Kejohanan Olahraga Tahunan 2013. Jadi, kami pelajaran PISMP sem 5 menjadi pegawai kejohanan meliputih pegawai teknikal, pegawai kejohanan, hakim, referee dan lain2 lagi..

Pengalaman pertama mengurus kejohanan dlm bidang pegawai kejohanan amat menyeronokkan..lagi2 laa kena urus murid-murid SK IPG plak yg comey2...ai bila la nk dpt ank sendiri plak ni..huu
Jauh lagi semua tu..Semoga Allah terbitkan rasa cinta dihati ini pada serikandi yang sudi menerima cintaku...wahhh ..."Semoga dengannya imanku semakin bertambah" :)


Acara Murid-Murid Tahun 1_Rebut Coklat





Perlawanan Jemputan 4 kali 400 meter

Peserta yang kepanasan

Merah,Biru,Kuning,Hijau


Kejohan Olahraga Tahunan
2013   

meninggalakan kenangan pahit dan manis 
ini mungkin kejohanan terakhir yang mampu disertai oleh kami PISMP SEM 5
tahun depan mungkin dah praktikum

Kenangan Kejayaan Sepanjang KOT13 dan Merentas Desa IPG KDRI 13

28 minutes for 7.5km

catatan 1 minit 8 saat...huu..jauhnya ngan zaman sekolah dulu

zaman kegemilangan sukan sudah kian hilang
cukuplah ini sekadar yang mampu
:)

Good Luck Adik2
Teruskan kegemilangan sukan di IPG KDRI
Jangan lupa
 ayuh bersama kita menutup Aurat ketika bersukan








Ahad, 3 Mac 2013

Buat Temanku




Teman ,
Andai percintaan itu indah ,
Indah lagi persahabatan kau dan aku ,
Andai bintang menyinar kerana cahayanya ,
Persahabatan kita menyinar kerana utuhnya ukhuwah ,
Andai bunga itu indah kerana harumannya ,
Hubungan kau dan aku indah kerana jalinannya ,

Andai awan bisa melakar ,
pasti tercoret kisah kau dan aku ,
kerana kisah kita tiada akhirnya .
Andai Muhammad sebuah kisah kesempurnaan ,
Andai Laila Majnun sebuah kisah percintaan ,
Andai Umar sebuah kisah pemerintahan ,
Maka kau dan aku ,
Sebuah kisah persahabatan .

Teman ,
Andai persahabatan ini terurai ,
Takkan mampu aku harungi ,
Semua dugaan yang mendatang ,
Takkan mampu aku berdiri ,
Seteguh ini !

Biarlah persahabatan kita ,
Tetap utuh walau badai melanda ,
Biarlah persahabatan kita jua ,
Tersergah di mata dunia ,
yang penuh warna warni .

Perjuangkanlah persahabatan kita ,
Yang telah lama terjalin ,
Biarlah antara kita ,
Umpama ombak dengan pantai ,
Yang sering berhempasan ,
Tetapi sentiasa bersama .

Indahnya persahabatan kita ,
Tidak terucap dengan kata - kata ,
Hanya kita yang tahu ,
Andai aku bisa laungkan ,
Ingin aku menggegarkan dunia ,
Tentang persahabatan kita berdua .

Andai ini adalah persahabatan ,
Akan aku menjadikan persahabatan ini ,
Seperti cinta Romeo dan Juliet ,
Jika aku , kau lukai ,
Akan ku kesepian selamanya .

Teman ,
Andai aku sahabat sejatimu ,
Janganlah kau berpaling dariku..
Sesungguhnya aku sangat memerlukan sahabat
SEPERTIMU..

Jumaat, 15 Februari 2013

Cermin Kehidupan Cuti Sekolah



Lama rasanya tak update blog..jadi dengan kelapangan waktu ni diri rasa tertarik nak luangkan masa berceloteh kat sini. Jadi seminggu cuti Hari Raya Cina dah menghampiri penghujungnya..Tengah hari nanti dah kena merempit ke Terengganu.. 2.30 dulu bagaikan igauan di atas motor, skrg bagaikan mainan..Mainan yang memerlukan kesabaran dan penelitian..




Jadi cuti sekolah seminggu ni cepat sangat berlalu kerana aktiviti penuh setiap hari, tambah lagi kawan2 yg bljr di Universiti pun cuti jgk skrg..

Masa awal cuti hari tu, Alhamdulillah sempat p kenduri ex-claamate yg dah selamat mendirikan rumah tangga.

 TAHNIAH 
NAZARUDDIN dan ISTERI

semoga ikatan berkekalan hingga ke akhir hayat


awat mulut aku jadi gtu..huu

antara kawan2 yg sempat bersama





Masa bergambar ngan pengantin,  tadah telinga je lah kite jadi modal diorang sbb xde sape2 lagi di hati..huuu
 #Dalam diam hatiku mampu berbicara # takpe lah, aku ade Allah :)

InsyaAllah kawan2 
"Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tidak mengetahui"

Aku bukan mencari seorang wanita hanya cantik rupawan,
Aku mahu mencari bakal ibu kepada anakku yg bermodal insan,
Bukan hanya mempelajari agama untuk kebanggaan,
Tapi mampu mengamalkannya dalam kehidupan,



Keeseokan harinya

Kawan masa kecik2 plak ajak teman g makan angin di Tasik Kenyir
Walaupun dah beberapa kali menjejak kaki ke sana, tapi pergi je lah teman kawan2
Tapi yang kurang seronoknya hari tu hujan x henti2
Disebabkan dah sampai, teruskan lah jgk program




Air Terjun Saok


mandi manda






Pepatah Arab

"Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat.
Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat."




Coretan
MFBI14




Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari