Assalamualaikum..Nama saya Fathuddin. Seorang guru di SK Taman Bukit Indah. Sekian lama menyepi daripada membuat penulisan dalam page ni kerana kesibukan kerja dan menguruskan rumah tangga.
Alhamdulillah 2 tahun bekerja. Apa yang saya telah perolehi lebih daripada mencukupi. Sebelum mula bekerja sehingga sekarang hidup saya sentiasa diberi motivasi oleh ibu bapa saya yang sangat memperjuangkan pelaburan dalam hartanah dan ASB.
Kalau dulu saya selalu share dlm pg ni tentang aktiviti yang saya lakukan bersama anak murid. Tapi mulai hari ini, saya akan share kepada anda pengunjung fath2din.blogspot mengenai BAGAIMANA CARA MENGGANDAKAN WANG SIMPANAN MELALUI ASB.
Saya rasa rugi jika ilmu yang saya perolehi hasil daripada kursus dan seminar berkaitan hartanah dan ASB yang telah saya hadiri tidak dikongsikan bersama anda semua.
Nantikan entry saya selepas ini. Saya akan share satu persatu ilmu yang saya telah perolehi daripada seminar hartanah dan ASB Genius.
Selasa, 29 November 2016
Rabu, 19 Ogos 2015
VLE Frog
Assalamualaikum..
Sekian lama menyepi kerana sibuk dengan urusan kerja dan maslahat keluarga..Alhamdulillah 2 minggu lepas Ckg Din telah dikurniakan cahaya mata sulung. Semoga Putera kesayangan Muhammad Aniq Fahmi menjadi penguat ikatan kasih sayang kami sekeluarga ^_^
Fokus kepada isi kandungan kali ini..Ckg melaksanakan kelas mengunakan VLE Frog. Walaupun ramai rungutan daripada guru kesukaran menggunakan aplikasi ini, Alhamdulillah Ckg dapat laksanakan dengan baik walaupun terdapat sebilangan murid yang tidak dapat access ke laman sesawang kerana kelembapan internet. Hakikat sekolah bandar atau kampung sama sahaja, apabila sesuati aplikasi atau laman web dimasuki dengan ramai pada waktu yang sama pastinya laman tersebut akan menghadapi gangguan. So, tugas kita sebagai guru hanya laksanakan dan murid yang x dpt access suruh lah mereka share dengan rakan2 mereka.. ;)
Pembelajaran menggunakan ICT sangat menerujakan murid dan mereka dilihat sangat bersemangat dan berminat. Walaupun dilaksanakan pada hari terakhir setiap minggu, pada hari2 sebelumnya mereka telah bersemangat dan mengikut segala arahan guru..hee
Lihatlah wajah2 ceria anak murid tersayang..
3 NILAM
3 ZAMRUD
Jumaat, 15 Mei 2015
Selamat Hari Guru 2015
Guru
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Tema hari guru tahun ini mempunyai maksud yang
mendalam dan bermakna. Ilmu dan akhlak menjadi tunjang utama dalam membentuk
anak bangsa yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah. Alhamdulillah tahun
ini merupakan sambutan hari guru pertama setelah memegang jawatan sebagai
pengawai pendidikan secara rasmi 29 Januari 2015 lepas.
Dunia pendidikan masa kini sangat mencabar. Apa
yang perlu adalah ikhlaskan niat bekerja untuk menyumbangkan ilmu dan mencari
rezki halal untuk keluarga tersayang. Saya bangga menjadi guru. Murid degil itu
mmg sikap mereka, saya hanya menegur sekadar yang mampu, selebihnya terserah
pada ibu bapa mereka dan pihak pentakbir. Sedih dengan peraturan pendidikan
sekarang kerana tiada lagi istilah hukuman, denda, memalukan murid, tengking
murid dan seangkatan dengannya. Sekarang saya tak denda murid, tapi record “black
and white” kesalahan tingkah laku untuk bekalan seandainya ada ibu bapa datang
ke sekolah. Beginilah gaya mengajar di bandar. So far saya gembira bertugas di
SK Taman Bukit Indah..Suasana sekolah mendamaikan di puncak bukit, guru-guru
yang hebat dan murid-murid yang krik2 haa..
Selamat Hari Guru 2015
Akhir
kata. Tugas dan Tanggungjawab sebagi
guru berat, jika dianggap berat. Mudah, jika mengambil mudah. Mulia, jika
dilaksana dengan sepenuh jiwa raga dan Lillahita'ala.
Gambar Kenangan Mendaki Bukit Indah
Dalam bilik darjah
Kem Kepimpinan Pengawas
Minggu keusahawanan
| ibu-ibu macam budak sekolah |
Setiap hari, aku lontarkan senyuman agar semua bisa berbicara tenang denganku. Usah dibawa masalah dalam pekerjaan. Letakkan masalah sebagai ujian dan usaha mengembirakan hati. Alhamdulillah mempunyai isteri, keluarga dan rakan2 yang sentiasa memberi sokongan.
Rabu, 6 Mei 2015
Shake n Take
Ada permainan baru di sini heee..
Mudah mengisar minuman shake dan protein sebelum bergerak ke mana-mana! Mengisar dan meminum minuman dari botol yang sama.
Bagi penggemar minuman shake, alat ini amat sesuai untuk anda. Ianya amat mudah digunakan dan amat berbaloi.
Spesifikasi:
Bahan: ABS+PC
Dimensi Kotak: 25 x 24 x 14 cm
Botol: 2 botol minuman blender
Kuasa: On / Off
Kuasa Voltan: 180 W
Kapasiti minuman: 500ml per botol
Ciri-ciri:
· Mengisar dan minum dari botol yang sama
· Straw dia atas boleh dilipat
· Mengisar ais dengan mudah;
· Motor dapat menukar ais, buah-buahan dan menjadi smoothie dalam hanya beberapa saat
· Menjimatkan masa, penyelesaian sarapan yang pantas;
· Membantu pengambilan buah-buahan setiap hari dan pengambilan sayur-sayuran dengan ramuan yang sihat
Shake n Take Sports Bottle Blender
Bagi penggemar minuman shake, alat ini amat sesuai untuk anda. Ianya amat mudah digunakan dan amat berbaloi.
Spesifikasi:
Bahan: ABS+PC
Dimensi Kotak: 25 x 24 x 14 cm
Botol: 2 botol minuman blender
Kuasa: On / Off
Kuasa Voltan: 180 W
Kapasiti minuman: 500ml per botol
Ciri-ciri:
· Mengisar dan minum dari botol yang sama
· Straw dia atas boleh dilipat
· Mengisar ais dengan mudah;
· Motor dapat menukar ais, buah-buahan dan menjadi smoothie dalam hanya beberapa saat
· Menjimatkan masa, penyelesaian sarapan yang pantas;
· Membantu pengambilan buah-buahan setiap hari dan pengambilan sayur-sayuran dengan ramuan yang sihat
Rabu, 29 April 2015
merenung ke luar Jendela ^_^
Assalamualaikum..
Kebingitan suara kenderaan kuat melaung dalam
kesesakan jalan,
Pulang membawa
rezki setelah bekerja seharian,
Lagi indah rezki dicana penuh dengan keberkatan,
Sebagai makanan untuk keluarga tersayang.
Dua cahaya kembar jelas terpampang dari jendela kamarku,
Cahaya indah mercu tanda ibu kota negaraku,
Malam ini genapnya 3 bulan perjalanan kerjayaku,
Mencurah bakti tanpa mengirah lelah dan jemu ^_^ ..
Dah habis
feeling.. ^_^ .. santai lah plak hee
Lamanya tak
menconteng wall sendiri..dah bape bulan la agaknya..bersarang dh lebah2 kat
chat msg haa..Minta murid2 kesanyang sebab cikgu sibuk sangat sampai tak sempat
nak melayan kamu..cikgu sorang dan kamu pulak ramai. Letih la kalau cikgu nak
balas msg sorang huu.. Cikgu miss u all too ^_^
Perbezaan status
kehidupan..Alhamdulillah hari ni dah 7 bulan kahwin secara kasarnya..Love u soo
much my beloved wife kerana menerima abg seadanya..hee..Sepanjang tempoh
perkahwinan ini banyak suka duka kita dah lalui bersama..Keep on smiling and
face all abstacle infront.
Syukur sgt
Allah memberi rezki kahwin muda..Kahwin pun ikut cara islam serba
sederhana..jimat ^_^ ..kalau nak kahwin sekarang 50k jgk la rasanya kena buat
pinjaman huu..Tapi yakinlah wahai sahabat sekalian, kahwin membuka banyak pintu
rezeki..Segeralah berkahwin seandainya berkemampuan dan menerima lamaran orang
yang tidak diragui keimanannya..settle dh tu pasal kahwin J ..xlarat nk story huu..
Selamat bercuti semua guru2 n murid2 ^_^
Semoga
selamat sampai ke destinasi masing2.
Khamis, 28 Ogos 2014
CINTA
CINTA itu adalah perasaan yang
mesti ada pada tiap-tiap diri manusia. Ia laksana setitis embun yang turun dari
langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika
ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan,
kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tatapi,
jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesucian cinta,
keihklasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.
Jangan kerana CINTA, kita gugur dari
perjuangan, dan jangan kerana CINTA juga, prinsip menjadi larut dan cair. CINTA
tidak semestinya akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak
semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada perCINTAan. Kesetiaan akan
mengikat cinta, kecurangan akan meranapkan segala kemanisan CINTA. Sesebuah
perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus bersama.
Last entry b4
Seminar Penyelidikan Tindakan 2014
IPG Kampus Dato’
Razali Ismail
Kali ni ayat2 cinta
gtu ^_^
Dalam
menghuraikan cinta,
lidahku bisu
mengucapkan kata,
Biarlah hati yang
menerangkan apa itu cinta.
Andai Cinta
terbit dalam diri,
Lagi indah jatuh
pada yang membuka hati.
Ku temu walimu
sebagai bukti,
Cintaku bukan
mainan lelaki.
Akad ku nanti
seperti dijanji,
Memegang amanah
menjadi suami ^_^ .
Berdoalah wahai
puteri,
Agar perancangan
direstui Ilahi.
Jumaat, 15 Ogos 2014
Selamat Tinggal SKGB
Assalamualaikum..
Hari-demi hari langkahku
melangkah membina jati diri..entry kali ni mungkin adalah entry terakhir khas
utk Warga SK Gong Badak, Kuala Terengganu.. 3 bulan praktikum dan sebulan
internship telah memberi banyak pengalaman dan ilmu berharga di sini..Walaupun
setiap hari sibuk dengan esemen n persiapan penulisan kajian tindakan dan
persediaan pembentangan n urusan2 peribadi lain..tapi mlm ni ruangkan jgk
sedikit masa berceloteh disini..
Pertama
sekali, terima kasih kepada semua guru-guru dan staf sokongan SK Gong Badak
yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang sy menjalankan praktikum dan
internship di SKGB Sekolah Kluster Kecemerlangan ;) ..
Seterunya..terima
kasih semua anak murid tersayang.. Love u All Soo Much..Setiap hari teringat
terutama kepada kelas cikgu 3AD, 3IS & 4IS..Maaf salah silap cikgu kalau
ada marah kat sesiapa tu..marah itu tanda syg ;) ..Jangan lupa tegur cikgu bila
jumpa kat mana2..
Antara
gambar2 kenangan kita..
Bersama GB, Puan Ramlah Bt Mohd Nor
![]() |
| Mural lorong kerjaya |
![]() |
| Sifir tangga |
![]() |
| English Corner |
![]() |
| tlg pegang je |
![]() |
| sama plak baju hari last internship :D |
Hari Raya SKGB 2014 ^_^
| boys |
| All |
| 4 IS |
| 3 IR |
| 3 IS |
| Bulan ni peluk murid comei ni..bulan depan peluk org lain plak ^_^ |
![]() |
| kerumung cikgu :D |
![]() |
| Tempat Jamuan Guru |
![]() |
| With 4 IS |
% Anak Murid Yang Disayangi %
Belajar rajin-rajin biar jadi orang berjaya..
Ingat ajaran guru selalu..
Hormati ibu bapa..
Jangan tinggal solat..
Semoga bertemu lagi
Assalamualaikum
Mfbi 14
16 Ogos 2014
03.20 a.m
Selasa, 15 Julai 2014
Blogging With 3 Ibnu Sina again..
Kumpulan lelaki
tgk tu siapa yang paling fokus tgk laptop..Ariana Rose
Seorang murid baru dctu..kali ni Adriana plak :)
Ahad, 8 Jun 2014
Biar Gambar Berbicara..tulisan ckit2 jer..hee
Alhamdulillah syukur masih dipanjangkan umur..
Cuti kali ni jadual penuh dengan pergi kenduri kahwin..Tengok orang je lah dulu..Diri sendiri tak tahu lagi bila :) .. Semoga berkat mengunjungi walimat kawan2 akan memberi keberkatan utk saya plak.. Ni antara gambar yg sempat dirakam..yg lain x sempat ..huu
Cuti kali ni jadual penuh dengan pergi kenduri kahwin..Tengok orang je lah dulu..Diri sendiri tak tahu lagi bila :) .. Semoga berkat mengunjungi walimat kawan2 akan memberi keberkatan utk saya plak.. Ni antara gambar yg sempat dirakam..yg lain x sempat ..huu
![]() |
| Tahniah Mohamad dan Faiz ;) |
Sekian dulu untuk kali ini..Tahniah kepada semua kawan2 yang sudah membina rumah tangga..Semoga kekal bahagia dunia akhirat.
Amin
Sabtu, 10 Mei 2014
Home Sweet Home & Study Week 2014
Assalamualaikum
Alhamdulillah
hari ni masih lagi mampu bernafas dan diberikan kasihatan oleh Allah swt. Aku
bersyukur padaMu Ya Allah kerana masih memeliharaku dalam iman.
Peperiksaan
Akhir Semester 7
Bercerita
tentang peperiksaan akhir Semester 7 yang akan bermula pada minggu hadapan.
Jadi, study week kali ni saya banyakkan berada di rumah tercinta. Selain dapat
menenangkan diri sbb dpt tgk muka parent setiap hari, kebajikan diri kat umah
pun lebih terjaga sbb makanan bnyk kat dapur utk santapan jasmani, surau pun
dekat ngan umah utk santapan rohani J .. Two
papers only for this semester on next Monday and Wednesday. Semoga Allah memudahkan
segala urusan dan persiapan dan sewaktu menjawab nanti. Doakan agar segala ilmu
yang dipelajari dapat digunakan sewaktu menjawab peperiksaan dan mampu
dipraktikkan dalam kehidupan harian. Saya doakan juga kejayaan kepada semua
rakan-rakan seperjuangan dan anak murid tercinta yang pernah mengenali cikgu
agar berjaya di dunia dan akhirat dalam segenap bidang yang diceburi.
Aminn..
Cerita
di rumah
Balik
umah baru ni terus cter kat abah n umi tentang tempat posting dah boleh diisi.
Saat nak mengisi ni fikiran jadi Blurr sbb xtau nk pilih negeri mana..Silap
pilih nanti x pasal dibuang ke Sabah n Sarawak..huu menangis x berlagu laa..
Sambil2
tunjuk sistem penempatan online tu saya bagi tau la parent tentang sistem kali
ini adalah mesra keluarga. Bagi yang dah berkeluarga mereka lebih diutamakan
utk mendapat tempat posting bersama dalam negeri dan daerah yang sama. Bagi
yang bujang, perlu kembara dahulu mencari pengalaman ke segenap negeri..heee ..This
story stop here when a son n his beloved father discussed more serius on that
topics..hee
Kata2 nasihat
Pakcik on the next day J
Kita
nak berkahwin ini perlu niatkan nak ikut sunnah Nabi saw. Sebabnya kalau salah
niat, perkahwinan kita itu akan jadi sia-sia. Kalau niatnya betul, perkahwinan
kita itu penuh dengan barakah.. Dalam perkahwinan itu, setiap pasangan pasti
mahukan zuriat. Dapat atau tidak itu soal kedua kerana itu rezeki daripada
Allah, yang penting ada kemahuan dan usaha. Rasulullah saw turut menggalakkan
perkahwinan supaya ummatnya berkembang.. Tapi, Rasulullah tidak mahu melihat ummatnya
berkembang ramai seperti buih-buih di lautan. Buih-buih ini mudah hanyut dan
berpecah bila ombak menghempas pantai. Tapi Rasulullah mahu ummatnya ramai dan
penuh dengan kalimah iman dan ilmu didada. Untuk itu, bakal ibu dan bapa ni
perlu persiapkan diri dari sekarang lagi supaya ada ilmu untuk membentuk
keluarga sakinah ini.
