Senarai Blog Saya

welcome

"Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.".

assalamualaikum

Photobucket

menu

Home About me Picture Video Facebook

Selasa, 25 Oktober 2011

RM 50 ??????



Kenaikan harga tiket RM50 untuk semua tempat duduk memang tindakan yang agak keterlaluan oleh Jawatan Kuasa Tiket FAM bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 ini. Walaupun saya bukan penyokong N9 dan Terengganu, tapi turut bersimpati dengan tindakan FAM yang mengambil kesempatan terhadap semangat kesukanan oleh penyokong kedua-dua pasukan.

Walaupun ada sesetengah penyokong yang mengeluarkan usul untuk memboikot perlawanan kali ini, tp saya yakin masih ramai yang tetap menelan pahit dengan membeli tiket dengan harga RM50 kerana semangat cinta dan sayang kepada pasukan masing2. Disini menunjukkan FAM lebih bijak dalam mengatur strategi untuk mengambil kesempatan terhadap penyokong. 

Perkara yang perlu dilakukan oleh penyokong ialah kerjasama. Satu kerjasama oleh semua penyokong untuk memboikot perlawanan tersebut sahaja cara paling ideal untuk menyedarkan FAM bahawa kuasa mereka sebenarnya berada di tangan rakyat.. Tapi, jika penyokong kedua-dua pasukan tidak bersatu saya percaya tiket Final tahun hadapan akan naik lagi mungkin dengan alasan kenaikan taraf bola sepak negara, kenaikan kos seliaan stadium, dan macam-macam alasan lagi.

Daripada situasi ini kita boleh lihat siapa yang bijak mereka berkuasa. Oleh kerana barisan pemimpin FAM lebih bijak maka mereka dapat menguasai rakyat(penyokong), jika rakyat lebih bijak maka rakyat boleh menjadi aset penting untuk memacu hala tuju bola sepak tanah air..Ayuh Bangkit..
 

1 ulasan:

Sheikh Sulaiman berkata...

RM50 mmg lah x patut...nak2 kat budak sekolah.. budak sekolah dh boleh beli 2 buah buku rujukan..kalo makanan pulak dah boleh beli kek secret recipe satu slice.. tp mmg itu lah org panggil strategi utk kaut duit..sbb kerajaan sasar nk bg duit tu kat golongan miskin so apa saja akan dinaikkan..termasuklah saman menyaman yg byk terjadi ketika ini dimana2 sahaja.. perkara ini adalah lumrah

Well done

Well done
Satu hati satu matlamat

Cari Blog Ini

Kata Jejari