Assalamualaikum..
cikgu tak tahu nak tulis apa kat adik2 yang nak memulakan sesi persekolah 2014 esok hari.
Jadi, cikgu postkan gambar ni je lah..
Isnin, 30 Disember 2013
Khamis, 26 Disember 2013
Itik Maskobi
Tatkala
negara semakin rancak membangun. Penggunaan teknologi semakin berkembang. Tenaga
kerja manusia sudah diringankan dengan bantuan robotik dan sistem elektronik. Walaupun
begitu, kadang-kadang tenaga kerja manusia diperlukan juga bila keadaan
memaksa.
Amboi
intronyee..mcm ni lah mengarut pada waktu mlm bila kebosangan melanda. Nak
tengok movie, xsiap download lg. FB pun dah habis menjelajah, nk chat pun xtau
ngan sape, last2 close je lah. So, mlm ni chating kat sini je lah sorang2 +
dgr2 lagu kegemaran. Nasib baik laa ada Blog ni boleh sharing2 utk kepuasan
diri sendiri. Agar pengalamanku tidak berkarat dimamah usia.
Kali
ni nak share ckit kisah Pisau dengan Itik (Maskobi).
Itik
maskobi ni warnanya putih dan cantik sangat masa zaman baby n remajanya. Tapi
bila umurnya semakin dimamah usia. Segala yang putih kembali pudar dan yang
tegang kembali kendur.. Samalah mcm kita.. Masa kecik2 dulu mesti comel2 semua
kan. Ayah saya kata saya pun comel jugak masa kecik2 dulu, tapi bila besar ni dah kurang comel
kayanya..huu..ye ke mcm tu eh... Biasalah kan semua yang kita ada di dunia ni
adalah milik Allah swt yang dipinjamkan kepada kita. Itu namanya nikmat. Semoga kita bersyukur
kerna bila tiba masanya segala apa yang dipinjamkan akan kembali kepada pemilikNya.
Apa yang perlu kita buat ketika hayat didunia ini adalah mencari ilmu dan
pertingkatkan amal sebagai bekalan di Akhirat kelak. Tazkirah kejap J
Sebanarnya
nak cter apa bezanya kita dengan itik? Kita manusia yang dianugrahkan dengan
akal dikiran utk bertakwa kepada Allah swt. Itik pula binatang yg ada otak tapi
xde akal utk berfikir. Ye xleh berfikir pun nak buang najis kat mana. Kat atas
tangga umah kita pun ye blh buang sambil senyum2 lagi. Tapi kita sbg org yang
dikurniakan akal fikiran, HARAM
bagi kita mengeluarkan perkataan sumpah laknat kepadanya walaupun ia seekor binatang. Apatah lagi sumpah laknat
dikeluarkan kepada manusia seperti “Celaka”, “Shit” dan sebagainya. Cukuplah
sekadar kita menghalaunya pergi. UAI
kata dlm ceramahnya smlm..
Alamak
ape lah susah sangat nk masuk intro Pisau dengan itik ni..nak cter itik kuar
ceramah plak..huu
Itik
dengan Pisau
Zaman
skrg ni kan jarang sangat kita makan ayam ke, itik ke yang dipelihara sendiri,
sembelih sendiri dan dimasakkan sendiri. J .. Biasanya kita p beli
kat pasar ataupun supermarket yg dah siap sembelih dan dibuangkan bulunya. Saya
pun selalu mcm kamu juga. Mana lah ada masa nak buat tu semua kan. Jangan kata
nak sembelih sendiri, nak pelihara binatang tu pun xde tempat kan bg org yg
tinggal kat bandar.hee
Jadi,
hari ni sy nk tunjuk cara nk menguruskan itik maskobi daripada mula sampai akhir dengan pisau sahaja tanpa menggunakan
mesin J . Mainan hari ni..heeee
Langkah
1 : Sembelih
dan Rendam itik yang dah mati dalam air panas yang menggelegak supaya kulitnya
jadi mengembang. Jadi, senang laa kita nak cabut bulunyee.
Cabut bulu |
peneman_Black |
Langkah
2 : Salarkan/Bakar
ckit itik ni atas api supaya bulu2 halus yang masih ada pada badan itik ni
hangus. Bila siap bakar, ye jadi licin dan cantik mcm kat bwh ni..heee
Langkah
3: Potong
kepala itik ni dulu. Pastu potong atas belakang sbb kat situ ada tulang lembut.
Seterunya patahkan tulang belakang tu dan buang perhiasan dalamannya elok2. Jangan
sampai pecah hempedu dalam badannye masa operation tu sudah laa..
potong n patahkan tulang belakang yee |
potong dua |
Langkah
4 : Potong
lah itik ni kecil2 supaya senang nak simpan n masak.
siap sudah :) |
Langkah
5 : Basuh sampai
cuci dan buang kotoran. Pastu ikut suka hati korang laa nk buat apa ngan daging
tu. Nak bakar ke, simpan dlm peti ais kee..umi sy nk buat Masak gulai
kutub..waahhh..yummyyy2 ..Bestnya duk kat umah..
Agak
pompuan zaman skrg pandai ke tak ye nak uruskan benda ni ?heee..
Cukup
lah pengisian utk hari ni. Nantikan banyak plak yang mengarut. Bantal pun sudah
memanggil utk tdr walaupun diri masih x mengantuk..
27/12/2013
(Jumaat)
02.02 a.m
"Anda
tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya."
~
Albert Camus
mfbi14
Rabu, 25 Disember 2013
Kuliah UAI di Masjid Taman Uda Murni
Assalamualaikum..
Alhamdulillah malam ni saya sempat menghadiri kuliah
UAI di Masjid Taman Uda, Pengkalan Chepa, Kelantan. Seperti biasa, kehadiran
muslimin dan muslimat yang dahagakan ilmu memenuhi ruang dalam dan luar masjid.
Abang-abang polis turut tidak ketinggalan mengawal lalu lintas dan memungut
keuntungan dengan saman kenderaan yang perking tepi2 jalan. Kalau ceramah agama
ni ramai je polis datang, tapi bila orang buat concert ape xde plak diorang
mari. Sape la entah suh diorang mai ni. Kesian plak tgk polis2 tu, muka diorang
nampak baik2 semua, demi tugasan mereka terpaksa datang. Mungkin diorang nak
kawal lalu lintas kot, buat road block sbb bimbing orang memandu laju nak kejar
kuliah kan. Husnuzonn..
Kuliah
hari ni berkaitan ketaatan kita kepada pemerintah. Pemerintah macam mana yang
perlu kita taat? Iaitu pemerintah yang taat perintah Allah swt dengan melaksanakan
apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang ditegah olehNya. Selagi mana
pemerintah (pemimpin) itu taat perintah Allah swt dengan berpandukan Al-quran
dan As-Sunnah, maka kita wajib patuh kepadanya samada suka atau tidak.
Sekiranya
pemimpin itu memerintahkan melakukan maksiat, maka janganlah patuh dan taat. Tidak
kiralah mereka itu Raja, PM, Menteri atau apa2 sekali pun. Haram bagi kita
mentaati perintah mereka. Ini berdasarkan Hadis Nabi saw
Maksudnya:
“Dengar dan Taat itu wajib atas setiap
muslim dalam perkara yang dia suka dan benci selama tidak disuruh melakukan
maksiat maka apabila dia (pemimpin) menyuruh melakukan maksiat maka tidak boleh
dia dengar dan tidak boleh dia taat” [Muttafaq 'alaih].
Soal
jawab agama J
1) Ustaz, apa pendapat ustaz berkaitan ikan selayang yang
naik ke pantai di Lahad Datu. Adakah itu petanda malapetaka kerana manusia yang
hilang ketaan kepada perintah Allah?
-
Fanomena ini
membuktikan kekuasaan Allah swt yang mampu menjadikan sesuatu diluar pemikiran
manusia. Tak semestinya bila kita tengok ikan naik ke darat baru kita nak memuji
kekuasaan Allah. Hakikatnya kita perlu memuji kekuasaan Allah. Tengok Allah swt
jadikan awan/langit yang pelbagai bentuk. Ada bentuk nama Allah, Muhammad dan
lain2 lagi. Semua itu merupakan kekuasaan Allah. Takkan terjadi sesuatu
kejadian tanpa kehendak Allah. Sebab itu setiap hari kita diperintahkan utk
solat 5 waktu utk membuktikan rasa syukur kita kepala Tuhan pemilik langit dan
bumi. Mengikut ilmu orang di laut, kejadian ikan sampai ke darat ini dijelaskan
berdasarkan arus air. Terdapat 2 jenis arus dilautan. Pertama arus pergi dan
balik. Kedua, arus yang lurus, ia akan habis apabila arus itu merempuh pantai
atau tebing2. Jadi, boleh jadi ikan itu melalui arus yang lurus dan dibawa
terus ke pantai. Hakikatnya, semua adalah kehendak Allah swt yang menyuruh kita
berfikir dan bersyukur kepadaNya.
2) Bolehkan lelaki bersalaman dengan wanita bukan muhrim
walaupun berlapik dengan kain.
-
Tengok kain tu
tebal mana? Kalau kain itu nipis sehingga lelaki itu mampu merasai bentuk
tangan wanita ajnabi tersebut, maka makruh hukumnya. Kalau nak bersalam jgk,
pakai sarung tangan boxing.
3) Rahmat dan Nikmat?
-
Rahmat
mengatasi nikmat kerana kerana Rahmat hanya diberikan kepada orang mukmin
manakala Nikmat diberikan kepada semua tidak kita mukmin ataupun Kafir. Rahmat
itu adalah kasih sayang Allah swt. Di waktu kita lalai dengan-Nya, disedarkan
kita. Sekali-sekala disusahkan kita agar kita insaf. Nikmat pula adalah
pinjaman Allah swt kepada semua makhluk di langit dan dibumi. Contohnya, kita
diberikan nikmat mata utk melihat keindahan ciptaan Allah, Diberikan kaki dan
tangan utk bergerak ke arah kebaikan, Diberikan telinga utk mendengar perkara
kebaikan, Mulut utk menyatakan rasa syukur dan perkataan baik2. Udara, utk kita
bernafas sehari-hari..
penuh sampai ke luar |
Sekadar itu perkongsian utk kali ini. Maaf jika ada
salah silap dalam penulisan. Mohon teguran sahabat sendainya ada kesalah fakta.
Saya Bukan Mufti, Saya hanya Da’i.
mfbi14
Isnin, 23 Disember 2013
Mengejar destinasi
Samada kita menyedarinya atau tidak,
Kita semua adalah pelumba.
Kadang-kadang kita terlalu mengejar destinasi,
Sehingga kita gagal memahami titik-titik perjalanan
yang penuh pengertian itu.
Titik yang akhirnya memahamkan kita,
Apa yang patut dikenangi, dan siapa yang patut
dicintai.
Apa yang tidak akan berubah, dan siapa yang mampu
kita ubah.
mfbi14
Jumaat, 13 Disember 2013
Percutian ke Beijing ..
Part 3
Assalamualaikum..
Bersambung lagi kisah di
BEIJING..sebelum ni saya dah cerita beberapa perkara berbeza yang terdapat di
Beijing dan tidak terdapat di negara kita. Kali ni saya nak sambung ckit lagi.
Pertama, kalau kita berada dimana-mana sahaja laluan di Kota Beijing, kita
pasti akan nampak laluan orang cacat
penglihatan (buta).
Gambar laluan orang buta
garisan sebelah kiri |
Kedua, kalau kita beli
mkanan segera di negara kita, ye akan tulis baik diguna selebelum ..... . Tapi
di China, ye akan tulis Man ( manufacture) 10
December 2013. Kemudian ye tulis dpat
diguna berapa bulan daripada tarikh manufacture..Jadi, kalau korang p beli
makanan kat sana, jgn terkejut pula tgk tarikh yg dtulis tu kat mknan dah
melepasi tarikh dibeli. Sebab mcm tu peraturan pembuatan negara China. Sorry xde
gambar nk letak coz lupa nk snap.
29 November
2013 ( Jumaat )
Hari ni kami gerak
lambat ckit drpd hotel sebab ada satu keluarga yg join group kami akan check
out hotel. Diorang amik package 4 hari 3 malam. Jadi kami berbaki lagi 2
hari. Huu ..Seperti biasa, sebelum naik bas tu kitorang snap2 dulu sekeping
dua.
Gambar ramai2 dpn hotel..
Tempat pertama kitorang
pergi hari ni ialah Fresh Water Water Pearl Center. Pusat pameran Pearl &
Jade kat sini besar sangat. Ia berada dalam sebuah stadium berdekatan dengan
Bird’s Nest Stadium. Sebelum saya mai ke Beijing ni, saya dah usha2 blog utk
tahu tempat2 menarik dan tips membeli-belah di China. Dalam banyak2 tu saya ada
terbaca kisah dalam blog ni (http://azwansalleh.blogspot.com/2013/10/wajib-baca-sekiranya-mahu-melancong-ke.html).
Kat sini ada cte menarik yang korang mesti
baca, tahu dan ingat. Saya xmau nk cerita lebih2 kat sini sbb saya ni mmg xde
kemahiran bercerita.. Sebelum meneruskan penulisan saya kat bawah ni. Kamu mesti baca dulu link yg letak kat atas tu..baca elok2 dulu ye.. :)
Pertama sekali terima
kasih kepada pemilik blog AzwanSalleh sbb share pengalaman “manis” korang ke
Beijing. Alhamdulillah kami selamat daripada lakonan yang
sangat hebat oleh orang China Beijing hasil drpd pembacaan blog tersebut. Heee
.. Apa yang berbeza drama yang saya tgk sendiri dengan cerita AzwanSalleh ialah,
pelakon anak bos tu perempuan, bernama Ina . Kemudian ending drama diorang sangat
unpredictable.huu .. Mcm cerita AzwanSalleh, ending diorang siap pinjam2 duit lg sbb nk
beli gelang pearl, kemudian bergambar dengan anak bos sebagai
penutup.huuu..Tapi, ending kitorang lain ckit laa sbb kami dah ubah skrip drama tu. Jadi, pelakon2 tu dh mati akal..Citer kami mcm ni, lepas mambuat penerangan ttg pearl n jade, Ina membawa kitorang masuk dlm bilik pameran yang sangat hebat dengan
pintu gerbang emas + remote controller lg sbg keselamatan bagi menggambarkan
kemewahan jewellary dlm blk tu. Selepas diberi penerangan gelang & harga..Ina tunjukkan barang special yg mahal. Tapi disebabkan dia anak bos, dia mampu bg less yg kaw punya. Bayangkan
rantai harga 2200 yuan, dia blh bg less sampai 400 yuan.
Lepas tu pekerja dia siap buat muka terkejut + ckp nk beli jgk. Kemudian, anak
bos tu kata kamu(pekerja2) xboleh sbb
less tu hanya untuk kawan dia (pelanggan pertama dia dr Malaysia). Kitorang pun
buat lah jg muka terkejut sbb nk layan lakonan dia.haa.. Lepas tu, anak bos tu
cakap dia nak p jumpa ayah dia kejap. Kawan2 sy
pun cpt2 kuar dari bilik pameran tu + gelak2 dengan drama tu dan p
bergambar kat luar. Tapi, saya masih duk kat situ sbb nk tgk kesudahan drama yg
menarik ni. Beberapa minit lepas tu, Inan datang balik kat
tempat bilik pameran tu dan tanya “what happen” sbb ramai kwn2 sy kuar dan xde
sorang pun yg beli gelang yg dia bg murah sgt tu. Saya tgk laa “anak bos” tu
marah kat pekerja2 dia, xtau laa apa dia ckp sbb dlm bahasa China..Mungkin dia
marah sbb promoter tu xmampu tarik sorang pelanggan pun utk membeli.
Next, Ina yang tadi baik
ngan saya langsung xpandang sbb x beli kat kedai dia..haa..Lepas tu, Orang yang dia
target ialah En Mutalib n Puan Samsiah + Satu keluarga yg join group kitorang. Dia pergi pujuk En Mutalib&Puan utk beli gelang dia. Dia minta masuk kembali dlm bilik tu. Saya pun ikut jgk sbb nk tahu kesudahan cerita. Cara Ina pujuk Pn&En "kamu adalah pelanggan pertama saya.
Malu lah saya nak berhadapan dengan bapa saya kalau satu produk pun xmampu
dijual. Mana mungkin saya nak mewarisi perusahaan ayah saya kalau performance
saya mcm ni" katanya. Pujuk punya pujuk..Lastly dia bg turunkan lagi
gelang yg harga 400 yuan kpd 100 yuan seutas.haa.Tapi En Mutalib selamber je
ckp dia akan beli kalau Ina bg 100yuan 3 utas. Mula2 dia x bg, tp last2 dia bg juga dgn muka masam. Jadi, korang bayangkan gelang yg tadinya
2200 yuan satu, blh dijual 100 yuan 3 utas...Ni laa lakonan jualan terhebat
pernah saya tengok semenjak dilahirkan. Lakonan ni mengalahkan minggu orentasi
bg pelajar IPG KDRI.. Kedai2 yang besar mcm ni pun siap dgn drama lg utk tipu pelanggan, kalau kedai2 kecik2 lagi la makan darah...cukup lah kan cter ni..baca link yg sy bg kat atas tu dah memadai..