Dalam
mendirikan rumah tangga, kita bukan hanya berkahwin dan membina hubungan antara
isteri/suami semata-mata. Hakikatnya, perkahwinan antara pasangan ini turut
untuk membina silaturahim antara keluarga dan masyarakat. Sebab itu, memilih
bakal pasangan ini perlu penelitian yang baik. Dasar cinta semata-mata antara
dua hati tidak mampu membina keluarga bahagia. Ia perlu menyeluruh..
Ramai
orang kata, perkahwinan suami isteri yang berbeza minat ini akan saling melengkapi.
Betul orang kata tu..Hakikat sebenarnya, kalau ada perbezaan minat dan
keinginan antara pasangan itu, ia tidak boleh terlalu jauh berbeza. Nanti akan
wujud persaingan antara mereka, kata Pakcik..huu.. Contohnya, seandainya suami
minat kepada agama, tetapi isteri tidak.. Jadi, untuk membina suasana agama dalam
keluarga itu akan menjadi sedikit sukar..Kata orang yang berpengalaman..saya
hanya mendengar dan senyum. Huu..
Seterusnya,
untuk memilih bakal isteri ini, kita perlu pilih bakal isteri yang mampu patuh
kata2 suami dan menjaga maruah di saat ketiadaan suami. Nak pilih isteri ni
biar kamu rasa yakin yang dia ini seorang yang boleh dengar dan patuh arahan
suami. Jangan pilih sembarangan takut nanti akan timbul masalah seperti orang
kata Queen control. Tapi nasihat plak kepada bakal suami, kalau dah dapat isteri
nanti, mentang2 la suami ni ada kuasa janganlah plak menjadikan isteri ini
sebagai hamba. Dalam memimpin keluarga, suami perlu ada prinsip. Ketegasan dan kelembutan
itu perlu ada supaya toleransi antara pasangan itu wujud..Suami perlu berani
tegur kesalahan isteri dan anak2 dengan cara berhemah supaya tidak menyinggung
perasaan..
Dalam
syarat memilih isteri, kita dah tahu ada 4 kriteria yang telah ditetapkan iaitu
rupa paras, harta, keturunan dan agama. Seandainya agama itu menjadi pilihan,
insyaAllah keluarga bahagia dan diberkati dapat dibina. Kelebihan lain yang
dimiliki itu adalah sebagai nilai tambah. Setiap orang mahukan pasangan yang
sempurna. Tapi tidak semua mendapat apa yang diingini. Kalau nak tunggu calon
pasangan itu sempurna 100% memang tak menikah ler jawabnya. Cuba kita buat
check list atau senarai semak tentang kriteria pasangan yang menjadi pilihan hati.
Seandainya seseorang yang kita minati itu sudah 70% menepati kriteria yang ditetapkan,
itu sudah dikira sesuai sebenarnya. Selebihnya itu berserah kepada Allah.
Selama
satu jam perkongsian idea dan nasihat. Banyak sangat ilmu yang saya perolehi ..
Untuk tulis semuanya di sini memang penuh laa.. Sampai di sini sahaja perkongsian
kali ini.. Selepas dgr nasihat panjang lebar ni..mai berfikir sorang2..huu
Adakah saya bersedia menjadi ketua keluarga seandainya
jodoh datang secara tiba2? lalala ... Seandainya jodoh dan takdir itu datang dan mampu
memberi kebaikan kepada diri saya, bakal isteri, keluarga dan masyarakat..Saya
terima dengan hati terbuka.. Kita memang merancang, tapi yang menentukan itu adalah
Allah swt.. Sekadar perkongsian cerita pakcik..
Study dulu.. Good Luck Everyone
Cuti nanti boleh bergembira..
1 Semester lagi berbaki..hee
Maaf jika ada salah silap dalam penulisan ini..Mohon teguran bermanafaat dan berhemah di ruang komen ini..
Assalamualaikum
Langgan:
Catatan (Atom)
Well done
Satu hati satu matlamat






