Gambar kat kedai
tuu..inaa
Seterusnya, kitorang p
bergambar kat Bird’s Nest Stadium..Ini adalah stadium rasmi pada majlis
perasmian Sukan OLIMPIC BEIJING 2008 dulu. Kita panggil Stadium Sarang Burung.
Gambar bird’s nest
Lepas tu kitorang p mkn
tengah hari dan sembahyang..
Kemudian kami dibawa ke Tianammen Square which
is the largest city square in the world, bordered by the Great Hall of the
people.
Gambar
di Tianammen Square
Seterusnya kami memasuki FORBIDDEN CITY.. Tempat ini adalah Istana Maharaja China suatu
ketika dahulu. Kawasannya sangat luas dan seni binanya juga melambangkan simbol
kekuasaan Maharaja suatu ketika dahulu. Istana ini dibina mempunyai 9999 bilik
iaitu bilik isteri2 maharaja. Kemudian Ah Ming ckp yg llk yang ingin bekerja di
dalam istana perlu dipotong habis senjata sulit mereka supaya isteri Maharaja
tidak berlaku curang dengan pekerja istana.
Gambar di Forbidden City
pintu istana |
pagar yang tinggi pd bahagian sisi istana..bhg depan ada sungai |
Next, kitorang pergi ke
tempat yang menjadi syurga kaum hawa kat sini iaitu Ya Show Market.
Kat sini mmg bnyk sgt brg2 menarik dan murah. Tapi bagi siapa2 yang nak membeli-belah
kat sini perlu ada skill dan ilmu iaitu bijak memilih, pandai tawar-menawar
harga, tahu harga pasaran semasa, ketahanan mental tinggi, berani mengatakan
tidak, dan paling penting ada duit J. ..hee ...Kat
sini, kitorang diberi masa 2-3 jam utk
membeli-belah. Blok kedainye agak besar dan mempunyai 4 tingkat. Kalau datang
kat sini lain kali, korang kena round dulu n tanya2 harga dulu sebelum beli.
xleh usha2 ye sbb brg2 kat kedai ni xde tag harga. Kedai dlm tu lebih kurang
mcm Pasar Tok Guru & Pasar Siti Khadijah, Kelantan / Pasar Payang, Kuala
Terengganu . Cuma di negara kita harga dah ditulis kan pd barang2..Kat Beijing,
tag harga takde. Harga barang akan diberitahu oleh peniaga ikut sedap mulut
diorang je lah. Harga yg diorang bg tau sangat tinggi dan x logik dlm kepala
kita..Jadi, strategi nak membeli belah di sini, kita kena tawar harga biar x
logik dlm kepala diorang. Contohnya, kalau kita nak beli kasut kan, bila tuan
kedai kata harga 500yuan, jadi kita kena tawar 50% - 80% seperti 60
yuan..huu..Jadi, diorang akan kata lah kita ni “Crazy” n mcm2 lah..Korang
pekakkan telinga je lah..lepas tu baru korang up harga tu ckit2.. J .. Sifir senang mcm ni je lah, kita set dlm kepada
harga kat China ni mesti murah separuh atau lebih murah drpd separuh harga
pasaran di Malaysia. Kalau dia x bg harga yg kita minta tu p cari kedai
lain..Tapi, jgn risau lah, bila korang nk bergerak je ke kedai lain, peniaga tu
akan tarik tangan korang n dia akan jual dengan harga yg korang minta td. Ye
buat mcm2 xnak jual je awal2 tu..Strategi org China Beijing..seriusly..
Lepas shopping hampir 3
jam. Kitorang p makan malam n balik ke Hotel..
Gambar mkn mlm
Keluarga ustaz, anak manja dia duk sbelah saya...dah rapat dh :) |
Kenangan semasa bersama Ain :) |
Nasib baik la ada cikaro kecik ni nak main2 dlm bas :) |
Hari terakhir keluarga Ustaz Haziq bersama kitorang..Selamat Pulang ke Malaysia..xleh jumpa Ain dah laa..huu
30 November
2013 ( Sabtu )
Hari kedua ni kami
bertolak agak lewat drpd hotel ke tempat yg hendak dilawati. Jadi, luangan masa
pagi ni kitorang pergi jalan2 n shopping di kedai berdekatan dengan kawasan
hotel.
Ramai sangat orang kat situ. Tapi bila nak buat urusan jual beli, segalanya menggunakan kalkulator sbb diorang langsung x faham bahasa inggeris hatta yes/no sekalipun. Harga sesetengah brg kat pasar orang awam ni lg murah drpd harga di pasaraya yang kitorang pergi semalam. Barang pun lagi menarik dan sesuai utk kegunaan harian mcm tilam, bag, bekas2 minuman..Berbeza dengan pasaraya yg travel agent bw smlm dah mmg kerajaan China khaskan utk pelancung asing. Jadi, peniaga2 kat ctu pandai mengunakan bhs inggeris dan bahasa indon. Harga brg mahal ckit mungkin disebabkan charge diorang bljr bahasa kot..huu
Berkaitan Beijing. Hari
Sabtu dan Ahad, Kota Beijing sangat sibuk dan dipenuhi oleh orang ramai. Pada
hari minggu begini, ramai orang cina akan memenuhi Kota Beijing utk bercuti.
Hotel2 akan dipenuhi termasuklah hotel kitorang menginap. Jika dibandingkan
dengan hari sebelumnya, hotel kitorang ni sunyi je pada waktu pagi. Tapi pada
hari ni, awal2 pagi lagi dah bunyi suara orang duk ckp2 cina n gelak..Bila saya
turun kat Lobby lepas , ramai je duk lepak kat ctu ngan fon masing2. Lepas tu
kat luar hotel plak tersusun rapi kereta2 mewah yang saya xpernah tengok
sebelum ni pun ada..haish apa punya kerja laa sorang2 dpt beli kereta mahal mcm
tu..hanya mampu tgk je laa saya ni..mana mampu nk beli kereta mewah kalau
sekadar kerja sbg guru..Semoga ilmu dicurahkan kpd anak bangsa akan memberi
ganjaran lebih mewah sbg bekalan hari pembalasan kelak..Aminn
Pukul 11.00 pagi kitorang
bertolak drpd hotel. Disebabkan dah hampir tengah hari, Ah Ming buat keputusan
utk membawa kitorang p makan tengah hari dulu..Katanya, hari ni kita mkn di
tempat special. Masa dlm bas, kitorang melalui satu mall yg sgt besar dan penuh
dengan pameran kereta2 mahal n kapal terbang. Lepas tu Ah Ming bawa kami naik
Mall tu sampai tingkat 3 dan masuk dlm Restoran Padang (Indon). Wauu grand
sangat restoran ni mcm 5 Star. Bermula drpd pintu masuk lg layanan yang mesra
alam dan pelayang yg manis2 n smart2. Rekaan dalaman plak meriah sangat dengan
lampu2 dan belon2 mcm candle light dinner. Mknan plak mewah dengan lauk2 yang
pelbagai. Habis satu ye wat mai lauk lain plak..Kalau sebelum ni orang kata
xleh makan campur lauk ikan darat dengan ikan air masin. Tapi kali ni kitorang
rembat semua sbb rezki dah ada depan mata..best plak tuu..
Gambar dalam kedai mkn
Belon n lampu2 lg |
gambar ngan papa n mama ckit :) |
Family Mt1 di Beijing..2 org missing ( p menyanyi ) |
Lepas mkn kami pergi
sembahyang dulu di Masjid Nan Dou Ya..Masjid ni dikatakan sudah dibina melebihi
300 tahun. Senibinanya yg lama masih utuh dan kedudukannya di tengah
bandar..Kalau nk bina masjid mcm ni zaman skrg mmg xmampu laa sbb harga tanah
di tengah bandar ni mahal sangat untuk ditanggung oleh org islam Beijing yang
amat sedikit jumlahnya.
Kemudian terus ke Bamboo center..
Kat situ ye bagi penerangan ckit tentang kelebihan produk yang dihasilkan drpd
Bamboo. Jadi siapa yang ada duit boleh beli lah. Bnyk jg benda menarik kat situ
tp budget yg ada x mendorong sy melabur duit kat ctu..Contoh yang menarik
ialah, kain tuala magic. Ye boleh tanggalkan kesan minyak dengan senang,
kemudian nak bersihkan kain tu pula hanya bilas dengan air..
Kemudian kitorang p
shopping lagi, kali ni kedai lebih besar lagi drpd yg semalam. Tapi yang
sedihnya kitorang diberi masa 2 jam je sbb kesuntukan masa. Tu lah akibat
bertolak lambat drpd hotel pg td. Kat Shopping Centre ni ye lebih kepada kain2,
tilam dan bag. Kedai semalam semua ada. Walaupun bnyk brg menarik kat sini,
saya hanya hadkan pembelian kepada separuh wang perbelanjaan shj sbb nk simpan
utk shopping penutup hari d Beijing esk J
1 December
2013 ( Ahad )
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Majesty Hotel, Beijing. Jadi, kitorang membuat keputusan utk kuar pukul 11
dr hotel + check out terus. Jadi, barang2 kitorang dah kemaskan smlm. Pagi ni
kitorang pergi lg ke Ding Market utk beli brg2 menarik yg kitorang x sempat
beli smlm. Boleh dikatakan setiap orang diantara kami beli comforter bed. Harga
kat sini murah sgt iaitu lebih kurang RM50 je satu. Kalau kat Malaysia blh
cecah RM200 satu utk king saiz. Saya
just beli bag kain yg paling ringan n besar sbb nk sumpat Bear gergasi utk bw
balik ke Malaysia..hee
Sebelum masuk dlm
bagasi..anak beranak bear pun nk bergambar jgk kat hotel..Ni lah gambar family
diorang yg nak blk Malaysia.
Gambar terakhir dpn hotel
Seperti semalam. Kitorang pergi mkn dulu. Tempatnya sama jgk iaitu Restoran Padang. Hari terakhir ni kitorang dah siap boleh main gurau2 lagi dgn pelayan kat ctu. Disebabkan kesian kat pelayan tu tgk je kitorang mkn. Jadi, kitorang pun main2 kacau + blajar bhs Cina. Contohnya Nasi=Mie Fa, Ayam=shiro, zen chai=bye, mei orr=xblh , n bnyk lg..Lepas tu kitorang bergambar ramai2 sbg kenangan J .. Masa nak balik tu saya bg hadiah duit malaysia kat diorang..Suka sgt diorang dpt hadiah tu, siap tunjuk2 lg kat kwn diorang yg lain..
Seperti semalam. Kitorang pergi mkn dulu. Tempatnya sama jgk iaitu Restoran Padang. Hari terakhir ni kitorang dah siap boleh main gurau2 lagi dgn pelayan kat ctu. Disebabkan kesian kat pelayan tu tgk je kitorang mkn. Jadi, kitorang pun main2 kacau + blajar bhs Cina. Contohnya Nasi=Mie Fa, Ayam=shiro, zen chai=bye, mei orr=xblh , n bnyk lg..Lepas tu kitorang bergambar ramai2 sbg kenangan J .. Masa nak balik tu saya bg hadiah duit malaysia kat diorang..Suka sgt diorang dpt hadiah tu, siap tunjuk2 lg kat kwn diorang yg lain..
Kemudian, kami dibawa ke Tea House. Kat sini kami
dihidangkan dengan beberapa jenis tea China. Takda apa sangat yg seronok kat
sini..Tapi bagi siapa2 yang nak hadiahkan Tea Herba utk parent blh la utk
kesihatan..
Selepas tu kami terus ke
market utk membeli-belah buat kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia. Blh
dikatakan hampir semua habiskan Chinese Rinminbi diorang kat sini. Saya pula
xtau nak beli apa benda sbb barang wajib yg dikirim oleh family n cenderahati
kat kwn2 dah beli pada hari2 sebelumnya. Masa jalan2 tu saya p tgk brg2
elektronik. Masa tu saja2 main2 ngan peniaga tu tawar dgn harga yg gila2, tp
terkejut dia nk jual jgk dgn harga rendah tu..huu..Pastu sy p minta less ckit
lg kalau saya amik bnyk unit. Lepas main tawar-menawar maka beli la brg
tu..boleh la bg adik n anak2 saudara ipad cina kanak2 utk main game J ..Nk bg yg mahal2 xde duit..huu..Masa yang
diperuntukkan kat sini hanya 2 jam sbb kami perlu berada awal di airport mlm
nanti. Tapi apakan daya, hampir 3 baru semua kuar dr shopping komplek tu..Ah
Ming just smile..
tgk lah plastik sorang2 |
senyum itu sedekah..smile always :) |
Lepas shopping, kami
terus ke Masjid utk solat maghrib n Isyak dan makan malam.
Selesai solat kami terus
dibawa ke Beijing Capital Airport. Lebih kurang kul 9.00 mlm kami sampai di
sana. Jika datang dulu satu bag sorang, balik ni dah boleh satu troli sorang
dgn bag masing. Kami sengaja datang awal ke airport sbb nk timbang n susun2
brg. Maklumlah setiap orang xleh lebih 20 kg utk baggage n 7 kg for carry. Sbb
perempuan ni ramai yang lebih had berat, jadi kami amik keputusan timbang ikut
group. Jadi, llk lah yang cover berat brg2 org pompuan..Lastly settle n waiting
for flight PEK-KUL jam 0201. Tapi flight delay plak 2 jam. Bayangkan 9.00pm
hingga 4 am (2 Dec 2013)..8 jam kot melepak di Airport tu..Disebabkan letih +
mengantuk, kitorang buat lah port sendiri utk tidur sekejap.
Bila masuk dlm flight,
saya terus tdr. Masa flight naik tu dah khayal. Letih mengatasi segalanya.
Tapi, naik flight besar mana rasa sgt pun keseronokan naik kapal terbang sbb
mcm duk atas kerusi sofa je lah. Kalau naik flight kecik mencabar ckit dgn
getarannya J .. Selepas 4 jam dlm flight. Lebih kurang pukul 6 mcm
tu saya tersedar. Masa tu smyg subuh kejap atas kerusi flight tu..smyg
menghormati waktu. Beberapa minit lepas tu saya tgk tepi tingkap, Ya Allah
cantik sgt masa matahari baru naik, pemandangan dalam flight mcm kita berada di
tepi pantai utk tgk sunrise.. Awan bagaikan lautan jauh dibawah. Bila tgk
sebelah kanan plak masih gelap..sambil2 tgk pemandangan kat luar tu tiba dgr”ladies
n gentlemen, i’m captain Shahrul. Our speed right now is 800km/h and reach
toward Kuala Lumpur for 2 hours”..Tepat jam 10.31 flight AK3107 mendarat di
LCCT.. Alhamdulillah semua selamat perjalanan pergi dan balik KUL-PEK &
PEK-KUL .. Terima kasih kepada kawan2 dan family yang mendoakan keselamatan
saya dan kawan2.
Tamat Kisah BEIJING
disini..Kenangan tidak mampu aku terukir tanpa pengalaman..Skrg saya faham
kenapa keluarnya kata2 “Jauh perjalanan luas
pengalaman” Sungguh berbeza iklim
dan budaya negara orang dengan negara kita. Nanti saya akan ceritakan secara
umum kisah ini for next entry insyaAllah..
KUL-KBR – kali ni saya
xmau naik flight. Kali ni nak cuba baik train pula..hee
Dari LCCT saya naik
shuttle bus ke KL Sentral = RM12 . Lepas tu jam 8.30 naik KTM Express Wau ke
Wakaf Bharu = RM48 Bed . Indahnya perjalanan cuti kali ni.huu
Beginilah keadaan atas
katil dalam train. Penuh dgn barang2. Disebabkan badan letih sgt mampu jg susun
barang2 rapat n tidur dgn tenang. Jam 11 pagi sampai di Kota Bharu BRI..
Alhamdulillah..
Tak mampu dah nak
bercerita panjang sbb letih dah menaip untuk entry kali ni. Saya pun tak tau la
apa bende dah ditulis ni. Rasanya bnyk mengarut tp malas nk edit. Huu..Ni
mungkin sejarah entry terpanjang dlm blog ni kut. Sebelum ni paling panjang pun
6 page je. Kali ni dah masuk 10 page ( xtermasuk pic).
Terima kasih kepada
pembaca. Sorry penulisan ni mungkin bnyk ejaan salah n kurang bermenafaat. Saya
hanya tulis utk kepuasan diri mengisi masa lapang dirumah. Saya xmahu
pengalaman ini hilang dr ingatan. Jadi sy catatkan disini sbg kenangan utk diri
sendiri.
mfbi14
"Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita
belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang."
Langgan:
Catatan (Atom)